Warkah Buat Hawa

Monday, April 21, 2014

beatiful niqab 

Assalammualaikum

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu..
Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu...
Andai engkau seorang ibu, didiklah anak-anakmu hingga dia tak gentar memperjuangkan Addin Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau tentang jodohmu...
Ingatlah janji Allah bahawa "Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik".
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaku yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati...
Maka, lahirnya senyuma, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan.
Takut terlahirnya nafsu kejahatan yang menguasa diri..

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa..
Lelaku yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya..
Lelaki yang warak tidak menilai keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..
Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya...
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya..
Dan, Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan perempuan...

Hawa, 
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang mencintai Allah..
Cintailah kedua-dua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah.. 
Cintai keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..
Janganlah sesekali wahai Hawa, tangan yang menggoncang dunia juga menjadi tangan yang menggoncang iman lelaki..

Jadi, kita sebagai seorang perempuan yang bergelar Hawa tidak sepatutnya melakukan sesuatu perkara yang sia-sia.. Ingat ye wahai kawan-kawan.. Marilah kita sama-sama menjadi seorang perempuan yang solehah.. amin.. :)

You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email