Panduan Membuat Azam Baru - Syahirah Valiant

Latest

December 31, 2014

Panduan Membuat Azam Baru


Assalammualaikum

2 Maksud utama azam tahun baru yang mudah dicapai :

1. Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak membebankan diri sendiri

Buatlah azam yang mudah dan dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya menaik secara mendadak. Jika korang jarang baca Al-Quran sepanjang tahun, janganlah pula buat azam akan baca Al-Quran 15 juzuk sehari. Kalau benda ni korang yakin korang boleh buat, just go on. Ikut kemampuan diri sendiri ok. :)

2. Cara memilih dan melaksanakan azam yang betul

Cara kita pilih azam yang nak dicapai itu penting. Ia menentukan samada kita akan berjaya atau tidak semasa melaksanakannya apabila menjelang tahun baru.



Panduan Buat Azam Tahun Baru

Bagi memudahkan kita semua membuat azam tahun baru ini, Ira akan bagi sikit panduan/tips mudah untuk sama-sama kita lakukan.

1. Pastikan korang faham antara kewajipan dengan azam
Kadang-kadang kita keliru dengan azam yang kita buat. Ada orang yang jadikan solat lima waktu tak tinggal tu sebagai azam tahun barunya sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka wajib dilaksanakan. Antara perkara yang tak perlu masuk dalam kategori azam adalah seperti berikut :

  • Semua ibadah wajib seperti solat, puasa di bulan ramadhan, zakat dan lain-lain.
  • Menjaga perhubungan silaturrahim seperti menghormati dan berbuat baik pada ibubapa, saudara mara dan lain-lain.
  • Menjaga kesihatan seperti mempunyai berat badan yang seimbang dan tidak gemuk secara berlebihan/obesiti.
  • Menjaga akhlak seperti tidak mengumpat, panas baran, sentiasa buruk sangka dan sebagianya.
  • Menuntu ilmu. Semua orang tahu yang menuntut ilmu ini adalah satu kewajipan pad akita dari kecil sampai lah kita mati dan ianya bukanlah satu pilihan samada nak buat atau pun tidak.

2. Jangan pilih keputusan untuk dijadikan azam
Jika korang pilih azam tahun baru adalah untuk mengurangkan berat sebanyak 20 kilo, itu sebenarnya adalah keputusan. Pilihan sebegitu tidak akan mendatangkan kesan pada tahap berat anda.

3. Pilihlah jalan untuk mencapai keputusan
Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes yang ada di atas tadi, korang sepatutnya membuat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo.


Pastikan azam yang korang dah buat tu tercapai k. Jadikan tahun 2015 ni lebih baik daripada tahun 2014.

1 comment:

  1. Bila baca entri kak Ira nih,Hana tiba2 bersemangat untuk melangkah kehadapan! *Yuppuyuu!! ;)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D