October 2013 - Syahirah Valiant

October 23, 2013

kami budak KV ^.^

Wednesday, October 23, 2013 0
kami budak KV ^.^

hye2 ^^ hehe.. hari ni aku rajin pulak nak update blog.. kalau tak, memang takde nye la.. hehe xD nampak tak gambar kat atas tu ? gambar tu sebelum kitaorang pergi Dewan Besar.. ada program apa ntah.. aku pun lupa.. sempat lagi kan kitaorang tangkap gambar ? ^^


ni gambar yang kedua pulak ! ^^ tak banyak pun kitaorang tangkap gambar.. yela kan ~ nak on the way pergi sekolah kan.. tak sempat nak tangkap banyak2.. hurmm ~ k la.. ni je yang dapat aku ceritakan.. no idea maaaaa ~ hehe xD

students Kolej Vokasional Gombak a.k.a KVOG !! ^.^

October 22, 2013

persahabatan kita

Tuesday, October 22, 2013 1
persahabatan kita
floralrain | via Tumblr

kenapa persahabatn kita jadi macam ni ? kenapa ??!!! aku tak sanggup nak hadapi semua ni.. aku simpan apa yang aku rasa selama ni.. sekarang memang aku betul2 tak tahan.. aku nak luahkan segala-galanya.. tapi aku takut.. aku takut nak terus terang.. aku takut apa yang aku cakap tu akan buat kita gaduh.. aku tak nak.. tapi benda ni kena settlekan jugak.. aku tak nak persahabatn kita ni berahir macam ni..

hampir setahun kita berkawan.. hampir setahun kita duduk satu dorm.. suka duka kita kongsi bersama.. tapi kenapa kau dah lain..? aku tak tahu kau yang lain ataupun aku yang dah berubah.. aku mintak maaf kalau aku yang dah berubah.. tapi kalau aku berubah, please bagitahu.. aku tak nak kau diam je.. aku tak nak !!! kau langsung tak bercakap dengan aku.. kau langsung tak nak pandang aku.. selalunya ada time kau tegur aku walaupun kau ada masalah.. tapi sekarang tak lagi..

mungkin selama kita berkawan, aku ada terlepas cakap.. aku mintak maaf sangat2.. aku langsung tak sedar.. hurmm ~ tak pe la.. kalau kau dah tak nak bercakap dengan aku lagi.. tak pe.. aku tak kesah.. mungkin ni takdir untuk aku.. aku redha terima semua ujian ni.. 

October 18, 2013

sekolah ganti !!

Friday, October 18, 2013 0
sekolah ganti !!
Tumblr

Assalammualaikum

huh ! penatnye ~ hari ni ada sekolah ganti pulak.. tak sangka pulak.. aku fikirkan senior je yang pergi.. tup tup junior pun sekali terlibat.. hurmm ~ baru ingatkan nak membuta hari ni.. tapi tak boleh pulak.. xp esok pun sama tak boleh.. kena pergi sekolah jugak.. Ya Allah.. penatnya minggu ni.. langsung tak boleh nak rest sangat.. tadi ada taklimat pasal E-pay.. hurmm ~ aku bukannya dengar.. tidur je.. hehe xD bukan aku sorang je k yang tidur.. ramai giler yang tidur.. aku pandang belakang kepala semua da tunduk.. tu nasib duduk atas kerusi.. susah sikit nak tidur.. buat nye duduk atas lantai.. senang je nak tidur.. hoho ! ^^ sori la ye cikgu2 kitaorang tidur masa cikgu bagi ucapan.. mengantuk sangat.. mata ni berat je nak bukak.. kitaorang ambil keputusan untuk tidur je... hehe ^^

October 17, 2013

Jamuan akhir tahun asrama

Thursday, October 17, 2013 0
Jamuan akhir tahun asrama
Beautiful | via Tumblr

Assalammualaikum

hari ni busy sangat2.. sumpah penat sekarang ni.. ada je benda kena buat.. malam ni pulak kena turun sebab ada jamuan akhir tahun.. malasnye nak pergi.. kalau lah ada kelonggaran tak yah pergi.. dah lama aku tak pergi.. aku tak suka senior2 sekolah aku ni.. macam apa ntah.. boleh buat orang malu.. tu yang aku tak nak pergi.. lagipun macam tak best je.. actually, jamuan ni lebih meraikan senior2 daripada junior.. hurmm ~ tak pe la.. memang ni nasib jadi junior.. hanya perlu bersabar.. tak boleh nak buat apa.. aku kena turun jugak malam ni.. huhu.. =(

BAGAIMANA ANDA MENGUKUR KEIKHLASAN DALAM BERKAWAN???

Thursday, October 17, 2013 0
BAGAIMANA ANDA MENGUKUR KEIKHLASAN DALAM BERKAWAN???
(31) ulzzang | Tumblr

Assalammualaikum

apa itu kawan ? hurmm ~ macam menarik je kan.. ^^ korang semua ada kawan rite ? tapi korang faham tak apa maksud kawan yang sebenar ? adakah korang ikhlas menjadi seorang sahabat ? mari lah kita berfikir.. adakah selama ni keikhlasan untuk kita berkawan ada dalam diri kita ataupun tidak.. =)

Bagaimana nak tahu seseorang itu ikhlas atau tidak untuk berkawan dengan kita ? kita boleh melihat semua ni dengan perangai, riak muka ataupun keikhlasan dia untuk menolong kita semasa kita susah ~

Ada orang kata, "Ala.. pergi tanya dia, sama ada dia ikhlas atau tak berkawan dengan kita.. tapi jangan tanya dia ikhlas atau tidak sebaliknya guna ayat yang berlapis" ... Double meaning la maksudnya...

contoh, "Kau ikhlas tak berkawan dengan aku?" ... contoh je k ! ^^

Adakah dengan mengetahui dia ikhlas berkawan dengan kita menunjukkan dia ikhlas dengan kita ?? ermm ~ semua ni korang kena fikir sendiri.. korang lebih mengetahui isi hati sahabat korang.. Bagi saya, kalau kata bab-bab berkawan ni, Jangan pernah tanya dia ikhlas atau tidak berkawan dengan kita... sebaliknya, tanya diri kita, ikhlaskah aku berkawan dengan dia ... ??? kalau jawapannya ikhlas, adakah ianya benar-benar cukup ikhlas ??

Kawa bukan selalu ada masa kita memerlukan.. memang ada orang kata, "masa senang cari aku, masa susah tak la pulak kan"

We need to consider that our friends have their own comitment...

"memberi keihlasan kepada seseorang itu LEBIH BAIK daripada mengharapkan keikhlasan daripada seseorang"

Exam done !

Thursday, October 17, 2013 0
Exam done !
girl | Tumblr

Assalammualaikum

hye kawan2 blogger ku sekalian.. hehe.. dah lama aku tak update blog.. tiap kali nak update, mesti tak ada idea.. huhu ~ nasib aku la kan.. xp sekarang ni aku dah ada idea nak update.. sementara idea aku ni belum hilang lagi.. better aku cepat2 update.. hehe ~ merepek je aku ni..

exam untuk semester 2 da habis !!! yeeaaahhh !!! hehe.. heaven giler kowt.. ye la kan.. sape yang tak hepi dah lepas daripada beban belajar.. ^^ Alhamdulillah aku dapat jawab dengan elok.. berkat usaha aku dan doa ibu dengan abah.. =) terima kasih sebab dah sokong kaklong dalam apa jua keputusan kaklong.. terima kasih sebab ibu dan abah dah berjaya mendidik kaklong sehingga menjadi manusia yang berguna.. ^^ hehe... sekarang ni tinggal nak ambil result je.. harap sangat yang result aku lagi tinggi daripada result sem 1 hari tu.. sekarang ni kena fikir pasal short sem pulak.. adoyai !! kenapa la perlu ada short sem.. kalau tak de, dah lama kut kitaorang ni cuti.. ni tak.. huhu ~ tak pe la.. ~ dengan short sem tu akan ada banyak benda yang dapat aku pelajari.. kena fikir positif ^^ eh, k la.. ni je yang dapat aku update untuk hari ni.. kita jumpa di lain hari pulak ye.. ^^ bubye ~ Assalammualaikum..

