10 Kesilapan Yang Menganggu Hubungan Bercinta - Syahirah Valiant

December 21, 2014

10 Kesilapan Yang Menganggu Hubungan Bercinta



Assalammualaikum

Bercinta ? Couple ? Semua tu lumrah kehidupan kita sebagai manusia. Ok la, pernah tak korang gaduh dengan pasangan korang ? Tak kira la gaduh kecil ataupun gaduh besar. Mesti ada punca dia kan. Takkan la tiba-tiba pulak korang nak gaduh tanpa sebab. Ok la. Ada beberapa perkara yang perlu korang tahu dan jangan sesekali korang buat masa tengah couple ni. :)


1. Korang bercerita mengenai masa lalu korang pada dia tanpa dia bertanya. Pasangan korang bukannya tempat untuk korang luahkan perasaan. Sebaliknya, korang perlu fokus untuk membahagiakan dia. Bukannya ungkit kisah lama. Kalau Ira pun Ira marah. Yela kan ~ Kita tak tanya pun pasal ex-ex dia tu. Tapi dia yang tergedik-gedik nak cerita. Lain la kalau kita tanya kan.


2. Korang memandang dan bercerita mengenai wanita lain apabila korang bersama dengan si dia.


3. Korang terlalu memuji dia sehingga anda kelihatan seperti terpaksa memuji.


4. Korang terlalu awal memberi si dia hadiah yang terlampau mahal. Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan korang merayu-rayu untuk mendapatkan perhatian daripada si dia.


5. Korang dah start buat perkara-perkara yang terkutuk. Tak nak bagitahu kan. Korang faham-faham je la. Sebagai seorang Islam, perbuatan tersebut adalah haram. Memang kena terajang kalau ada pasangan macam ni. Ingat dah halal ke nak buat semua-semua tu. Sedar sikit ! :)


6. Korang terlalu serius ketika bersama dengan si dia seperti membincangkan sesuatu topik terlalu serius sehingga membawa pergaduhan.


7. Terlalu jiwang dan setiap kali bertemu korang akan beritahu dia apa yang korang rasa tanpa bertanya apa yang dia rasa terhadap anda.


8. Korang sentiasa mendesak dia untuk selalu berjumpa. Seperti korang yang memerlukan ruang dalam hidup korang, si dia juga perlukan ruang untuk jalani kehidupan peribadi si dia. Jangan terlalu mendesak dan jalani hubungan percintaan dengan sabar. 


9. Korang sentiasa berbincang mengenai masa hadapan hubungan korang berdua tetapi tiada satu pun tindakan yang korang buat. Jangan berjanji sesuatu yang korang rasa tidak yakin untuk tunaikannya.


10. Mengajak si dia melakukan perkara yang tidak senonoh. Yang ni Ira tak nak ulaskan. Sebab Ira pun still bawah umur. So korang faham-faham je la ye :)

4 comments:

  1. good tips.. kekadang tak perasan yang kita terbuat salah satu.. hohooo

    ReplyDelete
  2. itulah zaman2 remaja memang mencabar..tengok oragn couple, kita terliur nak couple jugak..
    bila x couple, rasa macam x laku kan..hahaha..
    papepon akki bersyukur akk dilahirkan oleh sepasang ibu bapa yang garang & tegas ^_^
    Kalo x, agak2 akk mungkin dah terhanyut dgn cintan cintun ni semua

    ReplyDelete
  3. Tahu takpe. Kadang2 apa yang kita buat tu kita ingat betul. Rupanya salah :) : @MissNadia

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. memang bagus kita ada parents yang tegas ni. Kadang2 remaja sekarang ni ikut perasaan. Asyik dia je yang betul. Macam Ira la, kadang2 memberontak jugak. Dan nasib baik akal fikiran ni waras lagi.. So pilih la mana yang baik. :) : @Annur Syuhadah

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D