10 situasi lelaki yang patut wanita faham - Syahirah Valiant

April 04, 2013

10 situasi lelaki yang patut wanita faham

Tumblr_m7r5zx4x1y1rwjyvlo1_400_large

Assalammualaikum

hari ni Ira nak bagi pegetahuan kat korang semua.. hope korang terhibur dengan apa yang Ira yang share ni.. sekali gus dapat menambah ilmu pengetahuan korg.. *eceh~* hehe ^^

1. Bila si dia sibuk 

  • jangan kamu terhegeh-hegeh menyuruh si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani anda untuk membeli belah.

2. Bila si dia ego

  • jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap begini sedang menguasai dirinya. lelaki amat payah untuk mengaku dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik

  • ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran

  • jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan amarahnya. cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda.
5. Bila si dia penat

  • jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri

  • cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong

  • kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahi. tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu untuk membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba

  • cuba tarik perhatian si dia. contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. orang yang selamba ini selalunya ingin kita memulakan dahulu. oleh itu, kamu patut merancang sesuatu untuk menarik minat si dia.
9. Bila si dia curang

  • jangan tuduh tanpa usul periksa. jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul

  • memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri.

    

2 comments:

  1. betul tu... setuju, jgn nak lelaki je faham perempuan, perempuan pun kne faham lelaki.. nice sharing.. terima kasih, ena jdkannya sebagai peringatan pd diri ena

    ReplyDelete
  2. singgah sini..done follow back..

    http://aennpunyerbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D