I Miss You - Syahirah Valiant

Post Top Ad

July 10, 2013

I Miss You

Random. | via Facebook 
 
Assalammualaikum
 
hari ni mood aku langsung tak ok.. ni berpunca daripada kisah pagi tadi.. aku tak sangka yang benda ni akan jadi.. hurmmm ~ =( aku penat2 call dia pagi tadi semata-mata nak suruh dia bangun sahur..  aku da faham perangai dia.. memang susah nak bangun pagi.. sebab tu la aku sebagai makwe dia nak kejutkan.. tapi aku tak sangka yang dia akan buat aku macam tu.. aku memang betul2 tak sangka.. aku bangun awal disebabkan nak kejut dia.. aku baru topup semata-mata nak call dia suruh bangun sahur... tapi dia langsung tak hargai aku.. seriuosly, sekarang ni aku sedih sangat2.. nak je sekarang ni aku menangis.. tapi aku tak nak.. aku kena tunjukkan dekat dia yang aku bukan seorang yang kuat menangis..

dia angkat call aku macam nak tak nak je.. then cakap pun macam nak tak nak je.. kata tengah mamai bangun tidur la apa la.. aku kenal suara dia bile mamai.. dia da lama bangun aku rasa.. suara dia tadi bukan macam orang mamai.. aku tak sangka yang dia tipu aku,.. hati aku ni sakit sangat.. last2 aku matikan je call tu.. tak ada guna aku call dia sedangkan dia tak nak cakap dengan aku.. aku da buat keputusan.. aku takkan call atau mesej dia lagi.. biar la dia yang mulakan dulu.. aku da tak sanggup nak sakit hati.. aku tak sanggup !! kalau dia betul2 sayangkan aku, dia akan ingat aku.. dia akan cari aku.. tapi kalau dia still tak call atau mesej.. tak pe la.. aku redha.. mungkin bukan ketentuan untuk aku bersama dengan dia..

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad