6 Penawar Sakit Hati

Saturday, June 21, 2014

http://30.media.tumblr.com/tumblr_l33yiexty31qzbgrio1_500.png 

Assalammualaikum

KLIK SINI sebelum baca. Jujur tau :)

Hampir setiap orang sudah tentunya pernah mengalami sakit hati dalam kehidupan masing-masing. baik dalam keluarga, bersahabat mahupun bermasyarakat.. sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam kehidupan manusia.. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria.. lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya..

Petua Rasulullah 

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnya kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud untuk menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian. Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


 
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. angan-angan yang berlebihan dapat membuat seseorang buta dan tuli. bila tidak berlandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan cara untuk mendapatkan apa yang diciptanya.

Rasulullah bersabda,

"Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya." (HR Bukhari)


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. dan syaitan pun berleluasa melancarkan serangannya lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, "Jika manusia keras hati, maka kami akan membeliknya sebagai anak kecil yang membalik bola."



4. Memupuk Sifat Pemaaf

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh." Surah Al-A'raf : 199
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. InsyaAllah dengan cara itu, hati kita akan lebih terasa lapang.



5. Husnuzon (Berprasangka Baik)

Allah berfirman : 
"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Maka tentulah kamu meras jijik kepadanya." (QS. Al-Hujurat : 12)

Adalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim ainnya sehingga memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain dan mengatakan dirinya lebih baik.



6. Ikhlaskan Diri

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar. Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.


Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagian yang tak terhingga. Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain. Tetapi, biarpun luka hati kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf ....



You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email