Tabahkah Aku ? - Syahirah Valiant

June 05, 2014

Tabahkah Aku ?



Assalammualaikum

"Tabahkah aku?" 

Hurmm .. Ira rasa Ira bukanlah seorang wanita yang tabah.. Wanita yang tabah menghadapi ujian Allah.. Memang bukan Ira orangnya.. setiap kali Ira ada masalah, mesti Ira tak cerita dekat siapa2.. Ira lebih suka simpan.. hanya diri Ira je yang tahu.. walaupun kawan-kawan Ira paksa2 suruh bagi tahu jugak, memang takde nye Ira nak bagitahu.. Ira rasa, dengan bagitahu masalah Ira dekat kawan2, akan menjadi beban untuk diaorang.. so, Ira ambik jalan untuk tidak bagitahu..
Ira seorang yang pandai simpan rahsia.. hehe ^^ setiap kali Ira ada masalah, mesti Ira tutup semua masalah Ira dengan senyuman manis Ira ni.. hoho ~ perasan la pulak... alaa.. apa orang selalu kata tu.. fake smile kan ? memang Ira pandai sembunyikan.. depan kawan2 dan juga family Ira, Ira sentiasa senyum.. Ira tak nak diaorang tahu apa masalah Ira.. dan bagi Ira, masalah Ira tu tak penting pun.. buat apa nak bagitahu orang kan ? lebih baik kita diamkan diri.. Ira takut ada orang yang dengki Ira, dia akan kata yang Ira ni cuma nak ambik perhatian orang je.. tapi Ira tak pernah ada nawaitu yang jahat tu... tak pernah sesekali..

cuba korang tanya diri korang.. dah cukup tabah ke korang ? dah cukup tabah ke kita nak menghadapi semua ujian Allah ? cuba tanya diri sendiri.. :)  memang kadangkala kita rasa diri kita ni tak berguna.. asyik nak menyusahkan orang je.. percayalah, diri kita ni ada gunanya untuk sesuatu.. lebih baik kita gunakan diri kita ni untuk beribadat kepada Allah.. lagi banyak faedah yang bakal kita dapat rite ? ok la.. setakat ni sahaja yang Ira dapat kongsikan dekat korang.. jum kita sama2 mejadi seorang hamba Allah yang beriman.. Amin :)

1 comment:

  1. sabar yeee. ujian Allah untuk kita nak tengok kita ni kuat kah tidak :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D