5 Rahsia Kehidupan - Syahirah Valiant

April 24, 2014

5 Rahsia Kehidupan

kfashion. 

Assalammualaikum

Kita diajar untuk mempercayai Qada' dan Qadar. Segala apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku adalah ketentuan Allah dan telah tertulis di Luh Mahfuz. Malah mempercayai akan Qada' dan Qadar merupakan salah satu daripada rukun iman yang wajib kita semat kemas di dalam dada.

Namun begitu, Ira berpandangan bahawa kita perlu mengambil tindakan yang betul dalam memahami perkara lalu, perkara yang sedang terjadi dan juga perkara yang akan berlaku.

  • Perkara yang lalu - kita perlu redha dan akur dengannya. Apa yang telah kita dapat sesekali tidak akan dapat kita hindari dan apa yang kita tak dapat sesekali tidak akan kita dapat. Itu semua telah berlaku dan tidak akan dapat berpatah balik. Yang pentingnya adalah apa yang kita ambil iktibar dan belajar daripada perkara yang telah berlaku itu untuk digunakan dalam cubaan merangka apa yang belum berlaku.
  • Perkara yang sedang berlaku - Apa yang sedang berlaku juga perlu kita akur dan tawakkal. Kita mesti serahkan bulat-bulat pada Allah dan mengharapkan yang terbaik.
  • Perkara yang bakal berlaku - Walaupun semuanya telah ditentukan, kita sebagai makhluk yang lemah tidak tahu menahu selagi lembaran takdir tidak menunjukkan wajahnya. Oleh itu, berusahalah berdasarkan pengalaman lalu, berdasarkan hukum kejadian Allah moga kita dapat balasan pahala usaha. Jangan lupa berdoa pada Allah dan mengharapkan yang terbaik dari-Nya.

Berdasarkan kefahaman kita pada tiga perkara asas yang Ira sebutkan di atas, mari kita lihat apakah rahsia amalan mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bahagia :

1. Berkawan - kajian membuktikan mereka yang bahagia dan mendapat kepuasan dalam hidup ada sekurang-kurangnya 10 orang kawan rapat yang boleh dikongsikan minat bersama. Orang yang ada raamai kawan secara automatik meningkatkan 20% tahap kepuasan hidup mereka.

2. Punyai cerita kehidupan - Orang yang bahagia kehidupannya suka kongsi pengalaman dirinya yang menarik. Samada cerita dirinya sendiri ataupun cerita keluarganya. Semua orang ada sesuatu yang istimewa yang boleh dibanggakan. Kongsikan bersama orang lain, pada anak-anak dan kenalan.

3. Ada matlamat - hidup tanpa ada matlamat untuk dicapai memang tidak ada kehidupan. Dengan adanya matlamat, akan wujud perjuangan, akan ada usaha. Bila ada usaha tentu ada jalan dan InsyaAllah akan ada kejayaan. Pastikan kita ada sasaran atau matlamat dan jangan hidup ikut kaki melangkah sahaja.

4. Harta benda bukan segalanya - lagi banyak kita kejar dan bergantung pada harta benda, lagi berkurangan rasa kepuasan hidup. Oleh itu, kurangkan terkejar-kejar dengan kebendaan atau wang atau harta benda.

5. Sentiasa buat peningkatan - pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, InsyaAllah kita akan bahagia. Peningkatan tak semestinya besar. Kecil-kecil, lama-lama jadi besar. Pastikan kita buat perubahan dan pembaikan dalam hidup untuk dapatkan keluasan dan kebahagiaan dalam kehidupan.


so, kalau kita nak berjaya.. buatlah semua cara tu.. doa jangan lupa k.. InsyaAllah kita akan berjaya dalam kehidupan kita.. :)

2 comments:

  1. terima segala ketentuan Allah... Allah is the best planner dan DIA tak pernah menganiaya hambaNYA

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D