Tahun Baru Azam Baru

Monday, December 15, 2014



Assalammualaikum

Hari ni baru ada kesempatan nak update blog.. Ira ni takde la busy mana pun.. tapi asyik takde masa je nak update blog ni.. so blog Ira memang akan senyap.. tak aktif sangat.. huhuhu.. da tu nak buat macam mana kan.. kena curi-curi masa sekejap.. ok la, lagi beberapa minggu je kita dah nak masuk tahun baru kan.. tahun 2015.. dah tua rupanya dunia kita ni.. cepat je masa berlalu.. langsung tak terasa tahun 2014.. dan Ira pun bakal menginjak 18 tahun bulan januari ni.. huhu ~ terasa diri ni dah tua,.. hehehe.. padahal baru 18 tau.. tak tua lagi kut ;)

setiap tahun mesti la kita ada azam masing-masing nak ditunaikan.. betul tak ? so apa azam korang untuk tahun 2015 ? mesti hebat-hebat kan.. azam ni umpama checklist untuk kita selesaikan.. kiranya macam mission untuk kita setiap tahun la kan.. ^^ dan azam ni jugak kita kena complete kan.. melalui ni jugak kita akan dapat tahu kelebihan diri kita.. adakah diri kita ni lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.. betul tak ? Ira nak share sikit azam Ira untuk tahun 2015 :3


 Nak jadi dekan *hahaha.. ni macam payah je nak capai.. sebab dekat kolej Ira tu ramai yang pandai-pandai.. tapi takpe, Ira akan usaha*

 Dapat pointer tinggi untuk sem-sem yang seterusnya.

 Be a better person and better Muslimah.

 Buat ibu dan abah bangga dengan result Ira.

 Jadi kawan yang sentiasa membantu.

 Jadi seorang kakak yang bertanggungjawab.

 Tak nak tangguhkan assignment.. hehehe.. Ira memang suka tangguh-tangguhkan assignment ni.. bila nak submit baru tergedek-gedek nak buat... so result assigment Ira memang tak gempak la.. huhuhu ~

 Jadi role model untuk semua orang.


Nah, tu la azam yang bakal Ira capai.. In Sha Allah kalau diizinkan Allah.. tapi mungkin tak semua Ira akan capai.. sebab kita ni kan hanya merancang.. Allah yang menentukan.. tapi apa-apa pun Ira akan cuba sedaya mungkin.. jangan cepat putus asa.. Fighting !! ^^

You Might Also Like

3 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email