Renungan Sebelum Tidur - Syahirah Valiant

Post Top Ad

July 18, 2014

Renungan Sebelum Tidur

. 

Assalammualaikum

Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi, bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan kepada diri kita : "Apakah sudah aku meningkatkan ketaqwaanku pada hari ini?"

Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang hari.. bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri kita. tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia)
Bukti ketaqwaan semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu, tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT. Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seoarang lelaki atau wanita bergelar soleh atau solehah..

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad