June 2013 - Syahirah Valiant

June 27, 2013

Esok Hari Koperasi Sekoah (HKS)

Thursday, June 27, 2013 0
Esok Hari Koperasi Sekoah (HKS)
ulzzang | Tumblr 

Assalammualaikum

wahh ! esok sekolah aku ada buat hari koperasi sekolah.. yeahh !! excited je nak pergi.. bukan selalu aku dapat g HKS ni.. selalunya kalau ada HKS dekat sekolah lama, aku la orang yang paling malas nak pergi.. hehe.. xp ni aku jujur la k.., dulu aku memang malas gila nak pergi sekolah kalau ada apa-apa event.. nampak tak kemalasan aku.. =p tapi kali ni aku nak pergi la.. nak merasa jugak datang HKS.. korang semua pernah pergi HKS dekat mana-mana tak ? mungkin dekat sekolah korang sendiri ke? kalau ada share-share la k pengalaman korang semua.. nak tahu jugak macam mana rasanya dapat pergi HKS ^^

HKS dekat sekolah aku maybe gempak kut.. aku agak je la.. hehe.. yela kan.. aku tengok diaorang da rancang macam-macam.. mesti la gempak kan.. ? ^^ yang paling best.. senior aku ni ada buat rumah hantu.. woaahhh ! rumah hantu kut !! da lama tak masuk.. nak masuk tapi takut.. takpe la.. tak jadi la masuk.. da ada pengalaman pahit.. da serik nak masuk da.. hehe.. xp kalau korang nak datang HKS sekolah aku ni.. tengok maklumat dekat bawah k ^^

Tempat : Kolej Vokasional Gombak
Tarikh : 29 June 2013
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

kalau sape-sape nak datang, datang la.. kedatangan anda semua dialu-alukan.. hehe.. xD ajak ramai-ramai tau ^^ 

June 26, 2013

Alhamdulillah

Wednesday, June 26, 2013 0
Alhamdulillah
beautiful  | via Tumblr 

Assalammualaikum

hari ni aku happy sangat-sangat.. korang nak tahu kenapa ? hehe xD da 2 hari aku gaduh dengan si dia.. aku rasa hubungan kitaorang ni dah tak boleh diselamatkan.. disebabkan hal kecil je pun.. biasa la kan ~ manusia kan ada ego.. macam tu jugak kitaorang.. ego masing-masing tinggi.. tak ada siapa nak mengalah.. ni la punca utama jugak kenapa kitaorang gaduh.. kitaorang ada masalah sikit 2 hari tu.. huhu ~ masa tu aku pasrah je kalau-kalau dia minta clash.. clash ?!! huh.. tak terlintas dalam fikiran aku kalau dia cakap macam tu..

tapi Alhamdulillah dia tak cakap.. kitaorang da selesaikan masalah kitaorang semalam... aku bersyukur sangat.. akhirnya dia yang rendahkan ego dia... aku ni entah bila la pulak.. xp tak pe awak.. satu hari nanti InsyaAllah saya akan rendahkan ego saya ye.. :* Alhamdulillah jugak hubungan kitaorang ni masih bertahan sampai sekarang... aku tak tahu la kenapa.. aku sayang sangat-sangat dekat dia.. aku rasa yang dia adalah yang terbaik untuk aku.. tapi aku tak boleh nak yakin sangat rite ? nanti takut kecewa pulak.. takpe-takpe.., InsyaAllah dialah jodoh aku... kalau bukan, it's okay.. aku redha dengan ketentuan Allah.. =)

June 25, 2013

my photoshoot !

Tuesday, June 25, 2013 0
my photoshoot !
Assalammualaikum

memandangkan masa cuti sekolah hari tu aku asyik duduk rumah je.. hehe.. amat membosankan cuti sekolah aku kan ? xp nak buat macam mana.. tu je yang mampu aku buat masa cuti sekolah.. tak tahu nak buat apa.. nak keluar pun tak boleh.. jerebu pulak ! haih ! sabar je la ~

da stop ! membebel pulak aku ni kan.. actually tujuan aku update hari ni sebab nak kasi korang tengok gambar aku yang perasan ni.. hehe.. bukan selalu tau aku buat keje ni.. kadang-kadang je k.. xD macam korang tak pernah je kan.. mesti la pernah.. ~ tipu kalau korang tak pernah perasan depan kamera.. hehe xD

ok, kita start gambar pertama k ^^ tengok je k.. jangan cakap apa-apa.. kalau buruk pown biar je.. hehe xp

ini hasil yang pertama.. aku gabungkan gambar ni jadi satu.. ignore background tu tau.. buruk-buruk.. hehe.. and ignore pipi tu jugak.. tahu la tembab.. xD

ni gambar yang aku edit.. edit warna gamba and aku tambah tulisan tu je k.. no edit lebih-lebih.. aku tak suka.. kan bagus kalau kita tunjukkan diri kita sebenar.. tak payah nak jadi orang lain ^^ ayat ni aku tujukan dekat korang.. hehe xp KEIKHLASAN DATANG DARI HATI

hurmm ~ tengok kita sedang termenung memikirkan masa hadapan.. eceh ~ hehe.. mengada sungguh aku ni.. mencabup kejap dengan gambar ni.. xp

peace yo ! hehe.. gambar ni aku buat untuk profile picture twitter dengan facebook.. so, sapa-sapa yang ada facebook dengan twitter, usya2 la kita ek.. hehe xD

gambar ni paling aku suka.. khas untuk SYAFIQ.. saya sayang awak sangat-sangat k.. hope satu hari nanti saya akan jadi milik awak yang kekal dan halal .. amin ~ =D

ok la.. tu je la gambar yang sempat aku ambil.. kalau aku bosan-bosan lagi.. ada la gambar yang terbaru dalam blog kesayangan aku ni.. tunggu je la ek ^^


jerebu ~

Tuesday, June 25, 2013 0
jerebu ~
天后☆彡 | via Tumblr 

Assalammualaikum

hurmm ~ da lama kan aku tak update blog.. huhu ~ nak sangat setiap hari update blog.. tapi line internet tidak mengizinkan untuk aku update blog.. hehe ~ *ayat !* sekarang ni aku ada dekat sekolah.., so, boleh la update sepuas hati ^^

k, sekarang ni negara kita sedang mengalami fenomena jerebu kan ? huhu .. aku sampai demam-demam sebab terbau asap jerebu ni.. sekolah cuti sampai selasa.. semalam la kan.. then semalam jugak kena balik asrama.. haih ! berat je hati ni nak balik asrama.. xp tapi apa jua keadaan, aku kena jugak balik asrama.. huhu ! Alhamdulillah sekarang ni da kurang kan jerebu.. yela kan ~ semalam hujan lebat kot.. tu yang da tak ada jerebu ni.. bagus jugak tak ada jerebu da.. tak de lah aku asyik demam-demam je.. ok la.. aku dapat update ni je.. jumpa di lain waktu.. hehe =D Assalammualaikum ^^

June 20, 2013

It's friday !

Thursday, June 20, 2013 0
It's friday !
Princess Massa | via Tumblr 

Assalammualaikum

ok.. it's Friday now.. hehe.. tahu tak kenapa aku excited giler hari ni ? sebab ................... minggu ni minggu balek.. so, excited nak balik la ni ! hehe =D tapi nak tunggu sampai pukul 12.. lama sangat-sangat.. haih ! tapi kali ni cuti sekejap je.. hari ahad da kena balik asrama... nampak tak sekejap je... huhu u.u nak cuti lama-lama.. tak puas kut balik sekejap je.. duduk hostel penat sangat.. sumpah penat k ! tak tahu la aku buat apa sampai penat sangat.. tapi sejak duduk hostel.., aku rasa tak bermaya sangat.. seriously penat.. kadang-kadang mengantuk pun ada.. kalau mengantuk tu hari-hari ada.. hehe..

kalau korang semua nak tahu.. aku suka sangat tidur dalam kelas.. bila dalam dorm tak ada pulak rasa nak tidur.. pantang ada waktu free.. aku mesti tidur.. hehe xD nampak tak aku ambil kesempatan.. xp tapi tidur waktu free je k.. kalau waktu belajar tak.. waktu belajar aku belajar.. =p ok, kepada budak-budak asrama yang balik minggu ni... SELAMAT BERCUTI !!! hehe =)

June 18, 2013

Administrative Secretarial

Tuesday, June 18, 2013 0
Administrative Secretarial
Rosa Chiclete | Andressa Moraes | Blog Rosa Chiclete: Estudando para o Enem em casa! 

Assalammualaikum

sekarang ni da masuk semester 2.. so, banyak benda baru yang perlu aku belajar.. hurmm ~ kadang-kadang tension jugak.. tapi tension tu normal masa belajar.. yela kan ~ banyak kerja kena buat.. tu yang sampai tension-tension ni.. aku ni da la jenis tak boleh nak tension sangat.. kang tak pasal-pasal sakit kepala.. huhu ~ tu yang tak boleh tahan..

ok, da lepas untuk semester 1.. so, subjek yang kita belajar makin lama makin susah right ? ^^ yup ! itu semestinya.. susah jugak la subjek s/u untuk sem ni.. haih ! tapi nak buat macam mana kan.. kena la belajar jugak.. aku da lepas semester 1.. takkan nak terus mengalah kut kan ? =) aku takkan pernah mengalah.. tapi kadang-kadang tu ada la jugak rasa nak mengalah.. coz da tak tahan dengan keadaan sekeliling.. hehe.. =D semester ni aku still ambil 9 subject.. ok la tu kan.. tak ada la banyak sangat.. tapi tu la ~ tak banyak.. tapi agak susah.. kena perah otak ni betul-betul..

sem ni yang paling susah bagi aku belajar rintas dengan basic reseption.. kalau rintas ni belajar shortform.. tapi shortform ni korang semua takkan paham.. orang yang da belajar je yang boleh faham.. aku ni yang first time tengok tulisan macam tu pun da pelik.. haih ! apa lagi kalau nak tulis.. lagi la susah.. banyak benda kena hafal.. hurmm ~ nasib-nasib.. xp kalau basic reseption pulak kena banyak berlakon.. ni pun aku lemah jugak.. takkan nak berlakon ?! tak sanggup.. da la aku jenis yang tak reti nak berlakon.. huhu ~ macam mana ni ?! 

kalau spread sheet tak ada la susah mana.. just belajar akaun and guna excel.. upss ! jangan cakap senang.. nanti tak pasal-pasal susah pulak da.. hehe.. =D tapi apa-apapun aku akan tetap teruskan perjuangan aku untuk belajar dalam course Administrative Secretarial ... aku takkan pernah mengalah.. InsyaAllah ^^ ok la.. ni je yang dapat aku update untuk hari ni.. kalau ada waktu free aku update lagi k.. ^^ 

sori untuk panggilan *aku* xp

June 12, 2013

Going crazy ~

Wednesday, June 12, 2013 0
Going crazy ~
Infinity ∞ | via Facebook 

Assalammualaikum

hye kawan blog Ira...? semua sihat ? hope korang semua sihat k ^^ actually hari ni Ira tak ada benda nak update.. tapi tak tahu la kenapa hari Ira da terlampau rajin nak update.. ada je idea yang Ira nak cari.. tapi tajuk ni adalah pilihan Ira.. kalau korang yang baca ni bosan, sori la k.. Ira tak tahu nak tarik perhatian orang.. hehe =D 

ok, korang pernah dengar cerita Running Man tak ? eh, of course la pernah kan.. takkan la tak pernah.. cerita tu popular k.. cerita korea.. komedi ~ memang lawak habis la kan ! ^^ siapa2 yang tengok mesti pecah perut tengok.. Ira tengok pun da gelak2 macam orang gila.. hehe.. orang gila ye ? hurmm ~ maybe la ! da serupa da tadi.. korang semua pasti peminat running man right ? tadi cikgu tak masuk kelas.. so, Ira dengan kawan Ira, Fifah pergi bantai tengok cerita running man.. yela kan ~ daripada bosan.. better buat benda yang tak bosan right ? da 2 episode Ira tengok.. sekarang ni kepala Ira da pening sangat2.. hehe.. tu la padahnya bila gelak tak ingat dunia... nanti lepas lunch kitaorang ingatkan nak tengok lagi.. tak puas k tengok sikit.. ok la.. tak tahu la apa yang Ira da merapu ni.. sorry k ~ =) 

June 11, 2013

nothing to do ~

Tuesday, June 11, 2013 0
nothing to do ~
Iva Kovačević's Photos | via Facebook 

Assalammualaikum

hurmm ~ hari ni bosan sangat2.. Ira tak tahu nak buat apa.. kat sekolah pun cikgu tak masuk sangat.. takkan tak belajar lagi kut ? kalau boleh cepat la habiskan silibus.. nanti tak sempat nak terkejar-kejar pulak.. haih ! cikgu2.. masuk la kelas.. *eh, tak sangka aku akan cakap macam ni* xp hehe.. tapi seriously, Ira memang bosan giler2 sekarang ni.. ada idea tak nak buat apa ? kalau ada, share2 la k.. ^^ sharing is caring rite ? hoho ! xD 

apa plan korang hari ni ? budak sekolah semestinya sekolah kan.. tapi tak tahu la kalau2 ada yang ponteng.. tapi Ira rase memang ada kan.. hehe.. sori2.. meh sini kongsi plan korang hari ni.. Ira nak tahu jugak.. *cbuk je* xp hehe.. bukan apa.. kalau Ira da terlampau bosan sangat.. macam ni la jadinya.. Ira tak tahu nak buat apa.. so, Ira nak tahu apa plan korang je.. tapi kalau tak nak bagitahu pun tak pew.. ^^ tak paksa pun.. n.n 

k la... ni je yang dapat Ira update untuk hari ni.. kalau Ira ada idea lagi.. Ira update k.. InsyaAllah ^^ bubye ~ Assalammualaikum.. =)

June 10, 2013

Sem baru, azam baru !

Monday, June 10, 2013 0
Sem baru, azam baru !
 

Assalammualaikum

yeah ! akhirnya Ira da berjaya habiskan pengajian Ira dalam semester 1.. =) hehe.. bukan maen suka lagi kan.. semester akan datang akan lebih mencabar.. so, tak boleh nak rehat sangat.. kena study betol-betol ni.. nanti ada je yang kena repeat.. ^^ Ira da dapat result untuk exam semester 1... not bad la result Ira 2.. tapi Ira still tak puas hati lagi.. Ira akan buat yang terbaik untuk exam semester yang akan datang.. 

semester baru ! so, Ira kena la pasang azam baru rite ? huhu ~ Ira takut azam baru Ira ni takkan tercapai pulak.. tapi InsyaAllah akan tercapai.. kita cuma perlu berusaha dan berdoa sahaja.. =) so, azam baru Ira untuk semester baru adalah... ---> nak dapat result yang lebih cemerlang daripada semester yang lepas, nak study sungguh2 & nak hidup dengan gembira di samping keluarga... ^^ bile Ira cakap macam ni teringat pulak dekat si dia.. hehe.. dia da lain sikit da sekarang.. tapi tak pe la.. kalau dia betol2 sayangkan Ira, dia akan peka terhadap perangai dia.. eh2, apa ni.. lupakan dia kejap.. fokus dekat apa yang akan berlaku untuk masa hadapan Ira.. ni lagi penting rite ? ^^ 

ok, tu je la azam Ira.. hope korang yang da masuk semester baru tu, buat la azam baru k ^^ pastikan azam tu tercapai tau.. jangan biar pergi macam tu je.. nanti rugi pulak.. untuk masa hadapan korang jugakkan.. =) ap2pun, selamat berjaya di semester baru.. ^^

June 09, 2013

Nasihat untuk bakal imamku

Sunday, June 09, 2013 0
Nasihat untuk bakal imamku
 

Assalammualaikum

1 bulan usia hubungan kami.. aku sangat bersyukur sehingga sekarang si dia masih lagi setia bersama aku... aku pun akan berusaha bersungguh-sungguh untuk setia bersama dia dalam keadaan apa pun.. aku terima dia seadanya.. dan aku berharap yang dia pun terima aku seadanya.. aku banyak kekurangan.. dengan kehadiran dia, kekurangan aku dapat ditutup.. aku bersyukur kerana Allah masih memperpanjangkan usia hubungan kami.. aku juga berharap yang dia merupakan jodoh ku yang telah ditetap kan oleh Allah sejak azali lagi.. Amin ~

aku ada beberapa nasihat untuk bakal imamku.. ~ aku berharap yang kau akan melaksanakan tanggungjawab kau dengan ikhlas.. =)

Buat bakal imamku,
bimbinglah aku untuk menjadi pengiringmu untuk ke syurga.

