5 Tanda Wanita Cemburu

Friday, September 26, 2014



Assalammualaikum

Cemburu ? korang mesti pernah alami jugak kan perasaan macam ni.. tak kira la lelaki ataupun perempuan.. masing2 ada sebab kenapa perasaan ni muncul.. banyak sangat sebab dia.. lagi2 perempuan.. perempuan kalau da cemburu, memang hebat !!! hahahaha.. Ira mengaku memang Ira ni kuat cemburu.. tapi cemburu tu kena la berpada-pada sikit.. takut bawa padah la pulak.. ok la.. meh sini.. Ira nak share sikit tanda2 perempuan cemburu.. sebelum tu, KLIK SINI kejap..


1. Mahu mengetahui segala-galanya
si perempuan ni akan bertanya semua benda pada pasangan dia.. pergi mana, buat apa, jumpa dengan siapa dan sebagainya la.. dan kadang2 lelaki ni bukan nak jawab dengan jujur.. sesetengah orang je la.. bukan semua.. memang Ira akui kenapa perempuan nak tahu semua ni.. perempuan cuma inginkan kepastian apa pasangan dia sedang lakukan..

2. Menuduh anda menipunya
kadang2 kalau perempuan da emosional.. dia akan menuduh pasangan dia tanpa sebab.. padahal pasangan dia tak buat pun benda tu.. dan takde niat pun nak tipu.. tapi apakan daya, marah da menguasai diri.. apa pun tak boleh..

3. Tidak mahu anda mempunyai ramai kawan perempuan
ok, ni memang tersangat la betul.. Ira pun tak nak si dia ramai kawan perempuan.. sebab apa ? sebab ~ kita pun dulu kawan jugak.. lama2 jadi kekasih.. dan Ira akan risau bila dia ada ramai kawan perempuan.. memang la tak kisah dia nak kawan dengan siapa.. tapi jangan ramai kawan perempuang.. ingat ni !!!

4. Sering mengesyaki pasangan curang
seelok-eloknya jangan la ada sikap sebegini.. bukan apa, boleh jadi fitnah.. kita try la tanya si dia elok2.. jangan main syak melulu je.. mana tahu dia betul2 setia dengan kita rite ? ^^

5. Marah jika pandang wanita lain
memang perempuan akan marah jika pasangan dia pandang wanita lain.. yela kan.. dari mata turun ke hati.. kenapa nak pandang perempuan lain jika di sebelahnya ada seorang perempuan yang dicintai ? tak logik kan.. dan Ira pun akan marah kalau si dia buat macam ni.. heeee :D


That's all for me.. hehehe.. amacam ? da tahu kan kenapa perempuan ni selalu sangat cemburu.. bukan cemburu buta.. tapi cemburu sayang.. yes !! cemburu kan tandanya sayang.. tapi please sangat2.. tolong kawal cemburu masing2.. cemburu tu boleh.. boleh sangat.. tapi jangan berlebihan.. takut pasangan kita akan merasa rimas.. ok la ~ tata :)

You Might Also Like

1 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email