Amalan Ketika Menyambut Hari Lahir

Saturday, January 03, 2015



Assalammualaikum

Apabila tibanya tarikh dan hari lahir, maka akan bertambahlah usia kita seiring dengan tempoh kehidupan kita di dunia ini. Kebanyakkan orang menyambut hari lahir dengan mengadakan jamuan makan dan menjemput rakan-rakan serta saudara-mara untuk turut serta sama meraikannya. Tidak kurang juga yang mengadakan majlis keraian yang disertai dengan tari-menari dan hiburan yang agak berlebihan. Tapi semua ni terpulang pada diri masing-masing.

Namun, bagi kita sebagai umat Islam, dalam apa jua urusan kita mestilah menilai terlebih dahulu apakah bentuk sambutan yang akan diadakan supaya sambutan tersebut tidak akan tersasar dari kehendak Islam. 

AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN

 Mendoakan Antara Satu Sama Lain

Apabila menyambut hari kelahiran, kita dituntut untuk saling mendoakan antara satu sama lain. Sebaiknya, lagu "Selamat Hari Jadi" ditukarkan dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan lebih indah. Contohnya, Barakallahu fika (untuk lelaki) / fiki (untuk perempuan) tiga kali dengan menggunakan nada dan melodi yang sama. Ia bermaksud "Semoga Allah Memberkati Kamu". Ucapan-ucapan dan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.


 Mengadakan Jamuan Yang Berkadaran

Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Isla adalah satu bentuk yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.


 Mengadakan Majlis Tazkirah Ringkas

Mengadakan majlis tazkirah ringkas (nasihat), ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah yang akan ditanya di akhirat kelak.


 Memberi Hadiah

Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh muhabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat yang penyanyang.


 Muhasabah Diri

Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renungkan pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susulilah dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah.


 Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Buat insan yang menyambut hari jadi, elok lah pergi menziarahi ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama) kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya kita ke dunia ini. Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu bapa mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati. Amin :)

You Might Also Like

2 Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    Jemput singgah "Trip ke Sabah naik My"
    "Giveaway Preloved Books"tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. kalau masa budak-budak dulu,akak memang tak pernah sambut birthday.Dah remaja tu adalah juga yang wish.Bila dah punya anak-anak, anak-anak,suami dan keluarga ada juga wish.Tapi tidaklah membuat sambutan.birthday bermaksud usia kita kian berkurang.perlukah disambut?hehe

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email