2014 - Syahirah Valiant

December 31, 2014

SEGMEN YOU FOLLOW ME, I WILL FOLLOW YOU BACK

Wednesday, December 31, 2014 3
SEGMEN YOU FOLLOW ME, I WILL FOLLOW YOU BACK

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sinopsis Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia

Wednesday, December 31, 2014 0
Sinopsis Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalammualaikum

Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri. Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Dibenamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang dilakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.

Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lembut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?

Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca. Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

Nak tengok cerita ni !!! Huhuhuhu :3

Kak Emas Putih Singgah Blog

Wednesday, December 31, 2014 0
Kak Emas Putih Singgah Blog

Assalammualaikum

Dah 2 minggu lebih Ira tak jenguk blog ni. Kalau bukak pun sekejap je. Yela kan ~ Dah takde benda nak buat. Tu je la keje Ira. Then semalam Ira ada tengok chatbox Ira. Ramai jugak yang tinggalkan jejak. Terima kasih sebab sudi singgah. In Sha Allah Ira akan balas kunjungan korang tu k. Dan paling yang tak sangka nya. Kak Emas Putih ada singgah jugak. Hehehe. Happy kemaen lagi. Yela kan ~ Siapa yang tak happy kalau blogger kegemaran singgah blog kita yang tak seberapa ni. Ira memang admire dengan kak emas putih. Ira suka cara penulisan akak. Banyak tips-tips dan informasi yang berguna ada dekat blog akak. Terima kasih lagi sekali ye. :)



Thanks sebab dah puji blog Ira. Hehehe. :3

Panduan Membuat Azam Baru

Wednesday, December 31, 2014 1
Panduan Membuat Azam Baru

Assalammualaikum

2 Maksud utama azam tahun baru yang mudah dicapai :

1. Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak membebankan diri sendiri

Buatlah azam yang mudah dan dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya menaik secara mendadak. Jika korang jarang baca Al-Quran sepanjang tahun, janganlah pula buat azam akan baca Al-Quran 15 juzuk sehari. Kalau benda ni korang yakin korang boleh buat, just go on. Ikut kemampuan diri sendiri ok. :)

2. Cara memilih dan melaksanakan azam yang betul

Cara kita pilih azam yang nak dicapai itu penting. Ia menentukan samada kita akan berjaya atau tidak semasa melaksanakannya apabila menjelang tahun baru.



Panduan Buat Azam Tahun Baru

Bagi memudahkan kita semua membuat azam tahun baru ini, Ira akan bagi sikit panduan/tips mudah untuk sama-sama kita lakukan.

1. Pastikan korang faham antara kewajipan dengan azam
Kadang-kadang kita keliru dengan azam yang kita buat. Ada orang yang jadikan solat lima waktu tak tinggal tu sebagai azam tahun barunya sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka wajib dilaksanakan. Antara perkara yang tak perlu masuk dalam kategori azam adalah seperti berikut :

  • Semua ibadah wajib seperti solat, puasa di bulan ramadhan, zakat dan lain-lain.
  • Menjaga perhubungan silaturrahim seperti menghormati dan berbuat baik pada ibubapa, saudara mara dan lain-lain.
  • Menjaga kesihatan seperti mempunyai berat badan yang seimbang dan tidak gemuk secara berlebihan/obesiti.
  • Menjaga akhlak seperti tidak mengumpat, panas baran, sentiasa buruk sangka dan sebagianya.
  • Menuntu ilmu. Semua orang tahu yang menuntut ilmu ini adalah satu kewajipan pad akita dari kecil sampai lah kita mati dan ianya bukanlah satu pilihan samada nak buat atau pun tidak.

2. Jangan pilih keputusan untuk dijadikan azam
Jika korang pilih azam tahun baru adalah untuk mengurangkan berat sebanyak 20 kilo, itu sebenarnya adalah keputusan. Pilihan sebegitu tidak akan mendatangkan kesan pada tahap berat anda.

3. Pilihlah jalan untuk mencapai keputusan
Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes yang ada di atas tadi, korang sepatutnya membuat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo.


Pastikan azam yang korang dah buat tu tercapai k. Jadikan tahun 2015 ni lebih baik daripada tahun 2014.

Happy New Year

Wednesday, December 31, 2014 0
Happy New Year

Assalammualaikum

Hari ni dah masuk tahun 2015. Hari ni birthday atok. Tapi tak boleh wish. Sebab atok masih mengerjakan umrah. Takpe la ~ Wish lambat sikit la gayanya. Ok la. Bercakap pasal tahun baru. Bukan main meriah lagi perumahan Ira ni sambut tahun baru. Siap ada bunga api bagai. Tapi Alhamdulillah. Sebelum sambut tahun baru, perumahan sini ada buat bacaan yassin mengenangkan peristiwa-peristiwa yang dah banyak berlaku pada tahun 2014. Sebelum tu, marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada penumpang-penumpang dan juga anak kapal QZ8501. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

So, tahun baru mesti lah kena ada azam baru kan. Apa azam baru korang? Hope tercapai la apa yang korang nak tu k. Usaha tu yang penting. Jangan ada azam je lebih. Tapi usaha ntah ke mana. Memang tak berhasil lah gamaknya. Ira pernah update pasal azam Ira untuk tahun 2015. Klik sini ok :) .. Ok la. Selamat Tahun Baru. ^^ Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun yang lepas.

Aiskrim Oreo Homemade

Wednesday, December 31, 2014 0
Aiskrim Oreo Homemade

Assalammualaikum

Kebelakangan ni sunyi je blog Ira ni. Hurmmm ~ Takde mood nak update blog. Tapi Alhamdulillah, masih ada yang sudi melawat blog yang tak seberapa ni. Ok la. Hari ni Ira nak share sikit resepi aiskrim oreo ni. Pernah makan tak aiskrim mucflurry dekat MCD tu? Mesti la pernah kan. Nak tahu tak. Rasa dia sebijik macam aiskrim mucflurry. Kalau korang buat sendiri kan dah senang nak makan. Tak payah nak membazir duit. Thanks kepada si dia sebab dah ajar. Jom kita cuba ye :)


Bahan - Bahan :

 1 tin susu cair
 Setengah tin susu pekat  *kalau tak nak manis sangat, kurangkan*
 1 sudu esen vanilla *kalau tak nak letak pun takpe*
 1 paket biskut oreo
 1 sudu besar ovalette


Cara Penyediaan :

 Asingkan biskut oreo dan krim. Kalau nak masukkan krim dia pun takpe. Tapi kalau Ira, better asingkan. Takut lagi manis pulak.

 Hancurkan biskut oreo tu.

 Untuk adunan aiskrim, masukkan susu cair, susu pekat, esen vanilla & ovalette ke dalam mixer sampai dia kembang. Guna blender pun boleh.

 Lepas dah nampak aiskrim tu kembang, masukkan biskut oreo yang dah dihancurkan tadi. Mixer kan sekejap.

 Lepas dah siap semua, masukkan dalam fridge. Tunggu seharian tau. Lambat nak beku.

 Lepas dah siap, korang boleh la makan. Sedaaaapppp !! ^^

Selamat Mencuba !!! ^^

December 27, 2014

Flight Air Asia Hilang ?

Saturday, December 27, 2014 1
Flight Air Asia Hilang ?


Assalammualaikum


Berita terkini pesawat AirAsia QZ8501 hilang dari radar di Indonesia. Penerbangan AirAsia hilang dari radar. Penerbangan AirAsia Qz atau AWQ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Kompas.com melaporkan bahawa Kementerian Penerangan dijangka mengeluarkan satu kenyataan ini, petikan pengarah lalu lintas udara Djoko Murjatmojo :

"Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat Republik Indonesia berkata pihaknya menerima laporan bahawa Penerbangan Pesawat Airbus 320 AirAsia dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan pada 06:17"

Difahamkan terdapat seramai 155 penumpang berada dalam pesawat AirAsia ini. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan anak kapal itu (130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi) berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. 

Dilaporkan seorang daripada penumpang ialah rakyat Malaysia. Sehubungan itu juga, AirAsia telah membuka Pusat Panggilan Kecemasan untuk dihubungi oleh keluarga atau rakan penumpang iaitu di talian +622129850801.

December 23, 2014

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan

Tuesday, December 23, 2014 1
3 Perkara Yang Perlu Disegerakan

Assalammualaikum

Sabda Rasulullah SAW,

Maksud hadis : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah dilewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, Yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan Yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya.


1. Apabila Telah Masuk Solat, Maka Bersegeralah Menunaikannya

Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :

Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama ? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : Kemudian apa? Nabi bersabda : Berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : Kemudian apa lagi? Nabi bersabda : Berjihad di jalan Allah" (HR Bukhari)



2. Mengkebumikan Jenazah

Nabi saw menyuruh kita agar segera menkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sabda Rasulullah SAW,

Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah (mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu." (Muttafaqun Alaihi)



3. Menyegerakan Pernikahannya

Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya mengerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memlihara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Kalau hendak diikat dengan tali pertunangan, janganlah memakan masa yang lama sehingga dua, tiga atau empat tahun kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak elok seperti maksiat dan sebagainya. Paling baik ikatan pertunangan hanya memakan masa enam bulan atau setahun.

