July 2014 - Syahirah Valiant

July 24, 2014

Balik Raya !!

Thursday, July 24, 2014 1
Balik Raya !!
Cute 

Assalammualaikum

hari ni Jumaat.. dan hari ni la hari yang paling ditunggu-tunggu budak asrama.. hehe.. yeaaaahhhhhh !!!! hari ni balik weiiii !!!! haha.. excited bukan main lagi.. mesti la excited kan.. cuti 2 minggu tu.. hehe ~ seronok bukan maen lagi.. adik2 Ira semua jeles sebab Ira cuti lama ^^

tapi sebelum balik rumah, Ira nak shopping2 dulu dengan kawan2.. hehe.. menyelam sambil minum air la katakan ~ bukan selalu dapat peluang ni.. hehe.. tapi budget tak banyak sangat la pulak.. terpaksa la shopping sikit2 je.. ^^ hehe .. k la.. di kesempatan ini, Ira nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin.. maafkan semua kesalahan Ira selama Ira berblogging ni ye.. hehe xD

July 23, 2014

Cinta itu Indah.. Tapi ........ ~

Wednesday, July 23, 2014 2
Cinta itu Indah.. Tapi ........ ~
<3 

Assalammualaikum

cinta ? semua orang pernah mengalaminya kan? :) cinta itu bahagia.. tapi teramatlah menyakitkan.. saat kita mencintai, kita bahagia.. dan saat kita cemburu, kita terluka.. "Cinta tak harus memiliki... " semua ni bohong semata-mata.. semua orang ingin memiliki orang yang dia sayang bahkan terkadang merasakan harus memiliki..

"Dengan melihat orang yang dicintai bahagia, kita pun bahagia.." itu juga bohing.. kita harus bahagia saat orang yang kita sayang bahagia ? cara tu mengajarkan kita untuk menjadi munafik.. hurmmm ~ semua ni Ira pernah alami.. pengalaman mengaja Ira untuk menjadi seorang yang lebih tabah... yup !! Ira bersyukur sangat yang si dia da sakitkan hati Ira.. dan sekarang Ira dah menjadi seorang insan yang lebih tabah.. 

tapi .... kekadang Ira tak dapat nak sembunyikan sakit hati ni.. dan Ira akan menangis dengan tiba2 tanpa sebab.. Ira dah tak larat nak menangis lagi.. Ira dah tak larat nak sakit hati.. Ira cuma nak merasakan kebahagiaan dalam hidup Ira je.. hurmmm ~ tapi tak tahu la boleh dapat ke tak.. Ira tak tahu kenapa setiap kali Ira sayang dekat seseorang, orang tu takkan menghargai Ira.. hurmmm ~ takpe la.. mungkin ni dah takdir untuk Ira.. Ira terima dengan redha.. :')

"Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk"

Wednesday, July 23, 2014 0
"Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk"

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

July 22, 2014

Lot Of Assignment ~

Tuesday, July 22, 2014 1
Lot Of Assignment ~
SO MUCH HOMEWORK | via Facebook 

Assalammualaikum

cuti raya dah nak dekat.. dan bermulanya rutin untuk Ira siapkan homework yang berbukit tu.. huhu ~ banyaknye !!!! seriously banyak cikgu kasi assignment.. ntah bila la nak siapnya.. da la kena tolong family lagi.. dengan nak buat homework lagi.. aaarrrggghhhh !!! tensionnye Ira.. huhu.. nak menangis la..

kalau la cuti sekolah ni takde assignment.. heaven giler kowt !!! hurmmm ~ tak beraya sakan la Ira tahun ni.. tapi nak buat macam mana kan.. assignment tu la yang menjamin masa depan Ira .. dan Ira paksa rela la nak buat semua kerja tu sampai siap.. hurmmm ~ Ya Allah.. bantulah hambaMu ini.. Ira tak tahu la boleh siap ke tak.. da la dengan isi pun banyak tak jumpa lagi.. haih !!! kalau semua ada takpe jugak tau.. ni tak.. pening betul nak mencarinya.. kena perah otak habis-habisan la cuti ni.. hurmmm ~

July 19, 2014

segmen: blogwalking sempena RAMADHAN 1435H

Saturday, July 19, 2014 7
segmen: blogwalking sempena RAMADHAN 1435H
http://www.ayuinsyirah.my/2014/06/segmen-blogwalking-sempena-ramadhan.html

Klik Banner Untuk Join ~

11 Ciri-ciri Sahabat Yang Baik

Saturday, July 19, 2014 0
11 Ciri-ciri Sahabat Yang Baik
#fashion#kfashion#ulzzangfashion#asianfashion#girl#kgirl#ulzzanggirl#asiangirl#beauty#beautyfashion#beautyoutfit 

Assalammualaikum

"Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah payah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi saudara & sahabat sejati yang sukat di cari ganti... "

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati.
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN
Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan : BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN & BERSAMA
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan iaitu : TEMAN BAIK SELALU DI SISI
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu : SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI & MENGINGATI
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : SAHABAT 

Semester 4

Saturday, July 19, 2014 1
Semester 4
Sudy ~ Suzanna | via Tumblr 

Assalammualaikum

sekarang ni Ira da jadi student untuk semester 4... wuuuu ~ cepat je masa berlalu.. hahaha.. tapi kan ~ hati ni dup dap dup dap nak ambik result semester 3.. doakan Ira dapat pointer tinggi ye... ^^  tapi setakat ni Ira tengok markah2 Ira semua menaik.. Alhamdulillah.. walaupun bukan menaik banyak, sikit pun jadi la.. apa orang kata tu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. hehe.. betul tak ? macam salah je.. xD

and now Ira kena get ready untuk masuk alam semester 4.. alam penentu untuk Ira lepas pra diploma.. doakan Ira ye. Ira takut sangat2.. yela kan ~ Ira ambik exam untuk semester kali ni sebijik macam spm.. format spm la kan.. tapi Ira ambik awal sikit.. budak2 spm ambik masa cuti sekolah.. haih !! harap2 la lepas.. amin.. :)

Semoga Awak Bahagia

Saturday, July 19, 2014 1
Semoga Awak Bahagia
Broken heart 

Assalammualaikum

Muhammad Syafiq b. Muhammad Tajuddin.. nama awak akan selalu tersemat dalam hati saya ni.. sanggup awak lukakan hati saya ni kan.. tapi tak pe.. saya dah lama maafkan awak walaupun awak tak pernah nak minta maaf dekat saya.. :) hati saya kan sado ~ saya kan dah janji dengan awak yang saya takkan menangis bila awak tinggalkan saya.. buktinye saya tak menangis da sekarang ni.. :) saya tepati janji saya kan... awak, akhirnya awak tinggalkan saya untuk selama-lamanya.. haha ~ saya tak sangka yang kita akan jadi macam ni...

Akhirnya awak dah jadi hak orang lain.. bakal hak orang lain yang kekal sampai ke syurga.. hahaha.. akhirnya awak dah nak tunang kan.. :)  awak, saya bahagia bila awak bagitahu awak akan bertunang tak lama lagi.. tapi wak.. hati saya ni wak.. hati saya pedih sangat bila awak cakap macam tu.. tapi saya sembunyikan semua tu.. awak tak fikir semua tu ke ? awak tinggalkan saya terkontang-kanting sorang2 untuk bangkit semula.. sampai hati awak..

saya ingatkan kita akan kembali macam dulu lagi.. satu hari tu, awak call.. saya happy sangat bila awak call.. da lama saya tak dengar suara awak.. tapi bila awak call, awak bagitahu berita yang "menggembirakan" tu.. hahaha.. bagus la wak.. saya doakan kebahagiaan awak.. saya tengok bakal isteri awak tu pun baik orangnya.. awak jaga dia elok2 ye.. :) jangan lukakan hati dia macam mana awak lukakan hati saya.. saya boleh bangkit sendiri.. tapi belum tentu dia.. awak, terima kasih sebab pernah jaga saya.. terima kasih sebab pernah jaga hati saya.. terima kasih sebab pernah ikhlas terima saya walaupun saya banyak kekurangannya.. dan terima kasih sangat2 sebab dah pernah buat saya bahagia walaupun sekejap.. awak, saya nak awak tahu.. sepanjang perkenalan kita yang selama setahun lebih ni, saya tak pernah menyesal kenal awak.. saya sayang awak sangat2.. but now, I will let you go.. :') semoga bahagia.. :')

Segmen Blogwalking by Eiqa Almond

Saturday, July 19, 2014 7
Segmen Blogwalking by Eiqa Almond
http://eiqaalmond.blogspot.com/2014/07/segmen-blogwalking-by-eiqa-almond.html?showComment=1405568405556
Klik Banner untuk join ~

SYARAT - SYARAT :
1 ) WAJIB follow blog "Perjalanan Hidupku" ( belog ni la, hehee )
2 ) KLIK button :  akan di-update dari facebook.
2 ) Buat ENTRY yang bertajuk "Segmen Blogwalking by Eiqa Almond".
3 ) Lekatkan BANNER yang tak seberapa tu dalam entry korang.
4 ) Jangan lupa tinggalkan link entry korang dekat bawah yee.
HADIAH ( perserta yang bertuah ) :
Kimono Cardigan ( labuh )  x  1 peserta yang bertuah
Topup RM5  x  2 peserta yang bertuah
TARIKH TAMAT : 24 Julai 2014

July 18, 2014

Renungan Sebelum Tidur

Friday, July 18, 2014 0
Renungan Sebelum Tidur
. 

