Mengapa Cincin Perkahwinan Disarung Pada Jari Manis?

Wednesday, December 17, 2014


Assalammualaikum

Sekarang Ira share pasal bab ni pulak. Hehehe. Macam menarik je kan? Orang nikah selalunya sarung cincin dekat jari manis kan? Korang tahu kenapa? Tak tahu. Jom kita tahukan sama-sama ye. Kalau korang nak try pun boleh jugak. Memang interesting. :)


 Satukan kedua tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah. Agak susah la nak buat. Huhuhu ~ Sakit jari guwe. Hehehe ^^


Ikut gambar ni tau. Ikut betul-betul ! :)


 Kemudian, cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian. Oleh kerana demikian, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


 Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik). Mereka memliki keluarga sendiri dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


 Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.


 Selanjutnya, tutup jari kelingking anda. Cuba pula buka jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Memang tak boleh buka. Ira da try. nak try buka jugak ? Patah jari tu karang baru tahu. hehehe. Tahu tak kenapa tak boleh ? Kerana jari masin mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.


Pengajaran

Mungkin ianya cuma mitos, rekaan semata-mata atau sekadar kebetulan. Dan Ira tak pasti kenapa jari hantu tu kena lekuk kan. Kalau tak lekuk tak boleh ke? Tapi takpe la. Apa yang penting, selagi kita hidup di dunia yang fana ni, jangan permainkan perasaan pasangan hidup kita. Ira da pernah kena so Ira tahu macam mana sakitnya tu. Haih ! Kalau diingatkan balik memang nak kena dia tu. Sabar-sabar :) 

You Might Also Like

1 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email