Ibu bapa perlu ingat, bertunang bukan lesen untuk membenarkan anak-anak gadis keluar dengan lelaku tunagannya. Pasangan yang sudah bertunang dan ingin mendirikan rumah tangga hendaklah memelihara tingkah laku mereka kerana aman damainya rumah tangga bergantung kepada apa yang telah mereka lakukan sebelum berkahwin.

Kenapa Perempuan Dikatakan Sebagai Tulang Rusuk Kiri Lelaki ?

Tuesday, December 23, 2014 0
Kenapa Perempuan Dikatakan Sebagai Tulang Rusuk Kiri Lelaki ?


Assalammualaikum

Masa kita kecil-kecil dulu mesti ustazah kita, cikgu-cikgu kita, ibu bapa kita ataupun mungkin kita dapat tahu daripada bahan bacaan yang lain tentang kejadian Hawa diciptakan oleh Allah SWT daripada tulang rusuk Adam. Ok, tapi kita tahu ke kenapa Allah ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam? Kalau tak tahu, baca ni sampai habis tau ;)



Dikatakan bahawa seorang lelaki jika dia berada dalam kesakitan, dia akan membenci. Tetapi, pada wanita pula jika dia berada dalam kesakitan, dia akan semakin bertambah sayang dan cintanya. Ira sokong 100% tentang fakta ni.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa sakit apabila keluarnya Hawa dari sulbinya sehingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi, Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur supaya Adam tidak merasakan sakit dan tidak akan membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian dihadapannya, akan tetapi semua ni akan membuatkan dia bertambah sayang dan cinta kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung & hato nurani)

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu Adam. Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah kerana dia akan berinteraksi dengan tanah. Dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu. 

Seorang wanita akan berinteraksi dengan perasaan dan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja dan seorang isteri yang penurut.

Perubatan moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut, pastilah pukulan yang paling ringan yang akan diberikan kepada jantung akan menyebabkan rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok.

Dan wajib juga bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw, jika seorang lelaki berusaha untuk meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksudkan dengan bengkok tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki. Wahai Adam, janganlah engkau merendahkan perasaan Hawa, sesungguhnya Hawa memang diciptakan seperti itu.

December 22, 2014

Segmen Bloglist Januari 2015 by MNS

Monday, December 22, 2014 2
Segmen Bloglist Januari 2015 by MNS
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



(klik banner kalau nak join sekali)

December 21, 2014

10 Kesilapan Yang Menganggu Hubungan Bercinta

Sunday, December 21, 2014 4
10 Kesilapan Yang Menganggu Hubungan Bercinta


Assalammualaikum

Bercinta ? Couple ? Semua tu lumrah kehidupan kita sebagai manusia. Ok la, pernah tak korang gaduh dengan pasangan korang ? Tak kira la gaduh kecil ataupun gaduh besar. Mesti ada punca dia kan. Takkan la tiba-tiba pulak korang nak gaduh tanpa sebab. Ok la. Ada beberapa perkara yang perlu korang tahu dan jangan sesekali korang buat masa tengah couple ni. :)


1. Korang bercerita mengenai masa lalu korang pada dia tanpa dia bertanya. Pasangan korang bukannya tempat untuk korang luahkan perasaan. Sebaliknya, korang perlu fokus untuk membahagiakan dia. Bukannya ungkit kisah lama. Kalau Ira pun Ira marah. Yela kan ~ Kita tak tanya pun pasal ex-ex dia tu. Tapi dia yang tergedik-gedik nak cerita. Lain la kalau kita tanya kan.


2. Korang memandang dan bercerita mengenai wanita lain apabila korang bersama dengan si dia.


3. Korang terlalu memuji dia sehingga anda kelihatan seperti terpaksa memuji.


4. Korang terlalu awal memberi si dia hadiah yang terlampau mahal. Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan korang merayu-rayu untuk mendapatkan perhatian daripada si dia.


5. Korang dah start buat perkara-perkara yang terkutuk. Tak nak bagitahu kan. Korang faham-faham je la. Sebagai seorang Islam, perbuatan tersebut adalah haram. Memang kena terajang kalau ada pasangan macam ni. Ingat dah halal ke nak buat semua-semua tu. Sedar sikit ! :)


6. Korang terlalu serius ketika bersama dengan si dia seperti membincangkan sesuatu topik terlalu serius sehingga membawa pergaduhan.


7. Terlalu jiwang dan setiap kali bertemu korang akan beritahu dia apa yang korang rasa tanpa bertanya apa yang dia rasa terhadap anda.


