Mutiara Kata part 3 - Syahirah Valiant

August 14, 2012

Mutiara Kata part 3

first time lpz shur xtdow blek ... hehe ... Ira ngh bosn ny .. Ira ksi mutiara kte ag nk x ? actually ny psal cnta .. hehe :D

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara, bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sanggup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa.

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Mereka yang cintanya selalu dibalas, kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta ! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, iaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Cinta yang tak terbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. (suke y ny :)


Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut suka hati. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Kamu tidak pernah kalah/ kecewa dalam mencintai/ menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D