September 2014 - Syahirah Valiant

September 27, 2014

Handphone Idaman

Saturday, September 27, 2014 6
Handphone Idaman


Assalammualaikum

waahhhhh !!! nak fon baru.. huhu.. tapi tak mampu Ira nak beli..Ira ada minta abah.. tapi abah kata result kena gempak dulu.. what ??!!! nak result gempak ?? huhuhu.. macam takde harapan je.. tapi apa2 pun Ira akan tetap usaha jugak.. mana la tahu kan rezeki Ira.. Ira tak nak abah bagi hadiah disebabkan result Ira.. Ira tak suka.. Ira cuma belajar untuk bahagiakan ibu dengan abah je. Ira minta abah sebab saje2 je.. tapi abah selalu cakap macam tu.. hurmmmm ~~~ tapi Ira memang suke giler fon tu.. nakk !!! huhu.. LENOVO K900 ... harga handphone ni RM739.. hurmmm ~ takpe la kalau tak dapat.. jadi angan2 je la.. nak tunggu kerja lambat lagi..

Edit, edit, edit ~

Saturday, September 27, 2014 2
Edit, edit, edit ~

Assalammualaikum

malam ni bosan sangat2.. so Ira tukar header Ira tu.. nampak tak perubahan blog Ira ? hehehe.. tak cantik pun.. Ira bukannya seorang yang kreatif pun.. tapi da cukup memuaskan hati Ira.. button follow & dashboard pun da bertukar wajah.. hehehe.. comel je ~ sebenarnya ada lagi satu.. Ira ada tukar cursor jadi nama Ira.. tapi tak boleh nak print screen pulak.. kalau nak tengok, gi la kat blog Ira ye.. ok, sekarang ni Ira nak pendapat korang.. ok tak apa yang Ira tukar tu.. kalau tak ok Ira akan perbaiki lagi.. In Sha Allah.. komen ye.. ^^

First Segmen : Jom Tambah Kawan ! by Lieya Yaya

Saturday, September 27, 2014 4
 First Segmen : Jom Tambah Kawan ! by Lieya Yaya

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalammualaikum

malam2 cenggini best jugak join segmen kawan blogger kita ni.. perut da kenyang.. jadi hati da senang nak join.. hehehe.. jum la korang join sekali.. kita boom blog dia ramai2..

Saya tag :

1. Budak

2. Nia

September 26, 2014

5 Tanda Wanita Cemburu

Friday, September 26, 2014 1
5 Tanda Wanita Cemburu


Assalammualaikum

Cemburu ? korang mesti pernah alami jugak kan perasaan macam ni.. tak kira la lelaki ataupun perempuan.. masing2 ada sebab kenapa perasaan ni muncul.. banyak sangat sebab dia.. lagi2 perempuan.. perempuan kalau da cemburu, memang hebat !!! hahahaha.. Ira mengaku memang Ira ni kuat cemburu.. tapi cemburu tu kena la berpada-pada sikit.. takut bawa padah la pulak.. ok la.. meh sini.. Ira nak share sikit tanda2 perempuan cemburu.. sebelum tu, KLIK SINI kejap..


1. Mahu mengetahui segala-galanya
si perempuan ni akan bertanya semua benda pada pasangan dia.. pergi mana, buat apa, jumpa dengan siapa dan sebagainya la.. dan kadang2 lelaki ni bukan nak jawab dengan jujur.. sesetengah orang je la.. bukan semua.. memang Ira akui kenapa perempuan nak tahu semua ni.. perempuan cuma inginkan kepastian apa pasangan dia sedang lakukan..

2. Menuduh anda menipunya
kadang2 kalau perempuan da emosional.. dia akan menuduh pasangan dia tanpa sebab.. padahal pasangan dia tak buat pun benda tu.. dan takde niat pun nak tipu.. tapi apakan daya, marah da menguasai diri.. apa pun tak boleh..

3. Tidak mahu anda mempunyai ramai kawan perempuan
ok, ni memang tersangat la betul.. Ira pun tak nak si dia ramai kawan perempuan.. sebab apa ? sebab ~ kita pun dulu kawan jugak.. lama2 jadi kekasih.. dan Ira akan risau bila dia ada ramai kawan perempuan.. memang la tak kisah dia nak kawan dengan siapa.. tapi jangan ramai kawan perempuang.. ingat ni !!!

4. Sering mengesyaki pasangan curang
seelok-eloknya jangan la ada sikap sebegini.. bukan apa, boleh jadi fitnah.. kita try la tanya si dia elok2.. jangan main syak melulu je.. mana tahu dia betul2 setia dengan kita rite ? ^^

5. Marah jika pandang wanita lain
memang perempuan akan marah jika pasangan dia pandang wanita lain.. yela kan.. dari mata turun ke hati.. kenapa nak pandang perempuan lain jika di sebelahnya ada seorang perempuan yang dicintai ? tak logik kan.. dan Ira pun akan marah kalau si dia buat macam ni.. heeee :D


That's all for me.. hehehe.. amacam ? da tahu kan kenapa perempuan ni selalu sangat cemburu.. bukan cemburu buta.. tapi cemburu sayang.. yes !! cemburu kan tandanya sayang.. tapi please sangat2.. tolong kawal cemburu masing2.. cemburu tu boleh.. boleh sangat.. tapi jangan berlebihan.. takut pasangan kita akan merasa rimas.. ok la ~ tata :)

Income ChurpChurp

Friday, September 26, 2014 0
Income ChurpChurp
Assalammualaikum

pepagi tadi Ira bukak la churchurp.. tengok2 income Ira menaik.. walaupun tak banyak, tapi Alhamdulillah ada rezeki jugak.. ni pun berkat daripada blogger2 yang join segmen Ira.. terima kasih semua.. walaupun segmen tu tak seberapa, tapi korang still join jugak.. thanks a lot.. :) kalau ada rezeki banyak, Ira nak buat duit ni untuk sambung belajar nanti.. In Sha Allah kalau ada.. tak nak la susahkan ibu dengan abah nak cari duit untuk Ira sambung belajar.. bukannya murah weii !! beribu-ribu.. apa salahnya Ira cuba usaha sendiri kan.. hehehe.. :D

Paris Souvenirs Giveaway by Me!

Friday, September 26, 2014 11
Paris Souvenirs Giveaway by Me!

Baca Post Masa Darjah 5 *Trowback*

Friday, September 26, 2014 1
Baca Post Masa Darjah 5 *Trowback*

Assalammualaikum

Ira terfikir nak baca balik post2 masa Ira mula2 buat blog... hahahahaha.. sumpah kelakar giler !! tak sangka pulak ayat Ira macam tu.. yela kan ~ ayat budak2.. masa tu Ira still darjah 5.. budak hingusan lagi.. hehehe.. kelakar giler la !!! tak mau delete post2 lama.. biar jadikan kenangan.. hehehe.. 

Dulu memang Ira tak reti nak berblogging pun.. Ira buat blog masa tu pun sebab Ira tengok blog ni macam best je.. masa tu Ira tak tahu pun ada nuffnang, churpchurp dan lain2.. so, dulu Ira berblogging cuma sia2 je.. hehehe.. tapi start form 2 Ira da berjinak-jinak dalam dunia blog ni.. Alhamdulillah.. lama2 Ira da pandai sikit nak guna blog ni walaupun bukan semua.. bak kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... eh, betul ke ??? hahaha.. ntah la.. taram aje la ~ kenangan masa budak2 dulu.. ^^

Luahan Hati Seorang Anak

Friday, September 26, 2014 0
Luahan Hati Seorang Anak

Assalammualaikum

Luahan hati seorang anak untuk ibu bapa.. khas Ira buatkan untuk ibu dan abah yang tersayang.. :')

Ibu,....
Kaulah penyeri hidupku,
Kaulah yang sentiasa memberi sokongan di kala anakmu ini mengalah,
Kaulah sumber kekuatan untuk anakmu terus berusaha,
Berusaha untuk mencapai apa yang anakmu inginkan...

Ibu,...
Marahilah anakmu ini jika anakmu ini melakukan kesalahan,
Tegurlah anakmu ini untuk kebaikan diri sendiri,
Ajarilah anakmu ini jika masih ada sesuatu yang perlu diperbaiki,
Anakmu ini memerlukan tunjuk ajar mu, ibu..

Ibu,...
Kaulah yang telah melahirkan ke dunia ini,
Kau telah bertarung nyawa untuk memberi peluang untuk aku melihat dunia,
Terima kasih ibu ,
Terima kasih kerana telah bertarung nyawa untuk anakmu ini...

Abah,...
Kaulah ketua keluarga,
Kaulah yang menyara keluarga,
Kau bekerja keras untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga,
Tak pernah mengeluh...

Abah,... 
Kaulah yang telah mendidik anakmu ini sehingga menjadi insan yang berguna,
Kaulah yang telah menyatukan kami adik-beradik di saat ada pertelingkahan di antara kami,
Kaulah sumber kekuatan untuk anakmu ini terus bangkit.

Ibu, Abah,... kaklong sayang ibu abah sangat2.. tiada apa yang dapat kaklong balas untuk semua jasa yang ibu abah dah bagi kat kaklong.. langsung tak terbalas.. kaklong minta maaf selama ini kaklong banyak menyusahkan.. kaklong janji, kaklong akan banggakan ibu dan abah suatu hari nanti.. In Sha Allah :)


Luahan hati seorang anak.. Ira tak tahu la apa yang Ira buat sajak tu.. hahaha.. sajak ke ? taram aje la ~ tu la perasaan Ira sekarang ni.. apa yang Ira tulis tu semua ikhlas dari hati seorang anak.. Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.. Jangan sia-siakan hidup mereka..

Da habis baca ? boleh tak korang tolong KLIK SINI kejap.. takde paksaan pun.. terima kasih kerana sudi membaca :) 

Apa Itu Whohaa ?

Friday, September 26, 2014 0
Apa Itu Whohaa ?

Assalammualaikum

whohaa?? apa tu ? Ira pun baru je tahu pasal benda ni dari blog seorang blogger ni.. nampak macam menarik je.. tu yang Ira godek2.. last2 Ira sign up la benda ni.. memang best.. nak tahu apa benda tu ? ok la.. 

whohaa ni sejenis iklan jugak.. tapi tak sama macam churpchurp atau nuffnang.. whohaa ni simple sangat2.. korang just kena jawab soalan yang diberi je.. jawapan untuk soalan tu semua da ada dalam gambar atau diberi penerangan.. korang kena baca betul2 la.. ^^ tapi so fa, Ira da kumpul 260 points.. sikit lagi.. yela kan.. nama pun baru buat.. haaaa !! lupa pulak.. then, points tu korang boleh redeem untuk dapatkan hadiah.. alaaa.. macam dapat hadiah percuma dari petronas.. kita kena kumpul points dulu rite ? macam ni la jugak.. bagi Ira la kan.. benda ni la yang paling2 simple.. korang try la k.. 

meh sini klik ramai2 untuk join.. korang takkan menyesal bila dah join.. DAFTAR WHOHAA

Cara Untuk Menghafal Dengan Mudah

Friday, September 26, 2014 0
Cara Untuk Menghafal Dengan Mudah

Assalammualaikum

haih ~ kenapa la malam ni Ira tak boleh nak tidur.. mata ni takde tanda2 nak tidur pun.. hurmmmm.. so, Ira ambik keputusan untuk update blog.. hehehe ^^  memandangkan exam da hampir tiba.. Ira nak share kan cara-cara untuk kita senang ingat.. In Sha Allah dengan cara ni kita boleh ingat apa yang kita belajar dan menjawab exam dengan tenang.. amin :)

1. Hafal & Faham
Semasa korang menghafal, korang kena faham sekali ye.. ingat tu !! kalau tak faham, korang hafal macam mana sekalipun.. korang takkan ingat.. ataupun susah nak ingat.. Ira da try.. memang mula2 ingat.. tapi bila da lama2 da lupa pulak.. sebab kita tak faham.. so, make sure korang kena faham dulu apa yang korang nak hafal tu..

2. Menghafal & Melakukan Apa Yang Dihafal
Dalam erti kata lain.. korang kena buat ulangkaji.. refresh apa yang korang da hafal.. contohnya, kita buat la latihan yang berkaitan dengan apa yang kita hafal.. hah !! macam formula matematik.. kan banyak kan.. matematik kan kita tak boleh hafal.. so, korang buat la nota kecik untuk korang senang ingat dan tak mudah lupa... ingat !!! tulis balik apa yang korang dah hafal tu k..

3. Menghafal Dalam Keadaan Tenang
ni juga adalah salah satu aspek yang penting untuk korang senang ingat.. korang kena hafal masa dalam keadaan tenang.. jangan stress2.. dan jangan paksa diri sendiri.. takut korang akan lupa balik apa yang korang da hafal tu.. tunggu diri tu betul2 da bersedia untuk menghafal.. otak kita ni kadang2 tak boleh terima apa yang kita buat..


Ni je yang dapat Ira kongsikan untuk korang.. korang try la k.. In Sha Allah berjaya.. tapi jangan lupa untuk sentiasa berdoa k.. usaha kita akan menjadi sia-sia kalau kita lupakan siapa pencipta kita.. doa tu penting untuk kejayaan kita.. da habis baca ? boleh tolong tak korang derma sikit DEKAT SINI .. sikit je :) thanks korang :)

Rawatan Muka

Friday, September 26, 2014 0
Rawatan Muka

Assalammualaikum

hye korang !!! buat apa tu ? ^^ hurmmm.. bosannye duduk rumah.. kalau dekat asrama da lepak dengan kawan2 da.. tapi bila kat asrama rasa nak balik pulak.. adoyai ~ mana satu la ni.. hurmmm.. memandangkan exam da nak dekat.. Ira kena berjaga malam untuk study.. eceh ~ study la sangat.. hehehe.. ntah ! tengok la nanti ^^

ok, malam ni Ira ada buat rawatan muka sikit untuk Ira... hehehe.. seriously Ira tak pernah buat benda2 ni sebelum ni.. tak tahu la kenapa rasa nak sangat buat.. alaaaa.. rawatan muka simple2 je.. bukan apa pun.. Ira nak segarkan muka.. yela kan ~ asyik tidur lambat.. tension.. so, muka Ira akan nampak kusam.. dengan rawatan ni muka Ira akan nampak bersemangat sikit.. eceh ~ hehehehe.. bersemangat nak exam la !! ^^ da buat rawatan pun Ira still kena tidur lambat jugak.. hehehehe.. ok la ~ selamat malam korang.. :)

Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM

Friday, September 26, 2014 4
Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalammualaikum

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Tinggalkan URL entri korang di SINI
5. Siap & Good Luck (^^,)

"segmen : blog review"

Friday, September 26, 2014 5
"segmen : blog review"

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalammualaikum

Disebabkan malam ni Ira tak buat apa2.. so, Ira nak join segmen atau contest yang Ira nampak.. hehe.. bosan la ~ jum la ramai2 kita support segmen blogger ni k.. :)

Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar

Friday, September 26, 2014 4
Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Contest Blog Comel By: Sheda Ucu

Friday, September 26, 2014 1
Contest Blog Comel By: Sheda Ucu
Assalammualaikum

Sebenarnya da lama nak join contest ni.. tapi asyik takde masa je.. ok, sekarang ni Ira nak join.. yeaaahhh !!! hehehe.. nak mencuba nasib.. In Sha Allah kalau rezeki Ira menang, ada la .. amin.. jom join ramai2 ye.. ^^


(Sape Nak Join Tekan Banner Atas)

Contest Blog Comel By: Sheda Ucu  Di Anjurkan Oleh Sheda Ucu 
 Bermula 15 september  hingga 15 oktober Dengan Penaja Bersama 


Liebster Award *Second

Friday, September 26, 2014 4
Liebster Award *Second
Liebster Award photo liebster.jpg

Assalammualaikum

Liebster Award kali kedua.. Ira ditagged oleh FARISHA.. thanks sebab tagged.. Ira akan jawab semua soalan awak.. :)

1. Kalau korang nak jadi superhero, korang nak jadi yang mana ?
Nak jadi Superman !! hehehe

2. Kucing? or else?
of course la kucing ^^

3. Lagu yang mengingatkan korang pada zaman kecil korang?
Lagu tepuk amai-amai.. Ira suka giler lagu ni.. :D

4. Kalau diberi 1 juta, apa yang korang nak buat ?
Ira nak sambung belajar, belanja satu family, beli apa yang Ira suka, derma dekat orang susah & beli hadiah untuk family.

5. Apa yang membuatkan korang tersenyum ?
orang yang Ira sayang bahagia, tengok result Ira yang cemerlang dan teringatkan kisah2 yang dulu.

6. Favourite day of the week ?
Jumaat .. Penghulu segala hari.

7. Namakan satu lagu yang memberikan inspirasi kepada korang.
lagu Relakan Jiwa & Ayuh Tinggalkan Dia.

8. Pandangan tentang blog saya.
comel, banyak maklumat yang boleh dikongsikan dan simple.

9. Apa makanan favourite korang ?
Sizzling ^^

10. Korang lebih suka sekolah rendah atau sekolah menengah? kenapa ?
lagi suka sekolah rendah.. sebab tak de orang pun yang akan tegur kita kalau kita comot.. hehehe ^^

11. Kalau diberi peluang untuk berjumpa artis, korang nak jumpa siapa ?
boyfriend .. group KPOP... hehehehe ;D


My Questions :

1. Arnab atau kucing ?

2. mana satu yang korang suka *Twitter, Blog atau Facebook*? Kenapa ?

3. Ada kawan baik tak ? siapa ?

4. Siapa yang boleh buat anda tersenyum ?

5. Siapakah idola anda ?

6. Kalau diberi peluang untuk menjadi seseorang, anda nak jadi siapa ? kenapa ?

7. Apakah aktiviti anda semasa cuti ?

8. Pernah menangis kerana lelaki tak ?

9. Apakah perkara penting dalam hidup anda ?

10. Siapa yang anda akan pilih ? Keluarga, kawan-kawan atau kekasih hati ?

11. Kenapa anda berblogging ?


Anda Ditagged !!!

3. Izzaty
4. Dalila
5. Sara
6. Meura
8. The-ap
9. Areena
11. Fateha

Liebster Award *First

Friday, September 26, 2014 7
Liebster Award *First

Assalammualaikum

tadi Ira tengok2 la cbox Ira.. last2 terjumpa Liebster Award.. first time Ira kena tagged.. thanks to ARA sebab tagged Ira.. so, Ira akan menjawab semua soalan awak tu.. :)


1. Maksud matang dari sudut pandangan awak ?
ok, matang ? Ira rasa matang tu ialah seseorang yang dapat tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. dan seseorang yang takkan pandang remeh tentang sesuatu yang sangat penting.

2. Pada usia berapakah anda rasakan itulah merupakan keputusan terpenting/ terbesar pernah anda lakukan dalam hidup anda ? Adakah anda rasa ianya melibatkan soal kematangan dalam hidup/ diri anda ?
Ira merasakan yang Ira pernah lakukan keputusan yang terpenting pada usia 16 tahun.. Masa tu Ira nak buat keputusan sama ada Ira mahu duduk asrama ataupun tidak.. dan Ira memilih untuk duduk di asrama.. Ira merasakan yang keputusan Ira adalah dari sudut kematangan.. Ira kena start berdikari.. :)

3. Pada usia berapakah anda pernah melakukan perbuatan yang anda rasakan tidak sepatutnya anda lakukan dan berhasrat tidak akan mengulanginya lagi?
pada usia 15 tahun.. Ira da kecewakan ibu dan abah dengan result PMR Ira.. dan Ira berhasrat tidak akan kecewakan mereka lagi.. Ira akan bagi result yang gempak kepada diaorang.. In Sha Allah..

4. Sesuatu peristiwa yang anda kesali dalam hidup anda. Adakah anda sering mempersoalkan mengapa ianya terjadi dalam hidup anda ? Apakah perasaan anda ketika itu ?
hurmmm ~ Ira tak ingat.. dan rasanya terlalu banyak...

5. Memaafkan kesalahan orang yang pernah mengkhianati anda. Adakah ianya merupakan salah satu cabaran terbesar bagi diri anda ?
yes !!! itu merupakan salah satu cabaran dalam hidup Ira.. walaupun ianya sakit sangat.. tetapi percayalah, jika kita da memaafkan seseorang itu, hati kita akan sentiasa tenteram..

6. Adakah anda pernah mempertikaikan keputusan yang dilakukan ibu bapa anda meskipun ianya nampak pahit dan sukar di mata anda ?
Ira pernah mengalami situasi ini.. memang pada mulanya Ira mempertikaikan keputusan ibu dan abah tentang masa depan Ira.. tapi satu je yang Ira ingat.. keputusan ibu bapa adalah kuputusan yang baik.. ibu bapa mana yang nak anak dia tak berjaya rite ? semua nak...

7. Penghargaan/ pemberian bermakna pernah anda berikan kepada ibu bapa anda.
hurmmm.. penghargaan ? pemberian ? ok.. Ira pernah berikan ibu abah sesuatu yang sangat2 la bermakna.. Ira tak pernah bagi sebelum ni.. dan Ira tak tahu sama ada Ira akan bagi lagi ataupun tidak.. Ira da bagi mereka dengan keputusan semester 3 Ira yang cemerlang.. Alhamdulillah...

8. Apakah pengorbanan terbesar pernah anda lakukan untuk kawan baik anda. Adakah ianya sesuatu yang berbaloi ?
Ira masih tak berpeluang untuk membuat satu pengorbanan untuk kawan baik Ira.. In Sha Allah suatu hari nanti..

9. Penhijrahan terpenting dalam hidup anda. Adakah ianya sesuatu yang memberikan kepuasan kepada hidup anda atau sebaliknya ?
Penghijrahan yang pernah Ira lakukan adalah satu kepuasan yang pernah Ira alami sepanjang hidup Ira..

10. Pernahkah anda mensia-siakan usaha/ pengorbanan ikhlas dari orang yang anda sayang kerana anda merasakan usaha/ pengorbanan yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang tidak perlu. Terangkan perasaan anda ketika itu.
Ira pernah sia-siakan pengorbanan orang yang Ira sayang.. perasaan Ira masa tu berkecamuk dan rasa bersalah.. tapi nak buat macam mana kan.. Ira betul2 tak perlukan bantuan tu.

11. Adakah anda merasakan semua orang selayaknya diberi peluang kedua dalam apa jua situasi permasalahan/ perhubungan?
semua orang layak untuk mendapatkan peluang yang kedua.. dengan cara ini dia akan membaiki apa jua perangai buruk yang kita tak suka.


My Questions :

1. Pada usia berapakah anda merasakan sesuatu yang perlu anda lakukan adalah satu tanggungjawab untuk anda ?

2. Pandangan tentang blog saya.

3. Lagu favourite anda.

4. Pernahkah anda merasakan sesuatu yang anda lakukan adalah perkara yang sia-sia ?

5. Sejak bila start berblogging ?

6. Boleh anda lawat blog saya setiap hari ?

7. Apakah perasaan anda apabila mengetahui pasangan anda telah curang/ ada orang lain ?

8. Tarikh lahir anda ?

9. Describe about me.

10. Apakah perasaan anda ketika ini ?

11. Apakah kenangan manis yang anda tidak dapat lupakan ?


Anda ditagged !!!

3. Yana
5. Mellya
6. Budak
7. Rrsya
11. Balqis

Hope korang sudi jawab.. Tiada paksaan :)





Pemenang Bloglist Syahirah Valiant Bulan September

Friday, September 26, 2014 6
Pemenang Bloglist Syahirah Valiant Bulan September

Assalammualaikum

tamat sudah segmen yang Ira buat untuk kali ke dua.. Ira kena tamatkan hari ni sebab lepas ni Ira ada exam.. so, Ira nak fokus dekat exam dulu.. tinggalkan blog untuk sementara waktu.. huhu.. tapi takpe la ~ kalau Ira ada masa lagi, Ira akan buat segmen lagi.. In Sha Allah.. walaupun segmen Ira ni hanya la ala kadar je.. biase2 je la Ira rasa.. tapi Alhamdulillah, masih ada hamba Allah yang sudi untuk join segmen ni.. terima kasih semua.. sekarang ni Ira akan umumkan pemenang untuk dimasukkan dalam bloglist Ira... jeng jeng jeng ~ pastikan korang check URL blog korang.. kot2 ada la kan.. dan URL bloglist yang Ira da masukkan tu, Ira akan jenguk blog korang setiap 1 bulan untuk komen banyak2.. In Sha Allah kalau ada waktu yang panjang.. ok la ^^ ni dia pemenang nye ~


LOMO







VINTAGE







POLAROID







Tahniah kepada pemenang.. siapa yang takde dalam bloglist Ira tu, jangan bersedih.. bulan depan Ira akan adakan lagi.. join la ye ^^

September 17, 2014

Surat Stalker ?

Wednesday, September 17, 2014 1
Surat Stalker ?

Assalammualaikum

surat stalker ? hahaha.. tak pernah2 Ira ada stalker.. apa2pun, thanks kepada stalker tu sebab bagi surat tu.. pengisian yang sangat2 la menarik.. sumpah Ira tergelak masa baca surat tu.. banyak sangat perkara yang perlu Ira perbaiki.. In Sha Allah satu hari nanti.. yang paling terkejut nye, "si stalker" tu ada cakap pasal turun subuh dekat asrama.. hehe.. Ira da la jenis malas sikit nak turun subuh.. Ira selalu solat kat dorm je.. hoho ~ kena perbaiki tu.. noted that !! ^^ 



First2 Ira tengok muka depan surat ni.. omaaiiigod !!! dia tahu link blog dengan twitter Ira.. hahaha.. memang stalk habis-habisan ni.. hahaha.. siap bertaip tu.. mungkin tak nak Ira tahu siapa penulisnye.. ^^



ok, yang ni part pertama punye surat.. hahaha.. kelakar la time Ira baca.. semua dia tahu kot !!! takut pun ada jugak.. tapi Alhamdulillah banyak yang positif.. tak banyak sangat yang negatif.. ^^



Ni part yang terakhir.. hahaha. mana dia tahu MDHH tu ? ni kat twitter la ni.. hahaha.. apa2 pun, thanks ye awak.. semoga dengan surat ni, hubungan silaturrahim kita akan berkekalan.. amin ~ Ira akan simpan surat ni sampai bila-bila.. hehehe.. thanks again ~


"Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa nampak kesalahan kita dan sentiasa membetulkan kesalahan kita tu........"



September 15, 2014

Lagenda Budak Setan 3

Monday, September 15, 2014 3
Lagenda Budak Setan 3

Assalammualaikum

oomaigodddd !!! Lagenda Budak Setan 3 da keluar dekat pawagam.. excited giler ni !! ^^ hehehe.. da keluar da pun dekat pawagam yang terdekat... tapi, tapi kann ~ Ira tak dapat nak tengok.. huhu.. Ira tak dapat cuti pun.. dan esok Ira da kena balik asrama.. sedih kan hidup.. hurmm ~ kena tunggu abah belikan CD je la.. tapi kan, Ira lagi suka tengok Lagenda Budak Setan 1.. sweet giler cite tu.. ^^ Jom baca sinopsis cerita ni k.. ^^


SINOPSIS

Mengisahkan Kasyah yang ingin memulakan hidup baru di samping Katerina. Mereka telah mengambil anak saudaranya sebagai anak angkat dan hidup berumah tangga. Namun, segala impian untuk hidup bahagia mula diduga apabila bekas suami kepada Katerina dan bekas rakan sekerja Kasyah mempunyai niat jahat terhadap mereka sekaligus menyebabkan rumah tangga Kasyah dan Kate mula retak. Setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan, mampukah Kasyah dan Kate bahagia diakhirinya ? Selamat menonton !!

September 14, 2014

Senarai Peserta Pencarian Bloglist September

Sunday, September 14, 2014 4
Senarai Peserta Pencarian Bloglist September

Assalammualaikum

ni senarai peserta segmen yang Ira buat.. boleh la korang blogwalking naikkan trafik blog ^^ tak tahu segmen yang mana ? segmen yang INI ...

1.http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-blogslit-september-by.html?showComment=1410754931182#c3705047720306848990  *VINTAGE

2.http://sayasukala.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *POLAROID

3.http://speedfreaktanthrum.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *LOMO

4.http://acikwatie.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html#_=_  *LOMO

5.http://duniazumal.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-blogslit-september-by.html  *VINTAGE

6.http://cikhanicruzier.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-blogslit-september-by.html  *POLAROID

7.http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-blogslit-september-by.html  *VINTAGE

8.http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *LOMO

9.http://mellyareenza.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *VINTAGE

10.http://nia-emkay.blogspot.com/2014/09/segmen-segmen-pencarian-bloglist.html  *POLAROID

11.http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *LOMO

12.http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *VINTAGE

13.http://amieznuown.blogspot.com/2014/09/26-segmen-pencarian-bloglist-september.html  *POLAROID

14.http://areyumieidayualazmi.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *POLAROID

15.http://azraalyana.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *VINTAGE

16.http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *LOMO

17.http://nurkhairiahirwanie.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *VINTAGE

18.http://aquzack.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html?m=1  *VINTAGE

19.http://dikna-sya.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *VINTAGE

20.http://dianeeya.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *LOMO

21.http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *VINTAGE

22.http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *POLAROID

23.http://jom-santai-aje.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *VINTAGE

24.http://eatmakeread.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *POLAROID

25.http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *LOMO

26.http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *LOMO

27.http://khatyaiman.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html 

28.http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  *POLAROID

29.http://ummi2m2s.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html 

30.http://pelitasiang.blogspot.com/2014/09/segmen-pencarian-bloglist-september-by.html  

Segmen Pencarian Bloglist September by Syahirah Valiant

Sunday, September 14, 2014 30
Segmen Pencarian Bloglist September by Syahirah Valiant

Assalammualaikum

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, Ira lancarkan segmen yang kedua untuk tahun ni.. Ira ni jenis jarang sangat buat segmen.. segmen ni pun Ira kena fikir banyak kali.. takut lah takde siapa yang join.. macam segmen yang dulu.. huhu.. kecewanya.. tapi takpe.. Ira akan tetap berusaha.. In Sha Allah dengan izin Allah, segmen Ira ni akan berjaya.. amin..

sekarang da masuk bulan september rite ? Bloglist Ira still kosong lagi.. huhu.. sedihnye ~ korang la calon2 yang bakal termasuk dalam bloglist tu.. support Ira ye kawan2.. :)


Syarat-syaratnya :

1. Follow blog Ira
2. Follow twitter (optional) *follow back*
3. Kalau nak tanya apa2, tanya kat ask.fm ok :)
4. KLIK SINI , SINI & SINI *sampai habis loading
5. Buat entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist September by Syahirah Valiant"
6. Gam kuat2 banner yang tak cantik tu dalam entri korang k.
7. Nyatakan group mana korang nak *VINTAGE , LOMO & POLAROID
8. Backlink kan dekat komen

* Ira akan pilih 5 orang blogger yang bertuah untuk dimasukkan dalam setiap kumpulan bloglist Ira menggunakan Random.org

Due date : 26 September 2014  *TAMAT*


*Terima kasih kepada yang sudi join.. semoga Allah permudahkan urusan korang pada hari ini.. amin..



Segmen 2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136

Sunday, September 14, 2014 5
Segmen 2nd Giveaway & Blogwalking by Cikna136

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Assalammualaikum

pepagi macam ni Ira ada ternampak segmen ni pulak.. segmen ni da menarik perhatian Ira untuk join.. so, apa kata korang pun join jugak.. hadiah yang ditawarkan sangat2 la menarik.. jum kita cuba nasib nak ? ^^ mari kita ramai2 support segmen si dia.. :) nak join ? senang je ~ klik banner yang cantik tu k :)


TAG




Holiday ~ The Mines

Sunday, September 14, 2014 1
Holiday ~ The Mines
xoxoxoxoxo

Assalammualaikum

Cuti sekolah da kembali lagi..waahhh ! seronok la budak2 sekolah ye.. sekolah Ira je yang tak dapat cuti.. senang cite, semua Kolej Vokasional tak dapat cuti seminggu macam sekolah2 lain.. Ira pun tak faham la kenapa.. actually, Ira jelez la jugak tengok adik2 Ira cuti.. huhu... sedihnye ~ :'(

walaupun tak dapat cuti panjang, tapi ibu bawak Ira jalan2 bercuti jugak.. hehe.. thanks ibu ^^ dapat jugak Ira release tension yang da menggunung ni... Alhamdulillah.. keindahan suasana dekat The Mines tu membuatkan Ira lupa semua masalah yang Ira fikir.. :') cakap pasal bercuti kan,, kawan2 semua cuti dekat mana ? mesti lah ada plan dengan family rite ^^ hehe.. apa2 pun, have a nice holidays dear.. :)


KOLEKSI GAMBAR2 HOLIDAY ~



 Yeahhh !! da sampai ^^
                                           Masa da check-in ^^ cantik kan ?
 with budak2 yang nakal ni.. letih jaga budak berdua ni.. ^^
















                                                   Masa nak tunggu hujan berhenti.. nak mandi kolam.. huhu.. takde rezeki :'(




View dekat The Mines.. cantik rite ? ^^

September 13, 2014

"Segmen | Aimifiqa Garden Bloglist"

Saturday, September 13, 2014 3
"Segmen | Aimifiqa Garden Bloglist"

KLIK BANNER UNTUK JOIN ...


Ira nak kategori FLOWER ... :)

Sweet September Giveaway by Mellya

Saturday, September 13, 2014 7
Sweet September Giveaway by Mellya

Nak join ? Klik banner yang kiut miut kat atas tu k :)

Nak RA200% episod 28

Saturday, September 13, 2014 0
Nak RA200% episod 28

Assalammualaikum

korang2.. boleh tolong Ira tak ? tahu tak website yang boleh Ira dowload cite Rindu Awak 200% ? please.. Ira mintak tolong sangat2.. da lama Ira cari.. tapi still tak jumpa jugak.. tak best la bila tengok cerita tak habis.. da la tengah peringkat klimaks.. tetibe takde episod akhir.. huhu.. tolong Ira ye.. please2.. :')

Angel Eyes (Korean Drama)

Saturday, September 13, 2014 0
Angel Eyes (Korean Drama)

Assalammualaikum

baru sekarang Ira dapat update blog.. hehe.. busy sikit la.. korang semua mesti pernah tengok drama korea Angel Eyes kan ? takkan la tak pernah tengok.. cite ni famous la jugak.. sekarang ni kan, drama2 korean mesti best2 kan.. terbantut kerja Ira.. hehe.. tapi nak buat macam mana.. Ira memang minat korea.. memang Ira akan tengok la drama2 korea ni..

berbalik kepada tajuk cerita ni.. pada sesiapa yang tak pernah tengok tu, try la tengok.. sweet giler cite ni.. nak ada pakwe macam lelaki tu.. sweet sangat2.. dia sanggup tunggu perempuan tu bertahun-tahun.. jarang sangat kan kita jumpa seorang lelaki yang macam tu.. walaupun ianya hanya lah sebuah cerita.. alangkah indahnya kalau orang macam tu still ada lagi.. betul tak kaum hawa ? ^^ dan cerita ni tersangat la sedih.. sedih yang teramat sangat.. first episod pun dah boleh buatkan korang mengalirkan air mata.. percaya lah cakap Ira.. Ira tengok cerita ni pun banyak menangis.. tak dapat ditampung lagi air mata ni.. hehe xD

korang nak tengok tak ? korang boleh je download cerita ni.. full episod punye !!! tapi korang kena ada IDM dulu ye.. tak tahu IDM tu apa ? Internet Download Manager ... eh, betul ke ? hehe.. apa2 je la.. lebih kurang la kan.. korang kena download benda tu dulu tau.. nak guna real player da takde pulak.. tu je la caranya yang korang boleh dapatkan cerita ni.. nak link download cerita ni terus ? boleh2.. ^^ Ira kasi untuk memudahkan urusan kerja korang untuk mendownload.. tunggu ye ! ^^


nah !! itu dia link nye.. korang tinggal klik and download je.. habis la bengkak2 mata korang bile tengok cite ni.. jadi panda pulak kan.. hehe.. k la.. selamat menonton ^^

September 10, 2014

I'm Back ~

Wednesday, September 10, 2014 0
I'm Back ~
dreaming.. | via Tumblr 

Assalammualaikum

I'm back ~ hehe.. da lama giler kut Ira tak update blog.. rindu giler dekat blog ni.. hehe ~ ^^ yelaa kan.. bile Ira nak on, ada je benda yang menghalang.. internet takde la.. laptop asyik stuck la ~ macam2 la.. kadang2 Ira busy sikit.. tu yang tak boleh nak update.. sekarang ni tengah free.. apa lagi ~ update la banyak2.. hehe.. tapi internet sekolah lembab la pulak.. tak best sangat nak blogwalking.. 

so, bloggers2 sekali macam mana sekarang ni ? sehat ? hehe.. banyak sangat giveaway & segmen2 yang Ira ketinggalan.. dan sekarang Ira nak kejar balik semua tu.. hehe.. tapi tak pernah menang pun.. takpe la ~ belum rezeki Ira lagi kan.. ^^ k la.. gtg ~