Assalammualaikum

Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi, bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan kepada diri kita : "Apakah sudah aku meningkatkan ketaqwaanku pada hari ini?"

Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang hari.. bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri kita. tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia)
Bukti ketaqwaan semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu, tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT. Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seoarang lelaki atau wanita bergelar soleh atau solehah..

MH17 Terhempas Selepas Ditembak

Friday, July 18, 2014 0
MH17 Terhempas Selepas Ditembak
Take me away.. 

Assalammualaikum

Tahun 2014 ni banyak menguji rakyat Malaysia kan ? mula2 jerebu yang teruk.. then tiba2 MH370 pulak hilang.. hilang dan sampai sekarang tiada siapa yang tahu keberadaan kapal terbang tu.. hanya Allah sahaja yang tahu.. dan sekarang MH17.. apa pulak kisah MH17 ?

diaorang sebenarnye tersalah tembak.. actually kawasan yang MH17 ni lalu adalah kawasan perang.. diaorang nak tembak kapal terbang lain.. memandangkan kapal terbang yang nak disasarkan tu sebiji dengan MH17, so, diaorang sangkakan tu kapal terbang yang diaorang nak sasarkan.. hurmmm ~ nak buat macam mana kan. benda dah jadi ~ 

kita sedekahkan al-fatihah kepada umat Islam yang da pergi tu k.. janganlah kita keluarkan spekulasi yang boleh membuatkan ahli keluarga mangsa bersedih lagi.. kita kena bagi semangan dekat diaorang.. Allah cuma nak menguji di mana tahap kemampuan kita dan Allah nak kita semua sedar dengan kekhilafan kita selama ni.. 

maklumat lanjut  -- KLIK SINI & SINI

Lamanye tak update

Friday, July 18, 2014 0
Lamanye tak update
Tumblr 

Assalammualaikum

waahhhhh !!! lamanye Ira tak update blog ni. banyak benda Ira tertinggal kan ? hurmmm.. Ira betul2 takde masa sekarang ni.. busy dengan study.. so, Ira akan update bila Ira betul2 ada masa lapang.. tu pun belum tentu lama.. hurmmm ~ btw, sorry kepada sesiapa yang join segmen Ira tu.. Ira tak sempat up to date benda tu.. hah ! sebelum Ira terlupa.. ada orang tanya mana pemenangnye kan ? Ira da maklumkan bahawa segmen tu untuk masukkan dalam bloglist Ira je.. so, takde pemenangnye.. semua pemenangnye ye.. sorry sebab segmen tu tak dapat sambutan ramai.. yela kan ~ Ira masih berjinak-jinak lagi dalam dunia blogger ni.. :)

Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya

Friday, July 18, 2014 4
Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya
 Assalammualaikum.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Dengan sukacitanya Mellya merasmikan Segmen Blogwalk kecil-kecilan anjuran Mellya sendiri. Hihi harap ramailah yang sudi join. Tambah kenalan, tambah page views sekali ye.


TAMAT 24 JULY 2014.
Syarat penyertaan :

**SYARAT WAJIB**
Create post bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya"

Tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja 

**SYARAT TAK WAJIB** 
Follow Blog dan tekan iklan yang ada

P/S : Terima Kasih daun keladi bagi yang menjayakan Giveaway Mellya dan Iola serta Simple Giveaway Projek Dress Bajet. Tahniah juga buat pemenang :)


July 04, 2014

Salam Ramadhan

Friday, July 04, 2014 2
Salam Ramadhan
 

Assalammualaikum

baru hari ni Ira berkesempatan untuk update blog.. sekarang ni Ira akan mengupdate blog pada waktu cuti je tau.. Ira tak nak ganggu waktu Ira untuk belajar.. ^^ ok la ~ dengan kesempatan ini, Ira ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat.. tengok ! puase dah lama, baru hari ni Ira nak ucapkan.. hehe..

apa2pun, semoga Ramadhan tahun ni akan menjadi Ramadhan yang paling baik daripada yang tahun2 lepas.. InsyaAllah.. mari sama2 kita usahakan ye.. :')