10 Tanda Orang Yang Berbohong

Thursday, January 01, 2015


Assalammualaikum

Dalam dunia ni, manusia takkan pernah lari daripada menipu walaupun sekali. Jujur la kan. Ira pun kadang-kadang ada jugak menipu nye. Jangan la malu. Just jujur. Benda betul kan? :)

Ada beberapa perkara yang dapat membantu korang untuk mengesan orang berbohong. Nak tahu? Baca sampai habis ye. :)


1. Gugup
Berbohong memiliki gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam pelbagai situasi ketika kita berniat untuk berbohong, kita mudah merasa gugup dan waktu itulah masa untuk menutup kesalahan. Korang pernah rasa macam tu tak? hehehe. Hanya korang je yang tahu. Diam-diam sudah. :3


2. Perhatikan Bahasa Tubuh
Lihat dan perhatikan bahasa tubuh seseorang yang kelihatan seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh hidung merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong atau pun tidak. Tapi, janganlah pulak kalau dia gatal kat bahagian hidung, diaorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu. Haha !


3. Gelisah Berlebihan
Perhatikan jika seseorang yang korang curigai berbohong, menggaru-garu atau menggesek pakaiannya. Kebanyakan dan selalunya, perbuatan sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbohong ataupun tidak.


4. Senyum Berlebihan
Di samping dari kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu tengah berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak ketika mereka mengatakan yang sebenarnya.


5. Percaya Pada Naluri
Ini penting ! Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang berbohong, kita juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri. Mungkin betul jika pepatah orang dulu-dulu mengatakan, "jika anda mencurigai seseorang berbohong, mungkin ada benar."


6. Muka Kelihatan Bingung
Semasa dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut. Nampak je muka dia ala-ala bingung dan tergagap-gagap masa tengah cakap, dia menipu la tu. :p


7. Menganggukkan Kepalanya
Ada jugak yang suka mengangguk-anggukkan kepalanya. Kalau kita tanya, dia angguk-angguk je macam tengah berbohong.


8. Selalu Beri Penjelasan Yang Tidak Penting
Ni dah sah berbohong. Kita tanya sesuatu benda yang spesifik, dia pegi jawab benda yang merapu-rapu. Hahaha. Orang cuma nak satu jawapan je. Dia jawab panjang lebar pulak.


9. Bila Berjanji, Sering Mengingkari
Ni selalu ada pada lelaki kut. Masa tak dapat, bersemangat nak janji macam-macam. Kononnya nak bagi harapan la kan. Padahal, bila da dapat apa yang dikehendakinya, hurmmm ~ Terus lupa janji yang dah pernah buat tu.


10. Mengatakan Sesuatu Yang Tidak Dilakukannya
Selalu terjadi dekat sekeliling Ira. Dia cuma kemas bilik je. Tapi gebang dia bukan maen lagi. Cakap dia buat macam-macam. Padahal satu kerja je dia buat. haih !

You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us