Bila Lelaki Merajuk !!! - Syahirah Valiant

Post Top Ad

April 04, 2013

Bila Lelaki Merajuk !!!

Tumblr_mkllibmicd1rq1ov0o1_500_large



Beri masa bersendirian

apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.

Sentiasa beri sokongan

bila lelaki melayan merajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. jika dia sedang menonton rancangan televisyen, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa jua berlaku.

Jangan tanya perasaannya

elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. jangan buat si dia rasa jengkel dengan sika sambil lewa anda.

Buang ego wanitamu

bukan lelaki sahaja mempunyai ego. wanita juga mempunyai sikap itu. namun, tidak salah sekali sekala anda membuang rasa itu demi si dia yang anda sayang. jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.

Buat kejutan sempurna

jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. apa kata anda lakukan perkara yang sama. hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang khas dimasak oleh anda.

Tahu masa yang tepat

sebaik sahaja mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja.


ok awak-awak sekalian.. awak-awak da baca apa yang kita update right ? so, apa kata awak-awak komen .. :) tq ^^

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad