7 Kelebihan Orang Yang Bersabar - Syahirah Valiant

Post Top Ad

April 03, 2014

7 Kelebihan Orang Yang Bersabar

Untitled 

Assalammualaikum

kita sebagai umat Islam memerlukan sifat sabar.. sabar kan separuh daripada Iman.. :) so, apa2 pun orang buat dekat kita, orang cakap pasal kita atau apa2 pun yang kita hadapi, kita kena sentiasa bersabar... orang yang sabar ni Allah sayang.. :) ni ada 7 kelebihan tentang orang bersabar.. sebenarnye banyak lagi.. tapi Ira sempat update 7 je.. tapi ok lah kan.. kita akan dapat pengetahuan jugak.. so, Ira harap sangat yang korang suke baca dengan entri Ira kali ni..

Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Pengajaran:

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
· >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
· >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
· >> Memiliki iman sejati 

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad