November 2014 - Syahirah Valiant

November 29, 2014

PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

Saturday, November 29, 2014 6
PENCARIAN BLOGLIST BLOG CIK BELBEL

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Saturday, November 29, 2014 13
Segmen Bloglist Januari 2015 by CN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Isu Tentang Kolej Vokasional ??

Saturday, November 29, 2014 7
Isu Tentang Kolej Vokasional ??

Assalammualaikum

baru-baru ni ada kawan Ira hantar gambar tentang isu-isu negatif yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia tentang Kolej Vokasional ?? What ???!!!! isu negatif !!!??? yes !! isu negatif.. Ya Allah.. hampir mengalir air mata Ira bila tengok gambar tu.. setiap patah perkataan tu memang menyakitkan hati ni.. lagi-lagi Ira ni salah seorang student KV.. kenapa perlu diaorang cakap yang bukan-bukan tentang KV? kenapa diaorang kata KV ni tak diiktiraf oleh kerajaan ??

untuk pengetahuan anda2 semua.. KV ni telah diiktiraf oleh kerajaan.. setiap sijil yang kami dapat semua sudah diiktiraf.. Kementerian Pelajaran yang bagi ceramah dekat sekolah Ira beberapa bulan yang lepas.. memang budak KV ni slow.. memang slow dalam pelajaran.. nak kata kami ni bodoh sebab tak ambik spm ? memang kami tak ambik spm.. tapi kami ambik exam yang setara dengan spm.. hurmmm~ cuba lah bukak minda masing-masing.. sistem pendidikan KV ni dah dilakukan dekat luar negara.. negara kita je slow.. sebab tu kerajaan nak jadikan negara kita maju macam negara luar.. kalau ada spm tapi takde kemahiran.. macam mana nak kerja.. betul tak ??

dekat KV tu kami ada pelajaran dan juga kemahiran.. kami belajar semua tu.. memang pelajaran kami sikit.. tapi kami mempunyai keistimewaan dalam kemahiran.. contoh macam Ira, Ira ambik course setiausaha.. Ira ada belajar bagaimana nak uruskan mesyuarat, conference dan benda-benda yang berkaitan dengan negara luar.. pelajar-pelajar yang takde kemahiran boleh lakukan ke? mungkin tidak... mereka perlu belajar semua tu.. KV ni bonus untuk kami cepat mempunyai kemahiran.. alahai ~ kenapa la masyarakat luar pandang rendah tentang KV.. kalau sistem pendidikan ni akan membuatkan pelajar-pelajar KV mengganggur.. takde nye kerajaan akan tubuhkan sistem ni.. think positive dear.. kita kena lah majukan negara sendiri.. jangan lah cakap main ikut perasaan.. cuba dulu sesuatu yang baru.. 

first-first Ira masuk Kv pun Ira takut.. takut kalau tak lepas.. takut kena repeat.. tapi Ira cuba.. ni benda baru untuk Ira hadapi.. dan Alhamdulillah sampai sekarang Ira still ada di KV Gombak.. dan Alhamdulillah pointer Ira dapat gembirakan semua orang walaupun tak seberapa.. kawan-kawan Ira pun kata untung Ira masuk KV sebab terus dapat diploma.. tak yah susah-susah da.. so, why not pelajar tingkatan 4 tahun depan mencuba benda baru ? betul tak.. just think positive.. fikir yang kita akan majukan negara kita dengan kemahiran yang kita ada.. Ira sedih sebab ramai yang kata KV ni tak bagus.. adududu ~ berdesing telinga bila ada orang cakap macam tu.. owhhh ~ tak bagus ye.. tengok la nanti.. kami semua akan berjaya dengan usaha sendiri.. In Sha Allah..

Alam Diploma

Saturday, November 29, 2014 0
Alam Diploma

Assalammualaikum

Dah lama rasanya Ira tak update blog.. hurmmm ~ internet selalu sangat slow.. tu yang tak best kalau nak berblogging.. so, Ira akan tunggu time-time internet laju.. then, time-time tu masa pukul 2.. haih.. rabak mata wehhh ~ hehehe.. tapi takpe.. sebab Ira da biase.. tapi hope sangat migrain tak menyerang... hehe..

ok, tujuan Ira update hari ni sebab nak cerita dekat korang semua satu benda.. nak tahu apa? hehehe.. teruskan mendengar kalau sudi.. *mendengar la sangat* hehehe.. ok, exam untuk semester 4 dah tamat.. sekarang ni Ira tengah tunggu result untuk semester 4.. huhu.. takut sangat result sem ni menurun.. sebab exam kali ni memang betul-betul susah.. Ira bukan main menghafal lagi.. tapi sikit sangat yang masuk.. Ira tak tahu mana la cikgu ambik soalan tu semua.. hurmmm ~ semoga Allah permudahkan urusan Ira.. amin.. hurmmm ~ takut sangat-sangat..

dan tahun depan pulak Ira akan melangkah ke alam diploma.. pelik tak ? Ira baru 18 tahun untuk tahun depan.. tapi dah ambik diploma.. hehehe.. Ira ni budak vokasional.. so advanced sikit dari budak spm.. Ira harap sangat yang Ira dapat sambung diploma tu.. amin.. mudah-mudahan la kan.. Ira tinggal lagi 2 tahun dekat sana.. dan subjek untuk setiap semester pun semakin mencabar.. semakin susah wehhh !! hoho.. macam mana la Ira nak hadapi semua tu.. mahu pecah kepala agaknya.. lagi-lagi untuk diploma ada belajar bahasa tambahan.. bahasa arab & mandarin.. macam mana la ni.. da la susah tu.. hurmmm ~... takpe la.. In Sha Allah Ira akan dapat hadapi semua tu.. kuatkan semangat !!! Fighting !!!

Segmen Dah Tamat

Saturday, November 29, 2014 1
Segmen Dah Tamat

Assalammualaikum

Sudah tamat akhirnya segmen yang Ira anjurkan.. Alhamdulillah mendapat sambutan ramai.. terima kasih banyak-banyak kepada blogger yang sudi meluangkan masa untuk join segmen Ira yang tak seberapa tu.. tapi dengan kesempatan ini, Ira nak mintak maaf sebab Ira terpaksa tamatkan segmen tu lebih awal.. sebab Ira ada masalah sikit.. Ira pun takde masa sangat nak uruskan blog ni buat sementara waktu.. Ira mintak maaf ye.. In Sha Allah malam ni Ira akan habiskan blogwalking ke blog korang dan follow sekali.. thanks sekali lagi sebab sudi join segmen Ira ni.. kalau ada kesempatan lagi, Ira akan buat segmen untuk korang k.. 

Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1

Saturday, November 29, 2014 64
Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1
*Sticky post. Sila scroll ke bawah untuk post yang terbaru*


Assalammualaikum

Hari ni baru ada kesempatan untuk Ira buat segmen baru.. hope korang semua sudi la join segmen Ira ni k.. buat pengetahuan korang, ni first segmen blogwalking yang pernah Ira buat.. support Ira k.. ^.^ syarat-syarat yang Ira buat pun simple sangat.. :)

Syarat-syarat :

1. Follow blog IRA *wajib
2. Follow Instagram *optional
3. KLIK SINI & SINI*jujur ok :)
4. Buat entri yang bertajuk "Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1" 
5. Tempek banner yang tak comel tu dalam entri korang
6. Backlinkan link entri korang dekat komen sahaja.
7. Like SINI  & SINI *wajib

tadaaa ~ so simple right syarat-syarat yang Ira letak.. so, semoga dekat segmen Ira ni, kita akan dapat rapatkan lagi hubungan antara blogger-blogger.. In Sha Allah :)


!! TAMAT!!

November 22, 2014

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Saturday, November 22, 2014 4
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

Yang Hidup Pasti Akan Mati

Saturday, November 22, 2014 2
Yang Hidup Pasti Akan Mati

Assalammualaikum

dah lama Ira tak update blog.. hurmmm ~ sorry sangat2.. Ira busy kebelakangan ni.. kena balik kampung sebab moyang Ira meninggal.. hurmmm ~ sedih sangat2.. tu yang buat tahlil 3 hari berturut-turut.. tak sangka cepat sangat onyang Ira pergi meninggalkan dunia yang fana ni.. memang tak sangka.. sebelum ni Ira tengok dia sihat je.. tup tup abang sepupu hantar whatsapps yang onyang dah meninggal.. raya tahun lepas dah la tak dapat jumpa dia.. huhu.. dah penat Ira menangis.. sedih sangat tengok onyang pergi untuk selama-lamanya.. hurmmm ~ takpe la.. dah ajal onyang kan.. Ira tak boleh buat apa.. Ira kena redha dengan ketentuan Allah.. ajal dan maut semua di tangan Allah.. Alhamdulillah onyang meninggal dengan cara yang baik.. dan Alhamdulillah sebab onyang terlepas daripada fitnah dajjal.. semoga roh onyang di tempat kan dengan orang-orang yang beriman.. amin.. Al-Fatihah.. :'(

First Giveaway by KAMAMIMI

Saturday, November 22, 2014 4
First Giveaway by KAMAMIMI

November 16, 2014

Punca, Cara Mencegah & Cara Rawatan Resdung

Sunday, November 16, 2014 2
Punca, Cara Mencegah & Cara Rawatan Resdung

Assalammualaikum

resdung ? tak tahu ke ? alaaaaa.. takkan tak tahu kut.. huhu.. seksa betul kalau kena resdung ni.. Ira pun ada pengalaman mengalaminya.. sampai sekarang tak ok lagi.. tak tahu la macam mana nak ok kan.. doktor cadangkan untuk operate.. tapi Ira takut la.. bukan apa.. takut kalau ada kesan sampingan.. tak mau la.. 
Ira pernah jugak guna cara tradisional.. guna asap.. still tak berkesan jugak.. ntah la ~ jom kita ketahui dengan lebih lanjut pasal resdung ni.. :3



Apa Itu Resdung ?

Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-tanda Menghidap Resdung

 Hidung selalu tersumbat
 Lendir dari hidung dan tekak
 Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
 Jerawat di wajah dan belakang badan

Punca Resdung

 Alahan
Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hiudng akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat kelaur, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

 Struktur hidung yang tidak normal
Mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang senget, tidak lurus, risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

 Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi
Boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

 Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata
Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi resdung ni tak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


Komplikasi Sekiranya Resdung Tidak Diatasi / Dikawal

 Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
 Jangkitan otak
 Sakit tekak yang kronik
 Jangkitan tulang muka
 Memburukkan keadaan lelah
 Berdengkur yang kronik
 Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
 Alahan hidung atau hidung sensitif
 Selesema biasa yang melarat


Petua Mencegah Resdung

 Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
 Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
 Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas yang berkualiti tinggi.
 Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
 Minum air suam/ mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
 Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
 Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu, janganlah makan makanan itu.

Menang Segmen by Mohd Noor Shawal

Sunday, November 16, 2014 2
Menang Segmen by Mohd Noor Shawal

Assalammualaikum

Alhamdulillah.. rezeki Ira ada dekat segmen yang dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal.. memang tak sangka betul.. jarang sangat Ira menang segmen atau contest yang Ira join.. tapi takpe.. rezeki kita ada dimana-mana.. betul tak ? ^.^


tu dia.. ada link blog Ira.. thanks kepada penganjur sebab dah pilih Ira jadi pemenang.. dna tahniah kepada pemenang yang lain.. :) yang tak menang tu jangan bersedih.. jangan putus asa ok.. banyak lagi segmen yang korang boleh join.. In Sha Allah ada rezeki korang dekat segmen yang lain.. :3

 Dah baca ? jom buat amal jariah sikit.. tak paksa pun.. kalau rasa nak klik, klik la.. kalau tak nak takpe..  SINI & SINI :3

Review Blog *Sempena Pencarian Sponsor*

Sunday, November 16, 2014 1
Review Blog *Sempena Pencarian Sponsor*

Assalammualaikum

Malam ni Ira nak review blog 2 orang sahabat blog kita ni.. jum kita usha-usha blog mereka.. tak rugi pun.. Ira review blog diaorang ni bersempena untuk jadi seorang sponsor.. first time Ira jadi sponsor.. tak tahu sponsor apa ? meh terjah SINI.. 







1. Follow blog (done)
2. Like fanpage (done)
3. Add google+ *sori, saya tak boleh add sebab saya tak guna gmail*
4. Review blog (done)


1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea

Sunday, November 16, 2014 6
1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea

Assalammualaikum

 Seorang pengguna laptop Asus.. Hadiah daripada ibu abah selepas dapat result PMR..

 Budak kolej vokasional Gombak.. tinggal 2 tahun pengajian dan bakal mendapat diploma.. In Sha Allah :3

 suka sangat benda-benda yang comel.. terutama sekali *Molang* ...


 Merupakan kakak sulung kepada 3 orang adik-adik aku yang sangat la nakal.. payah nak jadi kakak ni.. kena asyik mengalah dan selalu kena marah kalau diaorang buat hal.. itu la tugas seorang kakak sebenarnya..

 Tak suka marah-marah.. tapi kalau sekali dah marah, memang serupa harimau.. hehehe.. adik-adik la cakap.. tapi betul kut.. sebab Ira ni memang seorang yang tegas.. :3

 suka berblogging.. dan suka blogwalking blog orang lain.. pernah bercita-cita nak jadi seorang blogger yang terkenal seperti Lyssa Faizureen ... tapi kita sedar siapa kita.. tak layak pun.. ^.^

 Dulu cita-cita nak jadi akauntan.. tapi lepas masuk vokasional, kena padam cita-cita tu.. sebab Ira ambik course Kesetiausahaan Pentadbiran.. lari benor daripada akauntan tu..

 Malu nak mulakan persahabatan.. bila dah kenal, akan keluar la perangai gila-gila yang tak pernah orang lain sangkakan..

 Takut dengan orang yang garang.. dan mudah menangis bila kena tengking tanpa sebab.. :3

 Sedang berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang solehah yang boleh membimbing adik-adik.. :3