Punca, Cara Mencegah & Cara Rawatan Resdung - Syahirah Valiant

Post Top Ad

November 16, 2014

Punca, Cara Mencegah & Cara Rawatan Resdung


Assalammualaikum

resdung ? tak tahu ke ? alaaaaa.. takkan tak tahu kut.. huhu.. seksa betul kalau kena resdung ni.. Ira pun ada pengalaman mengalaminya.. sampai sekarang tak ok lagi.. tak tahu la macam mana nak ok kan.. doktor cadangkan untuk operate.. tapi Ira takut la.. bukan apa.. takut kalau ada kesan sampingan.. tak mau la.. 
Ira pernah jugak guna cara tradisional.. guna asap.. still tak berkesan jugak.. ntah la ~ jom kita ketahui dengan lebih lanjut pasal resdung ni.. :3



Apa Itu Resdung ?

Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-tanda Menghidap Resdung

 Hidung selalu tersumbat
 Lendir dari hidung dan tekak
 Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
 Jerawat di wajah dan belakang badan

Punca Resdung

 Alahan
Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hiudng akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat kelaur, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

 Struktur hidung yang tidak normal
Mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang senget, tidak lurus, risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

 Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi
Boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

 Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata
Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi resdung ni tak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


Komplikasi Sekiranya Resdung Tidak Diatasi / Dikawal

 Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
 Jangkitan otak
 Sakit tekak yang kronik
 Jangkitan tulang muka
 Memburukkan keadaan lelah
 Berdengkur yang kronik
 Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
 Alahan hidung atau hidung sensitif
 Selesema biasa yang melarat


Petua Mencegah Resdung

 Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
 Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
 Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas yang berkualiti tinggi.
 Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
 Minum air suam/ mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
 Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
 Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu, janganlah makan makanan itu.

2 comments:

  1. Zumal pun ada gak resdung, thanks yer Ira kongsikan petua nie :)

    ReplyDelete
  2. saya pun ada resdung tapi tak teruk sangat rasanya, Cuma gatal-gatal kat hidung je

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad