10 Ciri-ciri Anak Solehah - Syahirah Valiant

Post Top Ad

April 22, 2014

10 Ciri-ciri Anak Solehah

. 

Assalammualaikum

Bukan senang nak mendidik anak-anak kita dari kecil supaya menjadi anak yang soleh. "Bukan senang" yang Ira maksudkan ialah, ianya merupakan satu tugas yang mencabar. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan setakat kita sahaja yang perlu mendidik anak-anak kita supaya menjadi soleh & solehah, tetapi kita sendiri sebagai seorang anak juga perlu menjadi seorang yang soleh & solehah.

"Didiklah anak-anakmu dan perbaguskan adab mereka" (HR. Ibnu Majah)

1) Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna.

2) Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)

3) Menghormati ibu bapa, guru, orang tua, jiran & kawan-kawan

4) Rajin beribadat kepada Allah dan berdoa kepada-Nya.

5) Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.

6) Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

7) Memiliki akhlak dan moral yang baik.

8) Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan atau pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9) Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.

10) Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah.

Usaha yang berterusan adalah perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh & solehah, doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepada-Nya agar segala usaha yang telah kita lakukan tadi mendapat keredhaan dari Allah.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad