6 Penawar Sakit Hati Yang Terbaik - Syahirah Valiant

December 18, 2014

6 Penawar Sakit Hati Yang Terbaik


Assalammualaikum

Setiap manusia pernah merasakan sakit hati ni. Tak kira la sakit hati dengan siapa pun. Atau mungkin sakit hati dengan sesuatu yang dilakukan. Ok la. Ira pun pernah rasa sakit hati ni. Ngilu je hati time benda ni muncul. Huhuhu ~ Kadang-kadang benda ni pun boleh buatkan kita menjadi seorang yang pemarah. Yela kan. Daripada mulanya sakit hati, dan akhirnya jadi pemarah. Ok la. Benda ni normal la untuk semua orang. Memang lumrah kehidupan. Tapi, kalau dibiarkan penyakit ni terus menular, alamatnya memang parah la. So, kita sebagai umat Islam kena dan wajib atasi penyakit hati ni. Tak tahu macam mana ? Takpe-takpe. Ira akan bagi knowledge baru dekat korang semua. :)


1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnya dan sepatutnya kita kena melihat pada diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud untuk menyakiti perasaan kita. Kalau untuk orang yang cepat touching memang payah. Cepat sangat-sangat la dia rasa sakit hati dengan apa yang kita cakap. Padahal kita tak maksudkan apa-apa pun. Dan kita dengan rasa bersalahnya kena la pujuk.  Kadang-kadang ada betulnya apa yang orang cakap pasal kita. Mana la tahu kut-kut kita ada buat kesalahan. So, think positive. Dan perbaiki kesalahan kita tu supaya tak berulang kembali.


2. Menjauhkan Diri Dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Kadang-kadang kita ni selalu sangat dengki dengan kawan-kawan kita mahupun adik-beradik kita sendiri. Alaaa. Senang kata kita ni jelous la sebab dia tu lebih daripada kita. Haih, memang parah kalau dapat kawan macam ni. Rasa nak cekik-cekik je. Mana taknya, asyik dia je nak menang. Langsung tak bagi orang peluang. Tak suka orang macam ni. Kita sebagai kawan kena la happy sekali dengan apa yang kawan dia ada. Ni tak, dengki je tau. Ira pernah alaminya sendiri.

Rasulullah bersabda, : "Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)


3. Menjauhkan Diri Dari Sifat Amarah Dan Keras Hati

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia ni suka sangat bertindak tanpa berfikir dahulu. Main terjah je asalkan diri dia sendiri puas. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun senang je nak melancarkan serangannya kemudian dapatlah syaitan mempermainkan diri manusia yang lalai ni.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, "Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik doa."


4. Memupuk Sifat Pemaaf

"Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh." Surah Al-A'raf : 199

Allah Maha Pemaaf. Tak kiralah sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu kemaafan untuknya seluas-luas lautan yang tiada penghujungnya. Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain sebelum dia meminta maaf. Rasulullah pun maafkan umatnya apatah lagi kita sesama manusia kan. Kita ni tak layak pun nak berdendam. Kita sebagai manusia ni je yang tak sedar diri. 


5. Husnuzon (Berprasangka Baik)

Adakalanya seorang muslim sering kali berburuk sangka terhadap orang muslim yang lain sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dikira macam memalukan orang lain la. Si dia mengatakan macam-macam tentang orang lain dan mengatakan dirinya lebih baik. Angkuh sungguh. Ingat diri dia da perfect ke nak buruk-burukkan orang lain. Cermin diri dulu dan tanya diri kita, adakah kita layak buat orang lain macam tu. Tak kira la agama apa pun, memang melarang dalam adab-adab mereka tentang memburuk-burukkan orang lain.


6. Ikhlaskan Diri

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan tetapi !! Cukup-cukup berat untuk dilakukan. Ingat ni !! Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia akan bersyukur. Bukan macam sesetengah orang. Duit dah berkepuk sana sini. Tapi still tak reti nak bersyukur. Kalau Allah tarik balik semua tu macam mana ? Tak guna kalau nak menyesal da. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu meyerahkan segalanya hanya kepada Allah.


Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tidak terhingga... Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti orang lain... Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberikan kemaafan yang ikhlas....


Ok la. Ni je yang dapat Ira kongsikan kepada korang. So, jangan marah-marah, jangan sakit-sakit hati lagi. Kalau korang still rasa penyakit ni lagi, korang try la penawar-penawar yang Ira dah sebutkan di atas. Memang mujarab. Dan Ira lah tukang eksperimen nya. Hehehe ^^ Semoga kita menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan solehah dan sentiasa akan memaafkan orang lain walaupun benda tu payah sangat kita nak buat. Selamat mencuba ^^ 

1 comment:

  1. thanks ira sudi kongsi :) hehehe
    Aisya dah follow blog ira,, kalau sudi followlah Aisya balik :) http://aisyaieyka.blogspot.com

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D