Buat bakal imamku,
nasihatkanlah aku bila aku terlalai dari suruhanNya.

Buat bakal imamku,
jadikanlah aku patuh kepada kedua ibu bapaku.

Buat bakal imamku,
pelihara dan tolonglah aku untuk menjaga auratku.

Buat bakal imamku,
aku perlu kamu untuk bantu aku jadikan kenyataan ku ini.

aku menerima mu dengan ikhlas.. aku menerima mu apa adanya kamu.. aku tidak perlukan harta.. aku cuma perlukan kasih sayang mu.. aku berharap suatu hari nanti kamu la yang akan menjadi imamku.. InsyaAllah ~ =')

June 05, 2013

Syafiq's Heart

Wednesday, June 05, 2013 0
Syafiq's Heart
Large

Assalammualaikum

"yesterday, I loved you.. Today, I love you.. Tomorrow, I'll love you.. Forever. I'll love you" wahh ayat ni.. Ira suka sangat maksud ayat ni.. mendalam rite maksud dia ? hehe.. ok, Ira happy sangat bila bersama dengan dia.. walaupun kiteorang still baru lagi.. Ira rasa Ira da lama kenal dia.. kiteorang masih lagi kenal antara satu sama lain.. kadang-kadang ada la jugak kiteorang bergadoh.. that's normal right ? setiap hubungan pasti ada pergaduhan.. kite je yang kena selesai kan setiap masalah yang timbul.. dalam hubungan persahabat pun ada pergaduhan jugak kan.. sama la jugak hubungan percintaan.. semua itu normal.. cewaahh ~! hehe.. xD

Ira dengan Syafiq da 24 hari.. nampak tak Ira kira tu.. hehe... Ira tak nak lupekan setiap moment yang terindah antara Ira dengan Syafiq... kalau boleh , Ira nak sentiasa bersama dia.. masa susah dan senang.. kalau ada jodoh.. bersama la kiteorang sebagai suami ister... *upss! t'lebih suda~* hehe xD tapi betul la kan apa yang Ira cakap ni.. setiap pasangan nak kan hubungan yang kekal abadi.. tak payah nak pelik sangat bile Ira cakap macam ni.. hehe... xp mudah-mudahan Allah da tetapkan jodoh Ira bersama dengan Syafiq.. Ira tak nak kehilangan dia.. da tak sanggup nak merawat hati yang luka.. jikalau Syafiq ni bukan la jodoh Ira.. tak pew la kan.. Allah da tentukan yang terbaik untuk kite.. kita terima la seadanya... mana boleh melawan takdir right ? eh, k la.. gtg.. kite jumpa lagi nanti ye ^^ bubye ~ Assalammualaikum.. =)

end of school holidays

Wednesday, June 05, 2013 0
end of school holidays

Assalammualaikum

nampak tak gmba kat atas tu ? hurmm ~ nampak kan? xp ayat yang para pelajar tak nak dengar .. betol tak ? Ira rasa betol sangat.. coz Ira pown tak nak dengar perkataan macam kat dalam gamba ni.. huhu ~ hari ni da hari rabu.. lagi beberapa hari je lagi cuti sekolah dah nak habis.. so, korang da ready nak gi sekolah balek ? kalau tanya Ira, Ira langsung tak ready.. Ira malas betol nak balek asrama.. tak puas dok uma lagi.. kalau boleh sebulan nak cuti.. Ira cuti sem macam tak cuti sem je.. huhu ~ tak leh nak buat apa da.. sekolah tetap sekolah.. so, korang ... selamat kembali ke sekolah... belajar rajin-rajin.. tak mau malas2 k.. hehe.. Ira cakap je orang.. tapi Ira ni pown ada sikap malas nak belajar.. hehe.. so, kite sama-sama la mengingati la ek.. ok la.. ni je Ira nak update... kalau ada masa lagi Ira update lagi k... bubye.. Assalammualaikum.. =)