Kenapa Perempuan Dikatakan Sebagai Tulang Rusuk Kiri Lelaki ? - Syahirah Valiant

December 23, 2014

Kenapa Perempuan Dikatakan Sebagai Tulang Rusuk Kiri Lelaki ?



Assalammualaikum

Masa kita kecil-kecil dulu mesti ustazah kita, cikgu-cikgu kita, ibu bapa kita ataupun mungkin kita dapat tahu daripada bahan bacaan yang lain tentang kejadian Hawa diciptakan oleh Allah SWT daripada tulang rusuk Adam. Ok, tapi kita tahu ke kenapa Allah ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam? Kalau tak tahu, baca ni sampai habis tau ;)



Dikatakan bahawa seorang lelaki jika dia berada dalam kesakitan, dia akan membenci. Tetapi, pada wanita pula jika dia berada dalam kesakitan, dia akan semakin bertambah sayang dan cintanya. Ira sokong 100% tentang fakta ni.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa sakit apabila keluarnya Hawa dari sulbinya sehingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi, Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur supaya Adam tidak merasakan sakit dan tidak akan membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian dihadapannya, akan tetapi semua ni akan membuatkan dia bertambah sayang dan cinta kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung & hato nurani)

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu Adam. Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah kerana dia akan berinteraksi dengan tanah. Dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. 

Seorang wanita akan berinteraksi dengan perasaan dan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Perubatan moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut, pastilah pukulan yang paling ringan yang akan diberikan kepada jantung akan menyebabkan rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok.

Dan wajib juga bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw, jika seorang lelaki berusaha untuk meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksudkan dengan bengkok tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki. Wahai Adam, janganlah engkau merendahkan perasaan Hawa, sesungguhnya Hawa memang diciptakan seperti itu.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D