8. Korang sentiasa mendesak dia untuk selalu berjumpa. Seperti korang yang memerlukan ruang dalam hidup korang, si dia juga perlukan ruang untuk jalani kehidupan peribadi si dia. Jangan terlalu mendesak dan jalani hubungan percintaan dengan sabar. 


9. Korang sentiasa berbincang mengenai masa hadapan hubungan korang berdua tetapi tiada satu pun tindakan yang korang buat. Jangan berjanji sesuatu yang korang rasa tidak yakin untuk tunaikannya.


10. Mengajak si dia melakukan perkara yang tidak senonoh. Yang ni Ira tak nak ulaskan. Sebab Ira pun still bawah umur. So korang faham-faham je la ye :)

PT3's Result

Sunday, December 21, 2014 2
PT3's Result

Assalammualaikum

Hari ni result PT3 keluar kan ? hohoho ~ Adik-adik sekalian, rasa gementar tak ? Mesti la kan. Orang kata PT3 ni susah dan Ira pun ada la jugak tengok bentuk soalan PT3 ni. Memang agak payah. Lain daripada zaman Ira ambik PMR. Dan bagi Ira, PMR lagi senang. Kenapa kementerian tubuhkan PT3 sedangkan PMR masih boleh dilaksanakan? Macam membebankan calon-calon PT3. Yela kan ~ Diorang daripada form 1 didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan PMR. Last-last diaorang kena jawab PT3. Nampak tak diaorang kena bertungkus-lumus untuk faham. Hurmmm ~ Tapi takpe la. Semua ni ada hikmah. Just study well ok :) Ok la, good luck untuk result hari ni. Sebelum melangkah keluar rumah tu, baca bismillah. Dan yang paling penting, jangan lupa mintak restu ibu ayah ok. In Sha Allah semuanya berjalan dengan lancar. Terima apa jua keputusannya sebab apa hasilnya atas usaha kita jugak. Tak mau sedih-sedih ok. SPM menyusul. Hehehehe ^^

Start Your Day

Sunday, December 21, 2014 0
Start Your Day

Assalammualaikum

Selamat pagi blogger-blogger sekalian ? Sihat ? hehehe ~ Jarang sangat Ira update blog pagi-pagi buta macam ni.. Semua dah solat ? Kalau dah Alhamdulillah.. :) Ok la, hari ni hari Isnin. Memang hari untuk memulakan kerja masing-masing. Yang pelajar-peajar universiti, kolej atau sebagainya akan memulakan hari mereka dengan kelas. Memang hari yang busy untuk Isnin sampai la Jumaat. Kadang-kadang ada yang bekerja untuk hari Sabtu. Takpe la ~ Dugaan untuk mencari sesuap nasi dan dugaan untuk mencari kejayaan hidup. Apa-apa pun kita kena tabah menghadapi semua dugaan ni. In Sha Allah, kalau kita tak mengeluh, Allah akan turunkan pelbagai rezeki untuk kita dan juga keluarga kita. Amin :)

Segmen Jom Blogwalk ! #3 by Mellya

Sunday, December 21, 2014 2
Segmen Jom Blogwalk ! #3 by Mellya

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Senarai Peserta

Sunday, December 21, 2014 3
Senarai Peserta


Assalammualaikum

Senarai blogwalking. Blogwalking elok-elok ye. :3

Tolong check korang punye link k. Mana-mana yang takde tu tolong inform dekat Ira tau. Mungkin Ira terlupa nak letak. Tua da katakan. Hehehe :)

1. http://natrahmaslion.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

2. http://be-readers.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

3. http://muhammadshahril97.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

4. http://heartdeen.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

5. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

6. http://aimanliyanasamat.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

7. http://diariatasawan.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

8. http://bakaljenazah94.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

9. http://cicihana.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

10. http://www.aimisyahirah.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

11. http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

12. http://ainarahimar.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

13. http://mellyareenza.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

14. http://cikimansukagiveaway.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

15. http://huhahuhajerr.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

16. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

17. http://diyanasamat.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

18. http://alkisah-amy.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

19. http://www.mariafirdz.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

20. http://andisakinah.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

21. http://kerusiburok.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

22. http://diarybudaktinggi.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

23. http://nununonsense98.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

24. http://ezelovesse7en.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

25. http://asdydimension.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

26. http://sallyadan.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

27. http://lostintheflowerland.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

28. http://hanwoohwan.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

29. http://ain-nadia.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

30. http://ohresepiku.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

31. http://terasmadani.blogspot.com/2014/12/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

32. http://dihah95.blogspot.com/2015/01/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

33. http://redxky.blogspot.com/2015/01/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

34. http://ijahoney.blogspot.com/2015/01/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

35. http://aizfaizi.blogspot.com/2015/01/segmen-terklik-button-follow.html

36. http://sarahhijabista.blogspot.com/2015/01/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

37. http://iekaicecream.blogspot.com/2015/01/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

38. http://onlybeyoungonce.blogspot.com/2015/01/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html

39. http://impiangadiskecil22.blogspot.com/2015/01/segmen-klik-button-follow-by-syahirah.html


In Sha Allah, kalau Ira ada masa Ira akan follow semua peserta. :)

December 20, 2014

Persiapan Balik Asrama

Saturday, December 20, 2014 0
Persiapan Balik Asrama

Assalammualaikum

Dua hari dah Ira tak update blog. Huhuhu ~ Rasa malas la pulak nak bukak laptop semua. Last-last Ira ambik keputusan tak bukak blog. Hehehe. Ok, sekarang ni baru Ira nak update. ^^ 

Tinggal beberapa minggu je lagi sekolah dah nak bukak. Ira ni nama nya da 18 tahun untuk tahun depan. Tapi still sekolah. Hehehe. Sebab Ira study kan 4 tahun. So, tak habis lagi. Kena la habiskan. Hurmmm ~ Tengok budak-budak spm yang lain semua dah free. Ira je belum. Ada lagi 2 tahun tu. Rasa macam lama sangat je. Tapi nak buat macam mana kan. Dah tanggungjawab ! Kena tunaikan. Hurmmm ~ Takpe-takpe. 2 tahun tak lama mana pun. Kita kena perlu bersabar. Nak kan kejayaan tak boleh malas-malas. Kejayaan bukan datang bergolek tanpa kita usaha. Kena la usaha sehabis mungkin baru dapat hasilnya. Betul tak ? :)

Minggu ni adalah minggu untuk Ira kemas-kemas barang nak balik asrama. Bukan sikit tu. Banyak giler. Haih ! Sabar je la. Kalau la boleh tak payah duduk asrama. Dah lama Ira tak duduk. Bukan apa. Kehidupan dekat asrama memang best. Sebab kawan-kawan ramai, diaorang tu semua dah macam adik-beradik dan juga family kita. Kalau nak study group senang. Tak payah merantau jauh-jauh. Tapi tu la. Kehidupan asrama tak bebas. Hurmmm ~ Terikat dekat peraturan. And now umur sekarang pun dah 18. So macam peraturan untuk budak sekolah dah macam tak kena je dengan life sekarang. Fikir rumah jauh je sebab Ira untuk duduk asrama. Kalau rumah dekat. Memang ulang-alik je la. :(

December 19, 2014

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

Friday, December 19, 2014 19
Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

KLIK BANNER UNTUK JOIN

December 18, 2014

Penghulu Segala Hari

Thursday, December 18, 2014 0
Penghulu Segala Hari

Assalammualaikum

Albazzar meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Siapa yang membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, AstaghFirullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi' sebanyak tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda :
Janganlah kamu berpuasa pad ahari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jummat dijadikan ada saat mustajab :
Tiada seorang berdoa bertetapan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Siapa yang berwudhuk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah suda baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.


Itu sahaja untuk hari yang penuh dengan syafaat ini. Semoga blogger-blogger yang dikasihi akan dilimpahi dengan kurniaan dan rezeki yang melimpah luah. Amin :)

6 Penawar Sakit Hati Yang Terbaik

Thursday, December 18, 2014 1
6 Penawar Sakit Hati Yang Terbaik

Assalammualaikum

Setiap manusia pernah merasakan sakit hati ni. Tak kira la sakit hati dengan siapa pun. Atau mungkin sakit hati dengan sesuatu yang dilakukan. Ok la. Ira pun pernah rasa sakit hati ni. Ngilu je hati time benda ni muncul. Huhuhu ~ Kadang-kadang benda ni pun boleh buatkan kita menjadi seorang yang pemarah. Yela kan. Daripada mulanya sakit hati, dan akhirnya jadi pemarah. Ok la. Benda ni normal la untuk semua orang. Memang lumrah kehidupan. Tapi, kalau dibiarkan penyakit ni terus menular, alamatnya memang parah la. So, kita sebagai umat Islam kena dan wajib atasi penyakit hati ni. Tak tahu macam mana ? Takpe-takpe. Ira akan bagi knowledge baru dekat korang semua. :)


1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnya dan sepatutnya kita kena melihat pada diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud untuk menyakiti perasaan kita. Kalau untuk orang yang cepat touching memang payah. Cepat sangat-sangat la dia rasa sakit hati dengan apa yang kita cakap. Padahal kita tak maksudkan apa-apa pun. Dan kita dengan rasa bersalahnya kena la pujuk.  Kadang-kadang ada betulnya apa yang orang cakap pasal kita. Mana la tahu kut-kut kita ada buat kesalahan. So, think positive. Dan perbaiki kesalahan kita tu supaya tak berulang kembali.


2. Menjauhkan Diri Dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Kadang-kadang kita ni selalu sangat dengki dengan kawan-kawan kita mahupun adik-beradik kita sendiri. Alaaa. Senang kata kita ni jelous la sebab dia tu lebih daripada kita. Haih, memang parah kalau dapat kawan macam ni. Rasa nak cekik-cekik je. Mana taknya, asyik dia je nak menang. Langsung tak bagi orang peluang. Tak suka orang macam ni. Kita sebagai kawan kena la happy sekali dengan apa yang kawan dia ada. Ni tak, dengki je tau. Ira pernah alaminya sendiri.

Rasulullah bersabda, : "Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)


3. Menjauhkan Diri Dari Sifat Amarah Dan Keras Hati

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia ni suka sangat bertindak tanpa berfikir dahulu. Main terjah je asalkan diri dia sendiri puas. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun senang je nak melancarkan serangannya kemudian dapatlah syaitan mempermainkan diri manusia yang lalai ni.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, "Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik doa."


4. Memupuk Sifat Pemaaf

"Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh." Surah Al-A'raf : 199

Allah Maha Pemaaf. Tak kiralah sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu kemaafan untuknya seluas-luas lautan yang tiada penghujungnya. Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain sebelum dia meminta maaf. Rasulullah pun maafkan umatnya apatah lagi kita sesama manusia kan. Kita ni tak layak pun nak berdendam. Kita sebagai manusia ni je yang tak sedar diri. 


5. Husnuzon (Berprasangka Baik)

Adakalanya seorang muslim sering kali berburuk sangka terhadap orang muslim yang lain sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dikira macam memalukan orang lain la. Si dia mengatakan macam-macam tentang orang lain dan mengatakan dirinya lebih baik. Angkuh sungguh. Ingat diri dia da perfect ke nak buruk-burukkan orang lain. Cermin diri dulu dan tanya diri kita, adakah kita layak buat orang lain macam tu. Tak kira la agama apa pun, memang melarang dalam adab-adab mereka tentang memburuk-burukkan orang lain.


6. Ikhlaskan Diri

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan tetapi !! Cukup-cukup berat untuk dilakukan. Ingat ni !! Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia akan bersyukur. Bukan macam sesetengah orang. Duit dah berkepuk sana sini. Tapi still tak reti nak bersyukur. Kalau Allah tarik balik semua tu macam mana ? Tak guna kalau nak menyesal da. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu meyerahkan segalanya hanya kepada Allah.


Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tidak terhingga... Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti orang lain... Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberikan kemaafan yang ikhlas....


Ok la. Ni je yang dapat Ira kongsikan kepada korang. So, jangan marah-marah, jangan sakit-sakit hati lagi. Kalau korang still rasa penyakit ni lagi, korang try la penawar-penawar yang Ira dah sebutkan di atas. Memang mujarab. Dan Ira lah tukang eksperimen nya. Hehehe ^^ Semoga kita menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan solehah dan sentiasa akan memaafkan orang lain walaupun benda tu payah sangat kita nak buat. Selamat mencuba ^^ 

CONTEST TOPUP FREE BY AYENPUNYAWIFE

Thursday, December 18, 2014 2
CONTEST TOPUP FREE BY AYENPUNYAWIFE

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Simple Giveaway by MISSEZZATIE

Thursday, December 18, 2014 1
Simple Giveaway by MISSEZZATIE

KLIK BANNER UNTUK JOIN

SEGMEN: Kapas Putih January 15 Bloglist

Thursday, December 18, 2014 4
SEGMEN: Kapas Putih January 15 Bloglist
SEGMEN: Kapas Putih January 15 Bloglist

KLIK BANNER UNTUK JOIN


December 17, 2014

Tolong Ajar Ira Guna Nuffnang

Wednesday, December 17, 2014 2
Tolong Ajar Ira Guna Nuffnang

Assalammualaikum

Hari ni baru terbuka hati Ira nak buat nuffnang & imotiv. Dan yang sedihnya, Ira langsung tak tahu nak guna semua tu. Huhuhu ~ I need your help. Tolong Ira. Seriously memang Ira tak tahu langsung. Kalau churpchurp senang. Lain daripada yang ini. Ira merayu sangat. Dengan belas kasihan korang semua, sudi la membantu anak yang baru belajar ini. Hehehe.



see? kosong ! blank. Apa lagi. Ira memang betul-betul perlukan bantuan. Seriously Ira tak faham nak guna. Imotiv lagi satu. huhuhu. Sesiapa yang sudi membantu tu, tolong pm Ira cara-cara nak guna. Ira nak cara yang betul-betul boleh Ira faham. Please :'(

FB : syahirahvaliant

Segmen: Ini Entry terbaik 2014

Wednesday, December 17, 2014 1
Segmen:  Ini Entry terbaik 2014

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarung Pada Jari Manis?