October 03, 2013

sayang awak :*

Thursday, October 03, 2013 0
sayang awak :*

Assalammualaikum

sebelum ni aku selalu menangis disebabkan perangai dia.. dia lain sangat sejak akhir2 ni.. aku macam dah nak putus asa je dengan hubungan kitaorng ni.. aku dah tak sanggup nak hadapi semua ni.. sumpah aku dah tak sanggup ! semalam jugak aku settlekan masalah ni dengan dia.. aku paksa dia balik awal.. jangan nak lepak2.. aku kena selesaikan jugak.. aku dah tak sanggup nak tahan sakit hati ni.. aku nampak macam dia buat tak tahu je pasal aku.. dia dah tak pedulikan aku.. tu yang aku sedih sangat2.. hurmm ~

tapi Alhamdulillah.. =) aku dengan dia dapat jugak selesaikan masalah kitaorang ni.. nasib baik dia tak marah2 aku.. hurmm ~ aku rindukan dia yang dulu.. bukan yang sekarang.. bersyukur sangat sebab Allah masih tetapkan dia untuk aku.. aku gembira sangat.. =) aku ingatkan yang aku dengan dia bakal tak de apa2 da... macam2 aku fikir semalam.. aku tak sanggup kehilangan dia.. aku tak nak dia tinggalkan aku.. aku tak sanggup.. aku cuma nak kasih sayang dia je.. tak lebih dari itu.. aku cuma inginkan tu je.. hope yang dia faham aku.. ^^ nampak tak gambar dekat atas tu ? sweet rite ? ^^ aku nak sangat kitaorang bina keluarga yang bahagia macam gambar dekat atas tu satu hari nanti.. InsyaAllah.. ^^

October 02, 2013

my heart poppp !!

Wednesday, October 02, 2013 0
my heart poppp !!
love pink tumblr - Buscar con Google

Assalammualaikum

Ya Allah.. sakitnya hati aku ni.. sakit sangat2.. dia tak pernah faham tentang perasaan aku ni.. dia buat hal dia je.. semalam aku luahkan segala-galanya.. dia buat aku ni macam tunggul.. aku rasakan yang diri aku ni bodoh sebab lama tunggu dia.. dia tak perasan ke semua tu ? atau dia buat bodoh je dengan perasaan aku ni.. -_- aku sedih.. menyesal.. segala-galanya ada.. aku tak nak diri dia yang sekarang.. aku nak diri dia yang dulu.. 

aku dapat rasakan yang lain dalam diri dia tu.. dia langsung dah tak pedulikan aku.. dia buat bodoh je pasal aku.. masa mesej pun dia tak nak je.. sapa yang tak sakit hati kan.. hurmm ~ aku dapat rasakan yang dia ada orang lain.. aku call pun dia tak angkat.. sekarang ni dia langsung tak ada call aku.. penat ak tunggu dia.. tapi dia buat tak tahu je.. aku tak kasi dia lepak selalu sebab aku care pasal dia.. aku tahu dia penat keje.. sebab tu aku tak nak kasi dia lepak selalu.. aku kasi jugak dia lepak kan.. hurmm ~ dia cakap aku langsung tak faham dia.. tak pe la kan.. mungkin ni takdir aku.. aku berserah je pada Allah tentang hubungan aku ni.. kalau ada jodoh ada la ~ kalau tak ada mungkin ada yang lebih baik daripada dia untuk aku.. aku kena ingat, Allah mahukan yang terbaik untuk hamba-hambanya.. =) aku kena ingat tu ! ^^