January 06, 2015

,


Assalammualaikum

Rawatan laser, susuk atau apa-apa proses yang merubah rupa atau muka asli bagi tujuan merubah untuk mengiurkan orang atau menarik perhatian orang lain adalah HARAM . Walaupun diatas permintaan suami dan tujuan untuk merubah wajah yang boleh mendatangkan fitnah dan sanggup membuka aib kepada doktor tersebut demi kecantikkan adalah perlu dielakkan.

Tetapi sekiranya rawatan yang tidak kekal atau ingin merawat sesuatu yang ada pada muka walhal sebelum ini tidak ada, adalah harus. Contohnya seperti jerawat, eyeback, kedut-kedutan yang teruk yang tidak sesuai pada umur (jika sudah tua itu ditidakbolehkan). Begitu juga jika perkara itu boleh menjatuhkan maruah atau memalukan kita sehingga ianya membuat kita murung sedih dan tidak bersemangat itu adalah perlu. Contohnya tahi lalat, misai, bulu kening di muka seorang muslimah yang boleh menjadi bahan orang bercakap mengutuk dan segalanya yang mengakibatkan kita berkecil hati boleh menjalankan rawatan.
,


Assalammualaikum

Menerangkan sanggul yang dibuat-buat adalah haram. Melainkan ianya memang rambut dia sendiri tetapi haruslah direndahkan sanggul itu jangan ditinggikan sehingga menarik perhatian orang lain. Zaman sekarang ni ada je tudung dan anak tudung yang ditambah sanggul atau bonggol dibahagian belakang. Haram tau jika kita memakainya. Seumpama merubah bentuk ciptaan Allah.

Kadang-kadang Ira ada jumpa dengan golongan muslimah yang suka sangat tinggikan sanggul. Kenapa nak tinggikan sanggul tu sedangkan kalau tak nampak pun dah nampak kemas sangat. Tahu tak, kalau kita tinggikan sanggul atau pakai skarf yang ada bonggol tu, tudung kita juga akan menjadi pendek. Hurmmm ~ Ira bukan nak cakap apa. Ni kan hukum hakam Allah. Ramai sangat yang tak kisah pasal ni. Ira harap janganlah kita sebagai muslimah ni tinggikan sanggul kita.

January 05, 2015

,

Assalammualaikum


Bahan-bahan

- 1 ikat sayur bayam
- 1 cawan daging
- 1 cawan lobak
- 1 cawan cendawan shitake
- 1 cawan cendawan enokitake
- 1 potong ikan salmon (kalau tak nak letak pun takpe)
- minyak bijan untuk makanan
- 1 biji bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu makan kicap soya
- 1/2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu bijan panggang
- 1 hingga 2 biji telur
- garam/gula


Cara-caranya

- Daging kena perap dengan kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan garam. Biar dalam masa 30 minit.
- Tunggu daging diperap, rebus sayur bayam tu. Cendawan enokitake ti rebus air then celur kan je. pastu rendam dalam ais kejap.
- Goreng cendawan shitake dan carrot.
- rebus ikan salmon. kalau dah siap, carik-carikkan isi ikan tu.
- goreng daging
- dah siap semua, goreng la telur separuh masak pulak.
- then, hias la ikut kreativiti masing-masing ye. :)


Bibimbap ni makan dengan sos Gochujang

Bahan-bahan

- 4 sudu taucu
- 1/2 sudu teh serbuk cili atau 2 sudu sos cili
- 1 sudu gula
- minyak binjan sikit

Taucu tu masin. so basuh ala2 kadar je k. Lepas tu campur semua bahan sos tu. Kalau boleh, goreng la nasi sikit. Lagi sedap. ^^

January 04, 2015

,


Assalammualaikum

Kimchi ni adalah salah satu makanan korea favourite Ira. Pernah la jugak buat sekali dua. Memang sedap. Tapi korang kena tahan rasa rempah je la. Sebab kimchi ni memang rempah nya rasa kuat sikit. So, nak belajar? Ira akan tunjukkan caranya ok :)


Bahan-bahan

- 2 batang kobis panjang (Napa Cabbage atau Hakusai)
- 1 cawan garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
- 1 cawan lobak putih (daikon)
- 2 batang lobak merah
- 2 pokok daun bawang
- secekak daun kucai
- dua biji bawang besar holland


Cara Membuatnya

- Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar tau. Jangan kecik sangat sebab nanti kobis ni akan kecut.
- Gaul dengan garam. 
- Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu.
- Masuk dalam mangkuk.
- Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam, air akan keluar dari kobis tu dan akan jadi layu.
- Basuh dan perah sebanyak 3 kali atau lebih. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh.
- Gigit sikit, kalau rasa masin sila lah bilas lagi ye.
- Bahan-bahan lain seperti lobak tu potong memanjang macam saiz batang mancis.
- Bawang hollang tu hiris bulat-bulat.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste.....


Bahan untuk paste

- 1 cup korean chili flake 
* 1 biji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya kena buang tau)
* 2 biji apple merah (buang kulit)
* 1 biji bawang besar holland
* 5 ulang bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup sos ikan
** 4 sudu besar tepung pulut
** Air

Refer tanda * dengan ** tau !!!


Cara Buat Paste Kimchi

Blender bahan bertanda * dengan air masak. Tambah chili flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria.

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah lah sikit air k. Jangan terlalu cair la pulak.

Campurkan bahan bertanda * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi dan masukkan kobis yang dah diperap tadi. Gaul dengan rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24 jam. Kalau dah ada buih-buih tu dah jadi la maksudnya. Kalau rasa nak masa lagi, biarkan lagi k. 

Then, gaulkan semua dalam dulang. Kalau buat banyak sangat lah. Kalau tak gaul dalam mangkuk pun boleh.
,

Assalammualaikum

Ok, kali ni Ira update pasal makanan korea pulak. Ira akan sertakan resepi sekali k. Kalau sesiapa yang nak cuba makanan korea ni, korang boleh la buat sendiri. Mungkin ada bahan yang tak halal. Tapi korang kreatif kan. So, tukar bahan yang tak halal tu kepada halal. In Sha Allah rasa nye pun sama. 


1. Kimchi



Nak resepi? Klik SINI .



2. Bibimbap



Nak resepi? Klik SINI .



3. Dakjuk




4. Ddukbokkie




5. Japchae




6. Bulgogi




7. Hoddeok




8. Seolleongtang




9. Soondubu Jiggae




10. Yangnyeon Tongdak

January 03, 2015

,

Assalammualaikum

1. Gelojoh Ketika Makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

------------------------------

2. Banyak Bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan ini menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

------------------------------

3. Suka Marah-Marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

------------------------------

4. Hasad Dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda : "Dengki itu memakan segala kebaikan" (riwayat Muslim)

------------------------------

5. Kedekut & Bakhil

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menutup seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

------------------------------

6. Bermegah-megah

Ia termasuk dalam sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

------------------------------

7. Cintakan Dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda : "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim)

------------------------------

8. Ego Atau Sombong

Sifat ini membuatkan seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya ALlah sahaja yang bersifat Maha Besar.

------------------------------

9. Ujub Dan Suka Bangga Diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

------------------------------

10. Gemarkan Pujian Atau Riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


,


Assalammualaikum

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk membolehkan kita menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila menghadapi peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau oleh pihak kementerian.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemat dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada guru yang mengajar di dalam kelas ataupun guru yang berada di luar kelas. Guru merupakan sumber ilmu. Oleh itu, sentiasalah menghormati guru yang telah memberi kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata "carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab".
,
Assalammualaikum

Fashion. Fashion. Fashion. Memang dah lali dengan kita kan. Kalau kita nak beli baju, kasut, tudung dan lain-lain, kita mesti nak tengok jenama apa kan. Tapi korang tahu tak 10 jenama yang termahal di dunia. Dunia tau. Memang hebat sangat. Korang nak tahu? So, baca entri ni sampai habis tau :)


10. Valentino


Valentino salah satu daripada 10 teratas jenama pakaian paling mahal yang menjadi harta terpopular di kalangan para pencinta fesyen apabila ciptaan inovatif serta reka bentuk yang berbakat yang telah mencipta pelbagai pakaian petang yang hebat. Pereka jenama pakaian Valentino diketahui keberaniannya kerana menghormati rekaan dan keperluan wanita dalam masyarakat mewah dari hujung rambut hingga hujung kaki yang mencintai jenama pakaian mahal ini. Mereka yang kaya mengambil kesukaan sendiri pada rekaan Valentino kerana fesyen ini direka untuk menjadi elit dan kaya.


9. Versace


Versace adalah jenama yang dicari oleh penggemar fesyen. Pakaian versace yang menemui tempat 10 teratas jenama pakaian yang paling mahal hanya mendefinisi gaya. Reka bentuk inovatif dan menghuraikan sehelai kain untuk menghasilkan kepingan yang dapat diiktiraf sebagai Edgy dan bergaya kerana mereka juga telah menangkap imaginasi penggemar fesyen di seluruh dunia.


8. Fendi


Fendi merupakan fesyen yang paling hangat untuk masuk dalam dunia glamour dan glitz. Sekarang ni banyak lagi produk yang diperkenalkan seperti beg tangan untuk wanita, tali leher untuk lelaki, jam tangan, cermin mata hitam dan lain-lain.


7. Guess


Guess adalah pakaian asas Amerika yang popular yang hanya bermula dengan jeans. Sebagai salah satu daripada pesaing terbaik 10 jenama pakaian yang paling mahal, Guess 'frontrunner' dalam mewujudkan rekaan jeans kerana mereka juga telah memperkenalkan pakaian dalam kedudukan yang tertinggi dan aksesori untuk memenuhi keperluan wanita yang dinamakan sebagai Marciano. 


6. Dior


Dior merupakan satu jenama yang ditubuhkan hanya untuk menyalakan semangat serta meningkatkan selera mewah dengan menghasilkan beberapa rekaan pakaian bergaya wanita-wanita yang elegan. Jenama pereka pakaian ini merupakan salah satu daripada 10 jenama pakaian teratas paling mahal dikenali sebagai jenama glamour, prestij dan keanggunan. Dior juga telah mempelbagaikan portfolio mereka untuk dengan menghasilkan cermin mata hitam yang berkualiti, penjagaan kulit serta wangian.


5. Marc Jacobs


Koleksi pakaian Marc Jacobs menjadi impian wanita muda. Jenama yang mahal membawa kelainan yang penuh dengan corak serta pelbagai warna dan menyediakan peluang kepada para wanita muda untuk memakai pakaian jenama ini. Jenama ini juga menyediakan pelbagai jenis perhiasan, beg tangan dan kasut.


4. Armani


Armani menikmati populariti yang tak dapat dipertikaikan di kalangan orang eamai. Koleksi Armani menjadikan koleksi yang menarik untuk memuaskan keperluan golongan profesional muda dan jeans armani merupakan pemain utama dalam pasaran UK. Armani juga mendedahkan pelbagai Armani Junior yang direka khas untuk kanak-kanak. Armani juga merupakan koleksi perdana yang berkaitan dengan kosmetik selain daripada salah satu label pakaian yang paling mahal.


3. Prada


Jenama pakaian Itali yang telah memenuhi pelabagai keperluan peggemar fesyen dan selain daripada jenama pakaian yang terkenal, ia adalah salah satu daripada jenama pakaian yang paling mahal. Pakaian prada adalah nama yang terkenal dengan kesederhanaan, keselesaan dan keyakinan kerana banyak bintang Hollywood juga telah terpedaya dengan jenama pakaian ini. 


2. Chanel


Chanel merupakan jenama yang terkenal dalam golongan elit. Telah mendapat pengiktirafan dan dipersetujui oleh golongan kaya dan terkenal. Sebagai salah satu fesyen yang elegan, Chanel telah merevolusi kepada golongan wanita untuk memakai produk-produk yang berkaitan dengan pakaian.


1. Gucci


Gucci merupakan salah satu fesyen yang terkenal dan yang paling mahal. Sebagai jenama pakaian berprestij Itali ini, ia dikenali untuk produk pakaian pereka untuk lelaki dan perempuan. Produk pakaian pereka yang merangkumi tali leher bergaya, barang-barang mewah, beg tangan terkenal dan kasut. Produk ini juga merangkumi kosmetik, artikel sukan, barang kemas, cermin mata dan lain-lain.
,


Assalammualaikum

Apabila tibanya tarikh dan hari lahir, maka akan bertambahlah usia kita seiring dengan tempoh kehidupan kita di dunia ini. Kebanyakkan orang menyambut hari lahir dengan mengadakan jamuan makan dan menjemput rakan-rakan serta saudara-mara untuk turut serta sama meraikannya. Tidak kurang juga yang mengadakan majlis keraian yang disertai dengan tari-menari dan hiburan yang agak berlebihan. Tapi semua ni terpulang pada diri masing-masing.

Namun, bagi kita sebagai umat Islam, dalam apa jua urusan kita mestilah menilai terlebih dahulu apakah bentuk sambutan yang akan diadakan supaya sambutan tersebut tidak akan tersasar dari kehendak Islam. 

AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN

 Mendoakan Antara Satu Sama Lain

Apabila menyambut hari kelahiran, kita dituntut untuk saling mendoakan antara satu sama lain. Sebaiknya, lagu "Selamat Hari Jadi" ditukarkan dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan lebih indah. Contohnya, Barakallahu fika (untuk lelaki) / fiki (untuk perempuan) tiga kali dengan menggunakan nada dan melodi yang sama. Ia bermaksud "Semoga Allah Memberkati Kamu". Ucapan-ucapan dan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.


 Mengadakan Jamuan Yang Berkadaran

Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Isla adalah satu bentuk yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.


 Mengadakan Majlis Tazkirah Ringkas

Mengadakan majlis tazkirah ringkas (nasihat), ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah yang akan ditanya di akhirat kelak.


 Memberi Hadiah

Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh muhabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat yang penyanyang.


 Muhasabah Diri

Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renungkan pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susulilah dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah.


 Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Buat insan yang menyambut hari jadi, elok lah pergi menziarahi ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama) kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya kita ke dunia ini. Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu bapa mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati. Amin :)

January 02, 2015

,

Assalammualaikum

Hari ni Ira akan share kan sikit macam mana kita nak tahu seseorang lelaki tu cemburu. Pernah jadi dekat diri korang rite? Hehehe.. Ntah apa-apa je tips ni. Tapi buat je la. :p

1. Cepat Marah
Tanpa sebab, si dia akan marah-marah pada anda. Padahal perkara yang anda lakukan itu biasa sahaja. Sikap sensitif yang ditunjukkan menunjukkan reaksi cemburunya. Apabila anda mahu menerangkan situasi, cepat-cepat dia membidas kerana tidak mahu ambil tahu punca cemburu yang bersarang dihatinya.


2. Berdiam Diri
Kebanyakkan lelaki tidak suka membebel. Apabila mereka cemburu, mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak membicarakan soal cemburu kerana bimbang ia akan mengundang perasaan marah dihatinya.


3. Sukar Dihubungi
Seorang lelaki yang cemburu lebih senang menjauhkan diri dari pasangannya. Hal ini kerana, ketika fikirannya berkecamuk dia tidak dapat berfikir dengan tenang.


4. Bermasam Muka
Lelaki yang cemburu gagal untuk mempamerkan senyuman di wajahnya sewaktu keluar bersama. Perasaan cemburu yang bersarang dihati membuatkan si dia malas untuk bersembang dengan anda. Barangkali dia juga kesal dengan sikap anda yang mudah melayan individu yang tidak berkenan dihatinya.

January 01, 2015

,

Assalammualaikum

Dalam dunia ni, manusia takkan pernah lari daripada menipu walaupun sekali. Jujur la kan. Ira pun kadang-kadang ada jugak menipu nye. Jangan la malu. Just jujur. Benda betul kan? :)

Ada beberapa perkara yang dapat membantu korang untuk mengesan orang berbohong. Nak tahu? Baca sampai habis ye. :)


1. Gugup
Berbohong memiliki gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam pelbagai situasi ketika kita berniat untuk berbohong, kita mudah merasa gugup dan waktu itulah masa untuk menutup kesalahan. Korang pernah rasa macam tu tak? hehehe. Hanya korang je yang tahu. Diam-diam sudah. :3


2. Perhatikan Bahasa Tubuh
Lihat dan perhatikan bahasa tubuh seseorang yang kelihatan seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh hidung merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong atau pun tidak. Tapi, janganlah pulak kalau dia gatal kat bahagian hidung, diaorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu. Haha !


3. Gelisah Berlebihan
Perhatikan jika seseorang yang korang curigai berbohong, menggaru-garu atau menggesek pakaiannya. Kebanyakan dan selalunya, perbuatan sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbohong ataupun tidak.


4. Senyum Berlebihan
Di samping dari kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu tengah berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak ketika mereka mengatakan yang sebenarnya.


5. Percaya Pada Naluri
Ini penting ! Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang berbohong, kita juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri. Mungkin betul jika pepatah orang dulu-dulu mengatakan, "jika anda mencurigai seseorang berbohong, mungkin ada benar."


6. Muka Kelihatan Bingung
Semasa dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut. Nampak je muka dia ala-ala bingung dan tergagap-gagap masa tengah cakap, dia menipu la tu. :p


7. Menganggukkan Kepalanya
Ada jugak yang suka mengangguk-anggukkan kepalanya. Kalau kita tanya, dia angguk-angguk je macam tengah berbohong.


8. Selalu Beri Penjelasan Yang Tidak Penting
Ni dah sah berbohong. Kita tanya sesuatu benda yang spesifik, dia pegi jawab benda yang merapu-rapu. Hahaha. Orang cuma nak satu jawapan je. Dia jawab panjang lebar pulak.


9. Bila Berjanji, Sering Mengingkari
Ni selalu ada pada lelaki kut. Masa tak dapat, bersemangat nak janji macam-macam. Kononnya nak bagi harapan la kan. Padahal, bila da dapat apa yang dikehendakinya, hurmmm ~ Terus lupa janji yang dah pernah buat tu.


10. Mengatakan Sesuatu Yang Tidak Dilakukannya
Selalu terjadi dekat sekeliling Ira. Dia cuma kemas bilik je. Tapi gebang dia bukan maen lagi. Cakap dia buat macam-macam. Padahal satu kerja je dia buat. haih !
,

Assalammualaikum

Makhluk Allah yang sekor ni teramatlah comel. Kucing ..... Alahai. Kenapa la kucing ni comel sangat. Memang geram sangat kalau Ira dapat kucing. Tapi sayang, Ira ni ada resdung. So ada batasan sikit kalau nak pegang kucing. Kalau main bedal je, memang seharian Ira akan bersin-bersin. Ira jealous sangat tengok orang yang boleh pegang kucing sesuka hati. Huhuhu ~ Tapi nak buat macam mana kan. Terima je la.

Ok la. Korang perasan tak, kadang-kadang kucing ni suka sangat gerakkan ekor dia. Kadang-kadang si comel ni akan merealisasikan mood mereka dengan gerakan ekor. Tengok gambar yang Ira kasi ni k. Korang akan tahu. :)



So, korang dah tahu kan? ^^
,

Assalammualaikum

Sekarang ni Ira akan update pasal pemakaian tudung. Mesti korang semua suka. Lagi-lagi para kaum hawa. Hehehe. So, hope korang sudi la baca dan hayati tips ni. :)


1. Jangan sesekali korang pakai tudung yang jarang dan nipis sampai boleh nampak susuk leher dan dada korang tu. Tetapi, kalau korang nak pakai jugak tudung yang macam tu, pastikan pakai inner yang tutup leher. Sebagai umat Islam, aurat tu kena jaga ye. :)


2. Pastikan korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecik-kecik tu tak nampak. Cara ni dapat memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung. Kalau tak pakai anak tudung ni, tudung yang korang pakai mesti asyik-asyik nak ke depan je. Pernah kena kan? :3


3. Pemakaian tudung yang perlbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik. Tapi Ira jarang sangat pakai tudung bercorak-corak ni. Sebab semak la. Ira lagi suka tudung yang jenis plain. Tapi tu la. Kalau baju pun dah plain, takkan tudung pun sama kan.


4. Untuk nampak lebih menarik, korang boleh lah memakai kerongsang yang sesuai. Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, bila korang sematkan kerongsang di bahagian baju akan menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik.


5. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak. Macam yang Ira cakap tadi. Ira tak suka tudung yang bercorak. hehehe. :)


6. Dalam pemilihan kerongsang, korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecik. Jika tudung korang tu berwarna merah, pakailah kerongsang yang berwarna keemasa. Ni contoh je. Tapi ikut la pada kesesuaian.


7. Bagi korang yang berbadan besar, macam Ira ^^. Korang tak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar. Jika mahu yang besar, cari yang bentuk memanjang ok. :)


8. Jangan tutup bahu dengan tudung korang. Nanti akan nampak badan korang besar. So, korang boleh lah sematkan dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tak nampak menggelebeh. Tapi ada sesetengah orang yang suka pakai tudung lepas baju. Depends la ye. Ikut keselesaan korang. :)

Follow Us @_nrlsyhirh