December 31, 2014

,

Assalammualaikum

Kebelakangan ni sunyi je blog Ira ni. Hurmmm ~ Takde mood nak update blog. Tapi Alhamdulillah, masih ada yang sudi melawat blog yang tak seberapa ni. Ok la. Hari ni Ira nak share sikit resepi aiskrim oreo ni. Pernah makan tak aiskrim mucflurry dekat MCD tu? Mesti la pernah kan. Nak tahu tak. Rasa dia sebijik macam aiskrim mucflurry. Kalau korang buat sendiri kan dah senang nak makan. Tak payah nak membazir duit. Thanks kepada si dia sebab dah ajar. Jom kita cuba ye :)


Bahan - Bahan :

 1 tin susu cair
 Setengah tin susu pekat  *kalau tak nak manis sangat, kurangkan*
 1 sudu esen vanilla *kalau tak nak letak pun takpe*
 1 paket biskut oreo
 1 sudu besar ovalette


Cara Penyediaan :

 Asingkan biskut oreo dan krim. Kalau nak masukkan krim dia pun takpe. Tapi kalau Ira, better asingkan. Takut lagi manis pulak.

 Hancurkan biskut oreo tu.

 Untuk adunan aiskrim, masukkan susu cair, susu pekat, esen vanilla & ovalette ke dalam mixer sampai dia kembang. Guna blender pun boleh.

 Lepas dah nampak aiskrim tu kembang, masukkan biskut oreo yang dah dihancurkan tadi. Mixer kan sekejap.

 Lepas dah siap semua, masukkan dalam fridge. Tunggu seharian tau. Lambat nak beku.

 Lepas dah siap, korang boleh la makan. Sedaaaapppp !! ^^

Selamat Mencuba !!! ^^

December 23, 2014

,

Assalammualaikum

Sabda Rasulullah SAW,

Maksud hadis : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah dilewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, Yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan Yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya.


1. Apabila Telah Masuk Solat, Maka Bersegeralah Menunaikannya

Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :

Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama ? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : Kemudian apa? Nabi bersabda : Berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : Kemudian apa lagi? Nabi bersabda : Berjihad di jalan Allah" (HR Bukhari)



2. Mengkebumikan Jenazah

Nabi saw menyuruh kita agar segera menkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sabda Rasulullah SAW,

Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah (mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu." (Muttafaqun Alaihi)



3. Menyegerakan Pernikahannya

Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya mengerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memlihara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Kalau hendak diikat dengan tali pertunangan, janganlah memakan masa yang lama sehingga dua, tiga atau empat tahun kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak elok seperti maksiat dan sebagainya. Paling baik ikatan pertunangan hanya memakan masa enam bulan atau setahun.

Ibu bapa perlu ingat, bertunang bukan lesen untuk membenarkan anak-anak gadis keluar dengan lelaku tunagannya. Pasangan yang sudah bertunang dan ingin mendirikan rumah tangga hendaklah memelihara tingkah laku mereka kerana aman damainya rumah tangga bergantung kepada apa yang telah mereka lakukan sebelum berkahwin.
,


Assalammualaikum

Masa kita kecil-kecil dulu mesti ustazah kita, cikgu-cikgu kita, ibu bapa kita ataupun mungkin kita dapat tahu daripada bahan bacaan yang lain tentang kejadian Hawa diciptakan oleh Allah SWT daripada tulang rusuk Adam. Ok, tapi kita tahu ke kenapa Allah ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam? Kalau tak tahu, baca ni sampai habis tau ;)



Dikatakan bahawa seorang lelaki jika dia berada dalam kesakitan, dia akan membenci. Tetapi, pada wanita pula jika dia berada dalam kesakitan, dia akan semakin bertambah sayang dan cintanya. Ira sokong 100% tentang fakta ni.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa sakit apabila keluarnya Hawa dari sulbinya sehingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi, Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur supaya Adam tidak merasakan sakit dan tidak akan membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian dihadapannya, akan tetapi semua ni akan membuatkan dia bertambah sayang dan cinta kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung & hato nurani)

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu Adam. Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah kerana dia akan berinteraksi dengan tanah. Dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. 

Seorang wanita akan berinteraksi dengan perasaan dan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Perubatan moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut, pastilah pukulan yang paling ringan yang akan diberikan kepada jantung akan menyebabkan rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok.

Dan wajib juga bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw, jika seorang lelaki berusaha untuk meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksudkan dengan bengkok tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki. Wahai Adam, janganlah engkau merendahkan perasaan Hawa, sesungguhnya Hawa memang diciptakan seperti itu.

Follow Us @_nrlsyhirh