Janganlah Bersedih, Allah sentiasa bersama kita

Tuesday, June 03, 2014

 

Assalammualaikum

Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita.

Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan dirimu. Tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalan-Nya.

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakan-Nya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya.


Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka,

Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Tersenyumlah kerana setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita.

Ayuh kembali menjadi hambaNya, kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita terus berjaya di masa hadapan. Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.


Buatmu wahai jiwa-jiwa yang terluka,

Jangan bersedih, kerana qada' telah ditetapkan. Sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat dan setiap perkara telah ditetapkan. Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta'kirkan kenyataan yang terjadi dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.


You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email