Luahan Hati Seorang Anak

Friday, September 26, 2014


Assalammualaikum

Luahan hati seorang anak untuk ibu bapa.. khas Ira buatkan untuk ibu dan abah yang tersayang.. :')

Ibu,....
Kaulah penyeri hidupku,
Kaulah yang sentiasa memberi sokongan di kala anakmu ini mengalah,
Kaulah sumber kekuatan untuk anakmu terus berusaha,
Berusaha untuk mencapai apa yang anakmu inginkan...

Ibu,...
Marahilah anakmu ini jika anakmu ini melakukan kesalahan,
Tegurlah anakmu ini untuk kebaikan diri sendiri,
Ajarilah anakmu ini jika masih ada sesuatu yang perlu diperbaiki,
Anakmu ini memerlukan tunjuk ajar mu, ibu..

Ibu,...
Kaulah yang telah melahirkan ke dunia ini,
Kau telah bertarung nyawa untuk memberi peluang untuk aku melihat dunia,
Terima kasih ibu ,
Terima kasih kerana telah bertarung nyawa untuk anakmu ini...

Abah,...
Kaulah ketua keluarga,
Kaulah yang menyara keluarga,
Kau bekerja keras untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga,
Tak pernah mengeluh...

Abah,... 
Kaulah yang telah mendidik anakmu ini sehingga menjadi insan yang berguna,
Kaulah yang telah menyatukan kami adik-beradik di saat ada pertelingkahan di antara kami,
Kaulah sumber kekuatan untuk anakmu ini terus bangkit.

Ibu, Abah,... kaklong sayang ibu abah sangat2.. tiada apa yang dapat kaklong balas untuk semua jasa yang ibu abah dah bagi kat kaklong.. langsung tak terbalas.. kaklong minta maaf selama ini kaklong banyak menyusahkan.. kaklong janji, kaklong akan banggakan ibu dan abah suatu hari nanti.. In Sha Allah :)


Luahan hati seorang anak.. Ira tak tahu la apa yang Ira buat sajak tu.. hahaha.. sajak ke ? taram aje la ~ tu la perasaan Ira sekarang ni.. apa yang Ira tulis tu semua ikhlas dari hati seorang anak.. Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.. Jangan sia-siakan hidup mereka..

Da habis baca ? boleh tak korang tolong KLIK SINI kejap.. takde paksaan pun.. terima kasih kerana sudi membaca :) 

You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email