Wednesday, December 17, 2014 1
Mengapa Cincin Perkahwinan Disarung Pada Jari Manis?

Assalammualaikum

Sekarang Ira share pasal bab ni pulak. Hehehe. Macam menarik je kan? Orang nikah selalunya sarung cincin dekat jari manis kan? Korang tahu kenapa? Tak tahu. Jom kita tahukan sama-sama ye. Kalau korang nak try pun boleh jugak. Memang interesting. :)


 Satukan kedua tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah. Agak susah la nak buat. Huhuhu ~ Sakit jari guwe. Hehehe ^^


Ikut gambar ni tau. Ikut betul-betul ! :)


 Kemudian, cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian. Oleh kerana demikian, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


 Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik). Mereka memliki keluarga sendiri dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


 Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.


 Selanjutnya, tutup jari kelingking anda. Cuba pula buka jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Memang tak boleh buka. Ira da try. nak try buka jugak ? Patah jari tu karang baru tahu. hehehe. Tahu tak kenapa tak boleh ? Kerana jari masin mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.


Pengajaran

Mungkin ianya cuma mitos, rekaan semata-mata atau sekadar kebetulan. Dan Ira tak pasti kenapa jari hantu tu kena lekuk kan. Kalau tak lekuk tak boleh ke? Tapi takpe la. Apa yang penting, selagi kita hidup di dunia yang fana ni, jangan permainkan perasaan pasangan hidup kita. Ira da pernah kena so Ira tahu macam mana sakitnya tu. Haih ! Kalau diingatkan balik memang nak kena dia tu. Sabar-sabar :) 

10 Fakta Unit Tentang Badan Tinggi

Wednesday, December 17, 2014 2
10 Fakta Unit Tentang Badan Tinggi

Seseorang sebenarnya tidak boleh menentukan dirinya tinggi atau pendek sebelum ada yang duduk di sebelahnya. Sesetengah orang berpendapat bahawa diri sendiri pendek la, tak cukup tinggi la. But, kita sebagai umat Islam, kenalah bersyukur dengan nikmat Allah. Da Allah jadikan kita macam tu, terima je la. Pendek ni bukan satu kecacatan. So, don't worry kalau anda pendek. Ok la. Ira baru tahu tentang keunikan seseorang yang mempunyai ketinggian yang tinggi. Jom kita baca sama-sama ye. Knowledge baru untuk kita. Betul tak ? :)

1. Tinggi Badan Bukan Hanya Dipengaruhi Gen

 Tubuh yang tinggi atau pendek dipengaruhi banyak hal, di antaranya variasi genetik keluarga kita. Macam Ira la. Keluarga Ira sebelah abah memang ramai yang tinggi. Dan Ira pun tergolong dalam golongan mereka. Selain itu, ketinggian juga dipengaruhi oleh makanan yang kita makan dan keadaan persekitaran. Ada beberapa kes, seseorang tu terlalu pendek dan terlalu tinggi dipengaruhi keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan seperti sindrom tertentu. Orang yang terllau tinggi pun ada penyakit jugak kan. Baru Ira tahu.


2. Tinggi Tubuh Berkaitan Dengan IQ Dan Kecerdasan


 Sebuah kajian genetik yang diterbitkan dalam jurnal PLoS menyatakan bahawa orang dengan tubuh yang lebih tinggi akan mempunyai skor sedikit lebih tinggi pada ujian IQ berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini disebabkan orang yang tinggi boleh dipastikan mempunyai "gen tinggi" sehingga "gen IQ-nya ikut tinggi". Kajian di University of Colorado juga mendapati bahawa perempuan yang tinggi lebih bijak berbanding lelaki yang tinggi.


3. Tinggi Tubuh Mempengaruhi Pilihan Pasangan

 Berdasarkan kajian psikologi yang diteliti bahawa rata-rata perempuan bertubuh pendek hingga normal akan cenderung memilih pasangan yang lebih tinggi darinya atau sekurang-kurangnya dengan tinggi yang sama. Tapi bagi Ira, Ira lagi suka pilih pasangan yang lebih tinggi. Baru sweet. Tak gitu ! ^^ hehehe. Kajian yang sama juga menjelaskan bahawa kebanyakan perempuan bertubuh tinggi memilih pasangan yang lebih pendek darinya. Sementara itu, menurut jurnal yang diterbitkan family Issues bahawa lebih dari 85% lelaki mengaku tidak kisah jika mempunyai pasangan yang lebih tinggi darinya.


4. Lelaki Bertubuh Pendek, Lebih Baik Dalam Pernikahan

 Kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal psikologi menyatakan bahawa lelaki dengan tubuh pendek ternyata jauh lebih baik untuk diajak berhubungan serius, sedangkan lelaki bertubuh tinggi yang cenderung lebih popular sebaiknya hanya dijadikan teman dating. hahaha. Macam ada kebenarannya di situ.


5. Tinggi Tubuh Mempengaruhi Peluang Kerjaya

 Perempuan dengan tubuh tinggi mempunyai peluang lebih besar dalam dunia kerjaya, sekalipun tanpa latar pendidikan yang baik. Kajian yang dilakukan di Australia ini menyatakan bahawa mereka lebih produktif menghasilkan wang dan dengan mudah boleh meningkatkan status sosialnya berbanding dengan yang bertubuh pendek. Hal ini kemungkinan besar disebabkan diskriminasi dan persepsi awam dalam respons kepada perwatakan kurang tinggi.


6. Nyamuk Senang Menggigit Tubuh Yang Tinggi

 Ternyata nyamuk akan lebih senang menggigit target yang lebih besar seperti orang dengan tubuh tinggi atau gemuk, berbanding tubuh yang pendek atau kurus. Kerana mereka akan menghasilkan lebih banyak haba, kelembapan, karbon dioksida serta bahan kimia lain yang juga menarik datangnya serangga lain. Ira setuju ! sebab Ira pun pernah kena. Nyamuk memang suka gigit orang yang lebih tinggi ni.. Ira selalu kena :D


7. Setiap Tinggi Tubuh Berpotensi Penyakit

 Berdasarkan kajian di Norway, perempuan dengan tubuh tinggi dan yang mengalami pembekuan darah pada urat terutama di bahagian kaki. Bukan hanya itu, tubuh yang tinggi juga sangat berkemungkinan terdedah kepada penyakit kanser, terutama payudara, tiroid, buah pinggang, usus dan rahim. Sementara itu, perempuan dengan tubuh pendek 1.5 kali lebih berisiko mempunyai gangguan jantung dan menggembangkan gejala.


8. Tubuh Pendek Lebih Panjang Umur

 Kajian yang dilakukan sejak tahun 1866 hingga 1915 dan diterbitkan dalam Life Sciences menyatakan bahawa orang dengan tubuh pendek akan berkesempatan hidup lebih lama sekitar dua tahun berbanding yang bertubuh tinggi. Hal ini berkaitan pada fakta bahawa tubuh pendek mempunyai risiko kerosakan DNA lebih kecil dan mampu menggantikan sel tubuhnya lebih baik.


9. Tinggi Tubuh Menyatakan Cita-Cita

 Kajian yang dilakukan di St Adrews dan Stirling University menyatakan bahawa perempuan tinggi jauh lebih hebat berbanding yang bertubuh pendek. Hal ini berdasarkan fakta bahawa tubuh perempuan tinggi lebih banyak menghasilkan tertosteron (hormon yang lebih banyak ditemui pada lelaki) berbanding perempuan pendek yang membuatnya juga bersikap lebih 'lelaki'.


10. Tinggi Tubuh Menentukan Jumlah Anak, Sekaligus Peranan Ibu

 Berdasarkan kajian yang dilakukan di beberapa Negara Eropah, perempuan pendek cenderung mempunyai anak lebih banyak berbanding yang tinggi. Sementara mereka sangat fokus pada keluarga, perempuan yang tinggi justeru menunda kehamilan atau tidak terlalu melibatkan diri dalam hal pengurusan anak.


That's all tentang keunikan sesiapa yang memiliki ketinggian yang tinggi. Semua ni berdasar fakta sains. Betul atau tidak tu kita lah yang tentukan. Tapi bagi Ira, banyak jugak betulnya dan ada jugak yang Ira tak sokong. hehehe.. Tapi nak buat macam mana kan. Orang yang pandai sains je yang tahu semua ni. 

p/s : Dah baca ? Minta jasa baik korang semua untuk KLIK SINI. Buat amal jariah sikit. :3 Dan jangan lupa tinggalkan komen ye.