Tips menjadi anak soleh & solehah - Syahirah Valiant

December 16, 2012

Tips menjadi anak soleh & solehah

Tumblr_mf54f8yd591r292xjo1_500_large

Assalamualaikum & Annyeong ~

Ira nk bgi ckit tips ny.. korg cer tgok tjok y Ira ksi 2.. bez x ? bez kn.. smoga hidop korg diberkati k :) k, Ira nk ksi ny.. get ready ur mind k.. cbe korg hayati btol2 :)

Anak soleh...,

Itulah yang bermain difiran Ira sekarang ini. Anak soleh dan solehah ni idaman setiap mereka yang bergelar anak termasuklah Ira sendiri. Adakah kita semua tergolong dalam ciri-ciri ini? Mari kita fikir sejenak dan hayati la point-point yang Ira kasi ni.. :)

1) Mentaati kedua ibu bapa

Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi tidak terkeluar dari hukum syarak. kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibu bapa kita? cuba kita renungkan dan muhasabah diri sekejap. adakah kita pernah meninggikan suara kita dihadapan mereka? ataupun adakah kita pernah menyakiti hati mereka?

2) Tingkah laku dan akhlak dipelihara

Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku mereka daripada melakukan perkara-perkara yang buruk. apatah lagi melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga. tidak dinafikan memang manusia tidak terlepas daripada membuat dosa. tapi Allah maha pengampun. setiap hambanya yang memohon maaf padaNya dengan ikhlas, InsyaAllah akan diampunkan dosanya.

3) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa

Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan mereka. dan amalan itu mestilah kerana Yang Maha Esa. kadang-kadang kita sebagai manusia sering culas dalam melakukan amalan kepada Allah terutama sekali solat. untuk menjadi anak y soleh dan solehah perlulah menunaikan yang wajib tepat pada waktunya. 

Pesanan untuk anak lelaki

Tanggungjawab menjadi anak lelaki amatlah besar dan berat. kerana apabila seorang ayah meninggal dunia, anak lelaki la y bertanggungjawab mengambil alih tugas sebagai seorang ayah. dialah yang menjadi ketua keluarga dalam menggantikan tugas ayahnya. Anak lelaki juga perlu menguruskan jenazah. senang jika ayah atau ibunya telah tiada dia dapat menguruskan dengan senang. InsyaAllah...

Pesanan untuk anak perempuan

Tanggungjawab anda tidaklah sebesar tanggungjawab lelaki. anak perempuan perlu menjaga aurat sendiri dan batas pergaulan. kamu juga perlu pandai mencari suami yang boleh membawa mu ke syurga Allah. carilah yang tidak cacat celanya akhlak dan ibadah terhadap Allah. InsyaAllah, dialah bakal membawa mu ke jalan Allah dan InsyaAllah dia lah juga yang dapat membawa ke syurga Allah yang indah.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D