Cinta Yang Diredhai Allah SWT

Wednesday, December 03, 2014


Assalammualaikum

Entri ni Ira buat lebih kepada personal k.. huhuhu ~ tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni jantung Ira dup dap dup dap.. bukan main laju lagi.. Ira sedar benda ni berlaku bila Ira ada kenal seorang hamba Allah ni.. hurmmm ~ *Muhammad Daniel Hafizi* ... Ira memang pernah bercinta dengan dia.. tapi terputus tengah jalan.. sebab dia busy, Ira pun busy.. so takde masa untuk kitaorang berdua.. dan sejak tu Ira putuskan biar lah hubungan kitaorang ni tergantung macam tu je.. lagipun Ira still muda lagi.. baru 18 *tahun depan* ... banyak benda lagi yang Ira perlu belajar.. jangan nak gopoh sangat... hahaha.. tu ayat ibu la tu.. xp

tapi sejak kebelakangan ni.. Ira asyik mimpi si dia.. sepanjang Ira tidur tu, muka dia je la yang ada dalam mimpi Ira.. tak pernah missed langsung.. tiap2 hari.. Ira ada terfikir jugak.. kenapa Ira mimpi macam tu sekali.. Ira tak pernah lagi buat solat istikharah... tapi Ira dapat rasa yang Allah nak tunjukkan sesuatu pada Ira.. dan Ira tak tahu apa benda nye tu.. dia still jugak contact Ira.. tapi Ira buat dunno je sebab kitaorang takde apa2 kan.. so buat apa nak terhegeh-hegeh.. :) 

Ira cuma nak hubungan yang diredhai Allah.. biar lah kami macam ni.. terhindar daripada maksiat dan perkara-perkara yang terkutuk.. jikalau Muhammad Daniel Hafizi adalah jodoh Ira, In Sha Allah kami akan bersatu.. jika tidak, Ira akan redha.. mungkin ada yang lagi baik untuk diri Ira.. sekarang ni masa untuk Ira capai apa yang Ira nak.. kalau dah ada suami nanti takut terbatas pulak apa yang kita nak buat.. betul tak ? :) so Ira akan fokus pada kerjaya Ira dulu.. bila ekonomi Ira dah betul-betul stabil, baru lah Ira fikir untuk ada keluarga.. hahahaha.. tapi Ira ada jugak cita-cita nak ada keluarga dalam usia yang muda.. "engko nak mampus ?!! kena parang dengan ibu baru tahu.." hahahaha.. ni la apa yang adik Ira no 2 cakap.. hehehehe xD

You Might Also Like

1 Comments

  1. Semoga apa yang berlaku adalah yang terbaik ya :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email