8 Cara Pemakaian Tudung - Syahirah Valiant

Post Top Ad

January 01, 2015

8 Cara Pemakaian Tudung


Assalammualaikum

Sekarang ni Ira akan update pasal pemakaian tudung. Mesti korang semua suka. Lagi-lagi para kaum hawa. Hehehe. So, hope korang sudi la baca dan hayati tips ni. :)


1. Jangan sesekali korang pakai tudung yang jarang dan nipis sampai boleh nampak susuk leher dan dada korang tu. Tetapi, kalau korang nak pakai jugak tudung yang macam tu, pastikan pakai inner yang tutup leher. Sebagai umat Islam, aurat tu kena jaga ye. :)


2. Pastikan korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecik-kecik tu tak nampak. Cara ni dapat memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung. Kalau tak pakai anak tudung ni, tudung yang korang pakai mesti asyik-asyik nak ke depan je. Pernah kena kan? :3


3. Pemakaian tudung yang perlbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik. Tapi Ira jarang sangat pakai tudung bercorak-corak ni. Sebab semak la. Ira lagi suka tudung yang jenis plain. Tapi tu la. Kalau baju pun dah plain, takkan tudung pun sama kan.


4. Untuk nampak lebih menarik, korang boleh lah memakai kerongsang yang sesuai. Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, bila korang sematkan kerongsang di bahagian baju akan menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik.


5. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak. Macam yang Ira cakap tadi. Ira tak suka tudung yang bercorak. hehehe. :)


6. Dalam pemilihan kerongsang, korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecik. Jika tudung korang tu berwarna merah, pakailah kerongsang yang berwarna keemasa. Ni contoh je. Tapi ikut la pada kesesuaian.


7. Bagi korang yang berbadan besar, macam Ira ^^. Korang tak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar. Jika mahu yang besar, cari yang bentuk memanjang ok. :)


8. Jangan tutup bahu dengan tudung korang. Nanti akan nampak badan korang besar. So, korang boleh lah sematkan dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tak nampak menggelebeh. Tapi ada sesetengah orang yang suka pakai tudung lepas baju. Depends la ye. Ikut keselesaan korang. :)

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad