11 Ciri-ciri Sahabat Yang Baik - Syahirah Valiant

July 19, 2014

11 Ciri-ciri Sahabat Yang Baik

#fashion#kfashion#ulzzangfashion#asianfashion#girl#kgirl#ulzzanggirl#asiangirl#beauty#beautyfashion#beautyoutfit 

Assalammualaikum

"Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah payah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi saudara & sahabat sejati yang sukat di cari ganti... "

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati.
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan : BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN & BERSAMA
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu : TEMAN BAIK SELALU DI SISI
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu : SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI & MENGINGATI
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : SAHABAT 

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D