Ciri-ciri Wanita Solehah - Syahirah Valiant

Post Top Ad

June 04, 2014

Ciri-ciri Wanita Solehah

Untitled 

Assalammualaikum

Di manakah kecantikan wanita solehah sebenarnya ?

Bismillahirahmanirahim, hari ini Ira nak berkongsi dengan korang tentang ciri-ciri wanita solehah yang perlu kita hayati. Bukan hayati pada luaran sahaja, tetapi pada dalaman juga ye. Semoga dengan adanya post Ira ni, kita sama2 boleh menjadi seorang wanita yang solehah. Marilah kita renungkan dengan mata hati. :)

cute Menundukkan pandangan kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih. 

Allah SWT berfirman maksudnya : "Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya" (Surah an-Nur ayat 30-31)


cute Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi semakin manis

Daripada Abdullah bin Masud ra, katanya sabda Nabi SAW maksudnya : "Sesungguhnya kejujuran menghantarkan kebaikan dan kebaikan menghantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut siddiq (orang yang sentiasa jujur). Sedang dusta menghantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi) 


cute Rasa malu yang lahir daripada Iman

Sifat malu adalah sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini seseorang wanita solehah akan terlepas daripada segala kejahatan kerana adanya sifat ini akan terhindarlah segala keburukan. Dengan sifat malu juga akan meningkatkan darjat keimanannya.
Sayyidina Ali bin Abi Thalib berkata : "Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya."


cute  Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan

Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabi pun yang tidak beristighfar dan selalu mengajak umatnya untuk beristighfar. Nabi Adam as dan Siti Hawa beristighfar atas dosa yang telah mereka perbuat sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 23 maksudnya : "Keduanya berkata "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi."

Ini sahaja yang dapat Ira kongsikan setakat ini. semoga kita sama-sama menjadi seorang wanita yang solehah yang sentiasa menjaga nama baik keluarga dan juga kita sendiri. Amin :)

 

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad