July 2013 - Syahirah Valiant

July 30, 2013

RAMADHAN SHORT SEGMEN BY SYIERA

Tuesday, July 30, 2013 0
RAMADHAN SHORT SEGMEN BY SYIERA

nak join ? klik banner dekat atas ni tau tau .. ^^

Assalammualaikum

hoho ~ Ira join segmen lagi hari ni.. tak tahu la kenapa sekarang ni Ira rajin sangat nak join segmen.. ^^ tapi apa2pown, segmen ni menarik perhatian Ira.. nak tahu kenapa ?

  • sebab hadiah yang ditawarkan semuanya menarik ^^ tak caya ? pergi tengok senarai hadiah..
  • then, syarat2 pun simple sangat.. tak ada banyak sangat syarat.. n.n
- Ira tag 2 kawan blogger Ira ni ye ^^
Syirock Nyotnyot
Nurin Damia

July 29, 2013

1 Week Duo Raya Giveaway

Monday, July 29, 2013 0
 1 Week Duo Raya Giveaway

"Topup Giveaway by Nur Nabilah"

Monday, July 29, 2013 0
"Topup Giveaway by Nur Nabilah"

got a new watch !!

Monday, July 29, 2013 0
got a new watch !!
Tumblr | via Tumblr 

Assalammualaiku

k, actually Ira nak update pasal ni semalam.. tapi tak berkesempatan pulak da ~ asyik busy je kan ~ hehe xD semalam Ira baru keluar jalan-jalan dengan dia.. actually keuar jalan-jalan dengan parents Ira.. tapi bila da sampai dekat ioi.. ada pulak si dia ni.. haizz ~ suka sangat buat suprise !! ibu pun bukan nye nak cakap yang dia pun ada sekali.. tapi apa2pun Ira happy giler bila nampak dia dekat ioi.. Ira asyik teringat dia je semalam.. tapi macam dia tahu2 je yang Ira ingat dia.. tu yang dia datang kowt.. hehe xp

semalam sehari suntuk Ira asyik dengan dia.. padahal nak shopping dengan family.. tapi disebabkan ibu pun da halau aku suruh ikut dia.. Ira ikut je la ~ huhu .. kesian tak ? xp sebenarnya dalam hati suka.. tapi malu.. xD masa jalan2 dia ada tanya mana jam dekat tangan tu.. eh, jam mesti la dekat tangan.. hehe *loyar buruk jap* then Ira cakap dah habis bateri.. mula2 dia diam je.. ok, tak pe la ~ tak ada respon.. hehe xD pas tu tengah jalan2 ternampak kedai jam.. dia ajak Ira masuk kedai tu.. Ira macam dah agak da apa yang dia nak buat.. dia belikan Ira jam.. huhu ~ terharu giler.. kalau jam murah tak pe la jugak.. ni mahal kut.. campur dengan jam dia sekali.. tapi apa2pun Ira hargai sangat2 pemberian dia.. Ira akan jaga jam ni macam nyawa Ira sendiri.. InsyaAllah.. =) 

yang paling Ira terkejut.. dia beli jam couple untuk kitaorang.. huhu ~ ni lagi terharu.. banyak pengorbanan yang dia da buat dekat Ira.. Ira sayang dia sangat2.. :3 ntah apa lagi la dia nak beli lepas ni.. tapi lepas ni Ira tak nak terima pemberian dia selagi dia tak terima pemberian Ira.. hehe.. da la dia susah nak terima pemberian orang.. ni je la cara nye !!! hehe xD ok la.. tak tahu nak cakap apa da.. kalau ada apa2 lagi Ira update k ^^

July 27, 2013

day at home ~

Saturday, July 27, 2013 0
day at home ~
If youre lucky enough to be different never change 

Assalammualaikum

minggu ni hari khamis da start cuti.. tapi asyik duduk dekat rumah je.. Ya Allah !! sumpah bosan.. ibu tak ajak pergi mana2 pun.. ibu boleh pulak dating dengan abah g jusco.. lepas tu tinggalkan kitaorang semua dekat rumah.. bosan tahu !! bila dekat asrama bukan main lagi excited nak balik.. tapi bila dah balik rumah.. bosan sangat2.. aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.. asyik menghadap lappy ni je.. mana mata tak rabun kan.. xD da ni je aku boleh buat.. nak buat macam mana kan ^^ hurmm ~ cuti korang macam mana ? best tak ? mesti shopping sakan ni kan.. hehe xp .. tahu da.. ermm, k la.. ni je idea aku untuk update hari ni.. nanti aku update lagi k ^^ bubye ~ Assalammualaikum..

July 25, 2013

1 August 2013

Thursday, July 25, 2013 0
1 August 2013
Wall Photos 

Assalammualaikum

dah tak lama kan 1 August tu.. k, korang nak tahu tu tarikh apa ? hurmm ~ tarikh tu la yang bakal menggembirakan Ira ataupun bakal mengecewakan Ira.. walaupun Ira sekolah KV.. memang subjek senang.. *sem 1 je la* tapi kalau da result keluar.. memang confirm la semua orang takut right ? macam tu la jugak Ira.. memang tengah takut.. ye la kan ~ Ira takut kecewakan ibu dengan abah lagi.. Ira tak nak kecewakan diaorang.. tarikh tu debaran untuk budak KV Gombak tahun 1.. result semester 1 kami akan keluar tak lama lagi.. huhu ~ takutnya ~~

memang Ira dah tahu result Ira.. tapi korang faham2 la kan.. result lembaga peperiksaan dengan result cikgu lain kan ?.. tu yang Ira takutkan.. kalau markah menaik tak apa.. ni kalau menurun.. arghhh !! Ira tak dapat terima.. hurmm ~ benda da lepas kan.. redha je la.. kena buat yang terbaik lagi untuk semester 2 ni.. ambil je la result semester 1 tu.. tu usaha Ira selama ni.. btw, good luck untuk budak2 KV yang bakal ambil result.. tarikh kita ambil result tak sama.. lain KV lain tarikhnya.. apa2pown good luck ye ^^ doakan kejayaan Ira ye.. =)

July 24, 2013

Trial PMR !!

Wednesday, July 24, 2013 0
Trial PMR !!
Apricity | via Tumblr 

Assalammualaikum

eh korang.. hari ni trial PMR right ? k, Ira baru ingat.. hehe =D tahun ni 2 orang adik Ira nak trial.. sorang da lepas da trial UPSR.. tunggu nak exam betul je.. sekarang ni adik Ira yang trial PMR ni pulak.. macam mana la agaknya dia jawab kan ? hurrmmm ~ gud luck tau angah !! kaklong hanya dapat doakan kejayaan kau dekat asrama ni je.. kaklong tak dapat nak tolong ajarkan kau.. semoga kau jawab dengan tenang tau !! jangan nak berkpop2 sangat da sekarang ni.. fokus dekat study kau 2 dulu.. da habis exam nanti layan la kpop kau tu puas2 ^^ giliran korang 2 pulak kena banggakan ibu dengan abah.. kaklong da tak berjaya banggakan diaorang.. result kaklong tak seberapa.. kaklong tahu adik2 kaklong ni pandai.. keep it up !!! teruskan berusaha.. yang penting doa ye ^^ sebelum gi exam tu salam ibu dengan abah.. minta restu diaorang.. baru berkat apa yang kau belajar.. gud luck ye !! ^^

Solat Istikharah

Wednesday, July 24, 2013 0
Solat Istikharah
Don't forget to say Alhamdulillah ! <3 

Assalammualaikum

k, ni post yang pertama Ira untuk hari ni.. hehe xD pagi2 lagi da ada idea nak update apa.. ^^ orang cakap.. otak kita cergas bila pagi2 cenggini.. Ira setuju !!! korang pernah dengar tak pasal solat istikharah ni ? mesti la pernah kan.. korang pernah buat tak ?  Ira nak try buat.. da ada niat da nak buat.. tapi tu la.. Ira takut ~ =(

Ira takut sebab Ira nak dapat petunjuk sama ada Syafiq adalah jodoh aku yang sebetulnya ataupun tidak.. kalau betul Alhamdulillah ~.. tapi kalau tak.. Ira takut sangat.. Ira takut yang Ira tak boleh nak terima semua ni.. Ira tahu semua ni salah.. Ira kena terima seadanya walau apapun keadaan.. tapi Ira betul2 sayangkan dia.. Ira tak sanggup nak kehilagan dia.. Ira dapat rasakan yang dia adalah yang terbaik untuk Ira.. tapi apa2pun cara yang terbaik adalah dengan buat solat istikharah.. hurmm ~ kalau kita da ada niat nak buat.. kita kena buat rite ? ^^ InsyaAllah Ira akan buat.. InsyaAllah.. korang doakan Ira k.. =) semoga Syafiq adalah jodoh Ira yang telah ditetapkan oleh Allah =) Ira berharap sangat yang jodoh Ira adalah dia.. Aminn ~ :)

July 23, 2013

I'm Proud !

Tuesday, July 23, 2013 0
I'm Proud !
 proud to be a Muslimah ♥ 

Assalammualaikum

nampak tak gambar yang  Ira post tu ? ^^ nampak right ? ok, Ira update post macam ni bertujuan untuk menyedarkan kita semua daripada lalai dengan dunia yang sementara ni.. yela kan ~ ramai remaja yang ambil mudah dengan benda ni semua.. lagipun sekarang kan tengah bulan Ramadhan.. bulan yang penuh dengan barakah.. hah !! ini la masanya untuk kita berubah ke arah kebaikan.. memang susah untuk kita ubah diri kita ke arah kebaikan.. Ira akui semua tu.. tapi kita janganlah putus asa k.. ^^ kalau kita berusaha.. InsyaAllah Allah akan bersama kita.. Allah akan bantu kita untuk kita berubah ke arah kebaikan..

Ira pasti korang semua berpendapat bahawa perempuan yang bertudung ni sangatlah comel kan? ^^ Ira pun terpesona bila tengok seorang perempuan bertudung dengan sempurna.. sejuk je mata memandang.. yang siapa2 free hair sekarang ni.. Ira pasti yang diaorang pun ada niat nak pakai tudung.. tapi tu la kan manusia.. ada je halangan yang tak boleh.. ok, semua tu hasutan syaitan k.. korang kena lawan apa semua yang syaitan hasut kita.. InsyaAllah kita akan berjaya bertudung ^^ 

kadang kala ada lelaki yang berani tegur perempuan yang free hair ni untuk bertudung.. wahh !! Ira suka lelaki macam ni.. nampak sangat yang dia ambil berat tentang dosa perempuan.. nak tahu tak.. perempuan senang masuk syurga.. dan perempuan jugak la senang nak masuk neraka.. so, janganlah kita jadi salah seorang penghuni neraka ni.. =) pas tu kan.. kadang kala adalah boyfie yang sanggup tegur kekasih hati dia untuk bertudung.. k !! jangan korang merajuk bila dia cakap macam tu.. korang ikutlah cakap dia.. dia lah bakal imam awak yang paling tepat !! dia sayang dekat korang sebab tu la dia cakap macam tu.. Ira pun pernah kena tegur dengan syafiq sebab keluar rumah semata-mata nak buang sampah tak pakai tudung.. hoho ! takut ~ terus Ira pakai tudung bila nak keluar rumah..

ni je la yang dapat Ira post.. lain kali Ira post lagi k ^^ Ira berdoa supaya semua muslimah bertudung di atas muka bumi Allah ni.. aurat kita ni hanya untuk suami je k.. ingat tu !! amaran keras ~ hehe.. xD k la.. Assalammualaikum =)

Ira mintak maaf kalau post ni buat korang terasa.. tapi ni la pendapat Ira.. hope korang faham k.. =) xmau marah2.. bulan puasa ~ ^^

Wordless Wednesday

Tuesday, July 23, 2013 0
Wordless Wednesday

July 22, 2013

ini ke dinamakan kawan ?

Monday, July 22, 2013 0
ini ke dinamakan kawan ?
ulzzang | Tumblr

Assalammualaikum

ini ke yang korang katakan kawan ? aku terasa dowh dengan perangai korang.. seriously terasa.. korang memang tak perasan apa yang korang buat.. nevermind ~ aku pun malas nak fikir semua tu da.. semalam masa solat.. ada korang panggil aku join korang duduk saf depan ? tak ada kan .. korang sanggup tinggalkan aku sorang2 dekat belakang.. aku ada buat salah dekat korang kew ? aku rasa tak ada.. tapi kalau korang rasa ada.. aku mintak maaf banyak2.. mungkin aku tak sedar..

yang sorang ni pulak.. kalau tak ada kawan cari aku.. bila da ada dia.. kau tinggalkan aku.. kau langsung tak hargai aku.. aku pun tak nak dihargai.. tapi sekurang-kurangnya janganlah tinggalkan aku terkontang-kanting sorang2.. sanggup kan kau buat aku macam ni ? ini ke dinamakan kawan hah ??!! aku bukan nak marah korang.. akunak korang sedar.. aku ni bukan tunggul.. bila korang nak.. korang cari aku.. bila korang tak nak.. korang biarkan aku macam tu je.. seriously aku kecewa dengan korang.. selama aku berkawan.. aku tak pernah terasa macam ni.. asal dengan korang aku rasa macam ni ek ?? hurmm ~ kalau korang nak teruskan perangai ni.. korang teruskan la.. jangan cari aku da.. kalau satu hari nanti aku tak ada.. jangan hiraukan aku da.. anggap je aku ni tak pernah wujud dalam hidup korang.. hurmm ~ aku rasakan la.. kalau aku tak ada nanti baru korang nak hargai aku.. huh !! semua tu da tak ada makna apa2 da..

I really miss him !

Monday, July 22, 2013 0
I really miss him !
إمْتِنـآنْ مُحَمدْ | via Tumblr

Assalammualaikum

da 2 hari tak otp dengan dia.. rindu dia sangat2.. hurmm ~ dia ada jugak membantah bila aku cakap tak nak otp bila waktu sekolah.. tapi bila aku terangkan baru lah dia faham.. aku tak nak otp waktu sekolah sebab nanti aku asyik mengantuk je.. last2 tidor dalam kelas.. aku tak nak la macam tu.. kang tak pasal2 pointer aku menurun.. kena berkorban demi masa hadapan.. eceh ~ hehe xD

tapi tak pe.. hari khamis nanti otp la puas2 ^^ hehe.. aku da start cuti khamis ni.. hepi giler kot.. bila dia dengar pun dia tak sabar2 nak tunggu hari khamis.. kadang2 aku penat jugak nak melayan perangai dia tu.. macam budak2.. tapi aku layan jugak sebab aku sayangkan dia.. hope sangat yang dia tak bosan melayan aku.. =D aku ni pun kadang2 perangai macam budak2.. cuma dia je tahu macam mana susahnya nak pujuk aku bila aku merajuk.. hewhew ~ =) aku sayang dia sangat2.. semoga hubungan kitaorang ni berkekalan hingga ke akhir hayat.. aku tak sanggup nak kehilangan dia.. InsyaAllah aku akan jadi yang halal untuknya.. dia pun da ada niat macam tu.. Alhamdulillah ~ InsyaAllah kitaorang akan ada ikatan yang sah.. aminn ~ =)

July 18, 2013

sentap dowhh !!

Thursday, July 18, 2013 0
sentap dowhh !!
kfashion | via Tumblr 

Assalammualaikum

argghhh !!! tension aku dowh.. duduk asrama ni macam2 hal yang aku alami.. semuanya masalah bagi aku.. membebankan betul !!! kadang2 aku da tak sanggup nak duduk asrama ni.. better aku pergi sekolah lama balik.. aku da tak tahan nak duduk asrama ni.. kat sini aku tak pernah jumpa kawan yang betul2 ikhlas terima aku.. aku rindu kawan2 lama aku.. seriously rindu.. aku rindu diaorang sangat2.. :'(

aku sentap giler tadi.. dekat dewan makan kau buat hal kan.. mood aku da elok tibe2 kau pulak yang spoil kan.. pikir bagos ???!!! kau pandai sentap dengan perangai orang lain.. tapi kau tak fikir yang orang pun sentap dengan perangai kau.. sekarang ni memang aku tak boleh nak maafkan kau.. seriously tak boleh k !!! aku da serik.. nanti kau buat balik.. kau memang tak pernah nak fikir perasaan aku ni.. kawan jenis apa kau ni ??!!! arrrggghhhh !!! serabut betul bila fikir balik.. biar je la benda ni berlalu macam tu je.. malas aku nak fikir..

July 17, 2013

Friday coming !!

Wednesday, July 17, 2013 0
Friday coming !!
◄~ Ulzzang Dream ~► | via Tumblr 

Assalammualaikum

hye korang !! korang semua sihat ? hope korang sihat k.. hehe ^^ hari ni terlebih semangat lak nak datang sekolah.. selalunya tak.. tak pernah k aku semangat nak pergi sekolah macam ni.. semangat ni ada sebab tau.. hehe xD esok da jumaat kan ? huhu ~ cepat je masa berlalu.. da seminggu da kita puasa kan.. esok pon budak2 asrama balik.. yeaahhh !!! termasuk la aku... hehe.. tu yang terlampau semangat nak datang sekolah je ni.. xD tapi confirm ada budak asrama yang tak boleh balik jugak.. simpati untuk korang.. tak pe la.. raya nanti dapat la korang merasa nak balik kan ^^ cuti lama rite ?  yela kowt.. aku maen bantai je cakap macam ni.. sekolah aku cuti lama.. tak tahu la pulak sekolah korang kan ... =) k la.. kita berjumpa di lain entri ye.. hehe ^^ bubye.. ~ Assalammualaikum

July 15, 2013

Awak yang dulu da kembali

Monday, July 15, 2013 0
Awak yang dulu da kembali
it does not matter how slow you go | via Tumblr 

Assalammualaikum

aku bersyukur sangat.. dia yang dulu da kembali.. Alhamdulillah ~ aku tak sangka yang dia akan faham perasaan aku.. seriuosly aku sayang giler2 dekat Syafiq.. aku tak tahu la kenapa.. banyak2 lelaki yang pernah aku couple.. dengan dia lah yang aku rasa hidup aku ni lengkap.. dialah pelengkap hidup aku.. InsyaAllah dia akan jadi pelengkap hidup aku untuk selama-lamanya dan akan menjadi imam aku yang soleh.. Amin ~ aku tak tahu la kenapa.. aku susah sangat nak lepaskan dia..  tapi Alhamdulillah yang dia tak pernah tinggalkan aku.. aku bersyukur sangat...

semalam kitaorang selesaikan masalah kitaorang ni.. otp sampai 3 jam.. tak pernah2 aku buat macam ni.. then yang selebihnya kitaorang sweet2.. ecehhh ~ hehe xD sekejap je kitaorang settle kan masalah ni.. tak nak besar2kan masalah.. yang da lepas tu lepas.. sekarang ni buka buku baru.. aku dengan dia akan tetap bersama hingga akhir hayat aku... InsyaAllah.. k la.. disebabkan aku terlalu happy.. aku tak tahu nak update apa lagi da .. eh, ada pulak macam tu kan.. hehe xp

July 14, 2013

I'm sick because of you

Sunday, July 14, 2013 0
I'm sick because of you
(8) girl | Tumblr 

Assalammualaikum

hari ni mood aku tak berapa nak baik.. macam2 masalah ada dalam kepala aku ni.. aku tak tahu nak settle kan macam mana..  aku tak nak minta pertolongan orang lain.. aku nak cuba selesaikan masalah aku ni sendiri.. masalah aku, so aku lah orang yang kena bertanggungjawab selesai kan..

aku tengah tak faham kenapa perangai syafiq sampai macam tu.. dia asyik nak marah aku je.. kadang2 kalau tak marah, dia suka sangat cari pasal dengan aku.. dia buat aku sakit hati.. perbuatan dia tu seakan-akan macam nak aku jauh dengan dia.. aku dapat rasakan tu.. tapi kenapa dia buat aku macam tu ???!!! aku tak faham.. aku ada buat salah ke dekat dia ???!!! bila aku tanya dia, dia kata tak ada.. tapi kenapa perangai dia macam tu.. kenapa ???!!! aku sayang dia sangat2.. aku sayang dia !!! aku tak nak kehilangan dia.. aku nak hidup dengan dia untuk selama-lamanya.. tapi kenapa dia berubah ??? :'( aku nak dia yang dulu.. aku nak syafiq yang dulu.. aku tak nak dia yang sekarang..

sekarang ni pun aku tengah tak sihat.. aku rasa macam nak demam je.. tapi apa2pun aku kena gagahkan diri aku ni untuk lalui semua benda ni.. InsyaAllah aku boleh.. aku demam ni pun sebab asyik fikirkan dia.. awak,,... tolong la maafkan saya kalau saya ada buat salah dekat awak.. saya betul2 sayangkan awak.. saya tak nak kehilangan awak.. please jangan buat saya macam ni.. saya sanggup sakit disebabkan awak.. saya sakit ni pun disebabkan saya risau dengan awak.. saya betul2 nak kita bersama selama-lamanya.. usia hubungan kita ni da masuk 2 bulan.. takkan awak nak biarkan hubungan kita ni macam tu je ? nak hubungan tergantung ?? saya tak nak wak.. saya tak sanggup.. please hargai saya selagi saya ada di sisi awak.. saya takut nanti saya da tak sempat nak bergembira dengan awak lagi.. please.. ~ saya merayu wak.. =( saya merayu pada awak.. tapi kalau awak da tak nak hargai saya.. tak pe la.. saya redha.. jika suatu hari nanti saya da tak ada untuk awak.. awak jangan sedih k.. awak carilah pengganti yang lebih baik dari saya.. saya da tak boleh nak jaga awak.. saya da tak boleh nak selalu ada di samping awak.. masa tu la awak takkan jumpa saya lagi.. dan saya pun da tak dapat tengok senyuman awak.. hee =D awak cari lah kebahagian awak k.. saya pun akan cari kebahagian saya di sana.. InsyaAllah.. =) thankx sebab dapat terima saya sebelum ni.. saya nak awak tahu.. saya ikhlas menyintai awak.. ^^

July 10, 2013

I Miss You

Wednesday, July 10, 2013 0
I Miss You
Random. | via Facebook 
 
Assalammualaikum
 
hari ni mood aku langsung tak ok.. ni berpunca daripada kisah pagi tadi.. aku tak sangka yang benda ni akan jadi.. hurmmm ~ =( aku penat2 call dia pagi tadi semata-mata nak suruh dia bangun sahur..  aku da faham perangai dia.. memang susah nak bangun pagi.. sebab tu la aku sebagai makwe dia nak kejutkan.. tapi aku tak sangka yang dia akan buat aku macam tu.. aku memang betul2 tak sangka.. aku bangun awal disebabkan nak kejut dia.. aku baru topup semata-mata nak call dia suruh bangun sahur... tapi dia langsung tak hargai aku.. seriuosly, sekarang ni aku sedih sangat2.. nak je sekarang ni aku menangis.. tapi aku tak nak.. aku kena tunjukkan dekat dia yang aku bukan seorang yang kuat menangis..

dia angkat call aku macam nak tak nak je.. then cakap pun macam nak tak nak je.. kata tengah mamai bangun tidur la apa la.. aku kenal suara dia bile mamai.. dia da lama bangun aku rasa.. suara dia tadi bukan macam orang mamai.. aku tak sangka yang dia tipu aku,.. hati aku ni sakit sangat.. last2 aku matikan je call tu.. tak ada guna aku call dia sedangkan dia tak nak cakap dengan aku.. aku da buat keputusan.. aku takkan call atau mesej dia lagi.. biar la dia yang mulakan dulu.. aku da tak sanggup nak sakit hati.. aku tak sanggup !! kalau dia betul2 sayangkan aku, dia akan ingat aku.. dia akan cari aku.. tapi kalau dia still tak call atau mesej.. tak pe la.. aku redha.. mungkin bukan ketentuan untuk aku bersama dengan dia..

July 09, 2013

Salam Ramadhan

Tuesday, July 09, 2013 0
Salam Ramadhan
ramaghan 

Assalammualaikum

hye korang.. salam ramadhan untuk semua umat Islam yang mengenali diri ini... hehe.. ayat tak boleh blah.. xp so, da masuk bulan ramadhan kan kita ni.. bulan yang penuh dengan barakah... bulan yang penuh dengan kemuliaan.. jadi janganlah kita sia-siakan bulan ramadhan ni.. kita kena bersyukur sebab kita masih sempat untuk menemui bulan ramadhan.. gunakan kesempatan ni sebaik mungkin ye ^^

bangun sahur tak ni ? heee xD korang sahur apa tadi ? share2 la sikit ye.. *sibuk je nak tahu* puasa jangan tinggal2 tau.. berdosa ~ melainkan kalau kita tinggal puasa bersebab.. tu tak pe.. tapi jangan lupa ganti pulak da ye.. k la.. ni je yang sempat aku update untuk hari ni.. post aku yang pertama untuk bulan ramadhan ni.. kalau ada kesempatan, aku update lagi ye.. bubye ~ Assalammualaikum ^^

July 08, 2013

struggle ~

Monday, July 08, 2013 0
struggle ~
Studying | via Facebook 

Assalammualaikum

hurmm ~ kehidupan dekat asrama ni tersangat lah busy.. aku pun da tak larat dengan apa yang aku hadapi ni.. kadang-kadang aku stress giler duduk dekat asrama ni.. aku rasa macam nak keluar je dari asrama ni.. tapi aku pikir ibu dengan abah yang mengharapkan aku duduk asrama, aku gagahkan jugak diri ni untuk terus berada dalam asrama ni.. hurmm ~ kadang-kadang aku terpikir jugak ada baiknya aku terus sekolah dekat sekolah lama.. Ya Allah.. Kau gagahkan lah aku menempuh liku-liku kehidupan dalam asrama ni.. Kau berikanlah aku kekuatan Ya Allah.. =')

July 06, 2013

Shopping !

Saturday, July 06, 2013 0
Shopping !
Love Life. 

Assalammualaikum

hye korang.. semua sihat ? Alhamdulillah kalau semua sihat.. =) sekejap je kan masa berlalu.. rabu ni da nak puasa.. dengan kesempatan ni.. aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.. jangan ponteng2 puasa ye.. hehe ^^ memandangkan puasa da nak dekat.. mesti da ramai yang da shopping kelengkapan untuk raya.. termasuk lah aku ni.. ni pun baru balik dari shopping2.. hehe ^^ aku kalau da bab shoppig nombor satu.. walaupun penat.. tapi best.. banyak betul aku dapat.. just kasut & tudung je belum.. tak pe la.. tu lain kali pun tak apa.. kesian pulak aku tengok ibu kena keluarkan duit banyak2 semata-mata untuk anak2 dia.. kalau sorang tak pe la jugak.. ni 4 orang.. hah !! hambik koeee !!! xp ntah bapa ribu da ibu spent kan.. dengan abah dengan ibunya tak kira lagi.. apa2 pun thankx ibu :*

kaklong hargai apa yang ibu belikan untuk kaklong ni.. =) korang da shopping untuk raya da ? mesti ada yang da and ada yang belum kan ^^ aku ajak ibu dengan abah shopping awal2 sebab masa puasa nanti aku malas nak keluar.. penat ~ lagipun alang2 aku da balik kan.. sekali shopping la.. hehe =D ada time ni kan.. aku tak sangka yang ibu akan beli aku jubah.. bukan jubah biasa k.. jubah jeans.. kan mahal tu.. seluar jeans yang kita selalu beli tu pun da mahal rite ? ni apa lagi baju.. lagi berganda2 la mahalnya.. seriously aku memang tak sangka yang ibu akan belikan jugak.. aku da lama jugak la cari jubah macam tu.. tak sangka pulak jumpa dekat nilai 3.. Alhamdulillah ~ first2 tu aku tak nak cakap yang aku nak baju tu.. takut ibu tak kasi sebab baju tu seriously mahal.. nanti kecewa pulak kan.. lebih aku diam.. hehe xD last2 ibu kata kalau nak baju tu ambik la.. aku terkejut la jugak..

aku cakap la baju tu mahal sangat.. kaklong tak nak menyusahkan ibu je.. then ibu cakap ambik je.. aku pun apa lagi.. ambik la.. da dapat green light kan.. hehe.. tapi aku teragak2 gak nak ambik.. sebab baju tu memang mahal gilerr !! lebih baik ibu gunakan duit tu untuk hal lain.. tapi tak pe la.. ibu da suruh ambik kan.. ibu kata hadiah katanya.. hehe.. thankx very2 much ibu :* tahun ni aku dengan family sedondon lagi.. wahhh !!! aku suka gilerr bila dapat sedondon.. =) aku tak tahu la kenapa.. aku memang suka sedondon.. aku rasa macam hari bila kitaorang satu family pakai sedondon, rasa macam kitaorang rapat sangat.. tapi ada jugak kan orang yang tak suka sedondon dengan family.. aku tak paham betul.. aku nye tema warna tahun ni oren+putih.. so, jadi lah warna ??? alaaa ~ pandai2 korang la kan.. hehe =D korang punya pulak macam mana ? share2 la sikit ye ^^ 

July 04, 2013

It's the time

Thursday, July 04, 2013 0
It's the time
Ulzzang Girl 

Assalammualaikum

yeahhh 2 !!! hehe.. hari da hari jumaat.. and sekarang ni pun da kol 12.. kejap lagi boleh balik.. hehe .. excited giler kowt ! tak sabar nya nak balik rumah.. rindu rumah sangat2.. and aku balik ni pun dapat la jugak aku release kan tension aku selama aku ada dekat sini ^^ budak2 asrama confirm ramai yang balik hari ni kan ? ^^ seronok la korang ~ hati2 ye balik tu.. =)

July 03, 2013

tension !

Wednesday, July 03, 2013 0
tension !
ulzzang girl  | via Tumblr 

Asslammualaikum

hurmm ~ kebelakangan ni aku asyik tensio je.. asyik nak menangis je.. kadang2 hati ni pun sakit jugak.. macam2 masalah yang aku dapat 3 hari yang lepas.. aku tak dapat ketenangan masa 3 hari tu.. aku tak paham kenapa aku jadi macam tu.. -_- semua nak cari pasal dengan aku.. hurmm ~

da la tension dengan assignment2 yang cikgu kasi.. pas tu bertambah pulak dengan masalah aku.. aku memang terasa giler dengan perangai kawan2 dorm aku sejak kebelakangan ni.. aku tak paham la kenapa diaorang berperangai macam tu.. seriuosly aku terasa.. aku tak nak bagi tahu diaorang yang aku terasa dengan perangai diaorang.. ni sebab aku sayangkan diaorang.. aku tak nak la diaorang pikir lain.. so, aku diam je la.. biar la aku je yang hadapi semua ni.. diaorang tak bersalah.. maybe aku ada buat salah dekat diaorang kut sampai diaorang buat macam tu.. hurmm ~ nevermind la.. ! kadang2 sakit kepala aku pikir benda2 macam ni.. lebih baik aku pikirkan cara macam mana nak siapkan assignment2 aku ni semua.. ni lagi penting.. =)

nasib baik la semalam si dia teman aku seharian.. bukan semalam je.. sejak aku asyik tension ni... dia lah peneman aku.. dialah tempat aku curahkan segala-galanya.. aku sayang dia sangat2.. dia faham keadaan aku.. dia sabar je dengan karenah aku.. kadang2 aku kesian jugak dengan dia.. tapi nak buat macam mana kan.. aku kalau da tension memang macam ni perangai.. xp tapi apa2pun aku berterima kasih sangat dengan dia sebab da bagi kata2 semangat dekat aku.. aku ada jugak nak cite dekat ibu pasal aku tension ni.. tapi dia tak kasi sebab dia kata nanti menyusahkan ibu pulak.. alolo ~ baiknya awak.. saya pun ada terfikir jugak, kalau saya cite kat ibu.. mesti menyusahkan je.. yela kan ~ da la dengan hal2 rumah then hal2 keje.. huhu.. ~ 

July 02, 2013

Minggu balek !!

Tuesday, July 02, 2013 0
Minggu balek !!
Kim Seuk Hye aka Joo~ 

Assalammualaikum

time untuk ber-blogging !! hehe.. korang semua sihat ? hope korang sihat k.. kalau tak sihat cepat2 la makan ubat k.. aik, apa yang aku merepek pulak ni.. xp actually aku tak ada benda nak update sekarang ni.. tapi aku nak update jugak.. hoho ! kalau bosan sori la ye.. aku tak tahu nak hiburkan korang macam mana.. aku ni bukannya reti sangat nak buat ayat yang dramatis.. eceh !!~ 

sekejap je da hari rabu kan? esok da khamis pulak.. and esok lagi da jumaat.. yeaahhh ! cepat la hari jumaat.. tak sabar2 ni.. yela kan ~ minggu balik siapa yang tak excited ^^ da lama jugak aku tak balik rumah.. sebenarnya tak lama mana pun.. bru 1 minggu je tak balik.. tapi tak tahu la.. aku rindu giler kat rumah sekarang ni.. takkan homesick lagi kut ? da bapa lama aku dok asrama ni.. hehe.. xD sejujurnya aku tak suka duduk asrama.. aku tak tahu la kenapa.. sejak ibu dengan abah suruh aku masuk asrama, aku rasa berat je nak pergi... aku tak ready nak duduk asrama lagi.. bukan tak ready.., tapi memang tak nak !!! aku lagi selesa duduk rumah daripada duduk asrama.. hehe.. xp ok la.. ni je yang dapat aku update.. da tak ada idea nak update apa da.. kalau ada apa2 aku update lagi k.. =) bubye ~ Assalammualaikum.. =)

July 01, 2013

Syafiq :*

Monday, July 01, 2013 0
Syafiq :*
let me show you a beautiful world | via Tumblr

Assalammualaikum

da lama jugak kan aku tak update blog ni.. huhu ~ tak ada masa nak mengupdate sekarang ni.. banyak sangat kerja.. lagipun aku da masuk semester 2.. lagi berlambak la assignment aku.. tak ada masa nak rehat2 da.. kena fokus k ^^ kadang-kadang tu stress la jugak.. memang normal la kan.. cuti raya nanti confirm ada banyak assignment kena buat.. cikgu ni pun agak-agak la nak kasi banyak-banyak.. kitaorang da tak larat nak buat assignment2 ni semua.. xp

actually aku update ni nak cerita pasal buah hati aku sorang ni.. hehe.. kalau korang bosan tak payah la baca.. tak digalakkan baca pun.. ni kan diari aku.. so, sini la tempat aku nak luahkan segala-galanya. sedar tak sedar aku dengan syafiq da nak masuk 2 bulan.. Alhamdulillah Allah masih pertahankan hubungan kitaorang.. aku bersyukur sangat.. walaupun kitaorang ni asyik bergaduh je.. Allah masih tetapkan hubungan aku dengan dia.. seriously aku sayang sangat dekat dia.. aku tak tahu la kenapa.. bila aku dengan syafiq, aku rasa aman sangat.. rasa gembira yang tak dapat aku ungkapkan.. hehe xD tapi ni semua betul k.. 

sebelum ni aku pernah kapel jugak.. tapi aku tak pernah rasa macam ni.. aku rasa dialah imam aku suatu hari nanti.. InsyaAllah.. jika Allah menjodohkan aku dengan dia.. aku bersyukur sangat.. lagipun aku ada dengar ustaz azhar idrus cakap, seorang lelaki telah ada menetapkan niat untuk mengahwini seorang perempuan, ia sudah dinamakan tunang.. dia pernah kata yang dia nak jadikan aku yang halal buatnya.. Alhamdulillah kalau dia maksud kan macam tu.. aku la orang yang paling bahagia !!! xp aku kena jagan hubungan ni betul-betul kalau aku memang sayangkan dia.. aku harap yang dia akan jaga aku sehingga hujung nyawa aku.. =') Ya Allah, Engkau pertahankan lah hubungan aku dengan Syafiq.. Engkau tetapkanlah jiwa dan perasaan aku hanya untuk dia jika memang benar dia adalah bakal imamku.. sesungguhnya aku amat menyintai dia Ya Allah.. hanya padaMu aku memohon Ya Allah.. Engkau kabulkan la doa hambamu ini.. =')