3 Perkara Yang Perlu Disegerakan

Tuesday, December 23, 2014


Assalammualaikum

Sabda Rasulullah SAW,

Maksud hadis : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah dilewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, Yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan Yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya.


1. Apabila Telah Masuk Solat, Maka Bersegeralah Menunaikannya

Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :

Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama ? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : Kemudian apa? Nabi bersabda : Berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : Kemudian apa lagi? Nabi bersabda : Berjihad di jalan Allah" (HR Bukhari)



2. Mengkebumikan Jenazah

Nabi saw menyuruh kita agar segera menkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sabda Rasulullah SAW,

Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah (mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu." (Muttafaqun Alaihi)



3. Menyegerakan Pernikahannya

Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya mengerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memlihara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Kalau hendak diikat dengan tali pertunangan, janganlah memakan masa yang lama sehingga dua, tiga atau empat tahun kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak elok seperti maksiat dan sebagainya. Paling baik ikatan pertunangan hanya memakan masa enam bulan atau setahun.

Ibu bapa perlu ingat, bertunang bukan lesen untuk membenarkan anak-anak gadis keluar dengan lelaku tunagannya. Pasangan yang sudah bertunang dan ingin mendirikan rumah tangga hendaklah memelihara tingkah laku mereka kerana aman damainya rumah tangga bergantung kepada apa yang telah mereka lakukan sebelum berkahwin.

You Might Also Like

1 Comments

  1. hmm..zaman sekarang ni parents pula yang nak sekat anak-anak yang nak berkahwin. mungkin faktor ekonomi juga kan..

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email