10 Cara Ucap "I Love You" - Syahirah Valiant

August 14, 2012

10 Cara Ucap "I Love You"


Cinta tidak semestinya di luahkan dengan mulut tetapi boleh diluahkan dengan pelbagai cara. Kamu boleh cuba idea-idea unik ini untuk meluahkan cinta kamu terhadapnya. Ianya lebih bermakna dan akan di kenang sepanjang hayat…seperti kata sebaris ayat Inggeris ‘Your thoughtfulness will speak louder than words!!’

1) ALBUM GAMBAR
    Beli sebuah album gambar dan letakkan semua koleksi gambar-gambar kamu berdua. Setiap satu muka  surat tuliskan kata-kata cinta yang indah, ringkas tetapi padat yang lahir dari hati kamu sendiri.

2) SEKUNTUM BUNGA
    Letakkan sekuntum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari. Dia pasti akan gembira apabila melihat ada bunga di hadapan pintu rumahnya sebelum keluar bekerja ataupun ke kolej. Walaupun harga sekuntum itu murah tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga lebih berharga dari harta bendanya sendiri.

3) ‘MESSSAGE PUZZLE’
     Ini menarik untuk di praktikan. Kamu buat sebaris ayat cinta kemudian potong-potongkannya menjadi puzzle.  Berikan padanya untuk mencantumnya semula. Kamu pasti tidak akan menyesal melakukan usaha ini apabila melihat reaksinya apabila berjaya menyelesaikan puzzle tersebut.

4) PUISI ROMANTIK
    Luahkan cintamu melalui puisi atau madah cinta ciptaan kamu sendiri dan berikan padanya. Lebih baik lagi semburkan minyak wangi kamu yang paling di sukainya di atas kertas tersebut. Cara ini akan mengingatkan si dia pada kamu sentiasa…

5) LOVE LIST
     Berikan si dia satu senarai atau 10 sebab mengapa kamu mencintainya. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur. Sebaiknya kamu hantarkan secara pos kepadanya. Kalau kamu menghantarnya sendiri ianya tidak lagi jadi istimewa…Satu persatu akan di tanyanya semula . Biarkan dia bermain dengan perasaannya sendiri…

6) GAMBAR TERBAIK
     Lihat balik gambar-gambar yang pernah kamu ambil bersamanya. Cari yang paling cantik dan ada kenangan manis. Kemudian ‘framekan’ gambar tersebut dan hadiahkan padanya.

7) HADIAH BUATAN SENDIRI
     Bagi yang tahu menjahit kelebihan untuk kamu membuat scarf buatan sendiri untuk si dia. Namun bagi yang tidak tahu menjahit kamu juga boleh kalau kamu sanggup belajar. Si dia pasti akan kagum apabila melihat kesungguhan kamu membuat scarf atau sebarang hadiah tersebut untuknya kerana kamu telah korbankan masa, tenaga dan duit demi melahirkan cintamu padanya.

8) KONGSI RAHSIA
    Memberitahu padanya rahsia diri kamu yang tidak pernah di beritahu pada sesiapapun sekalipun ibu dan ayah. Si dia pasti akan rasa bangga dan dihargai kerana kamu begitu mempercayainya. Dengan cara ini si dia sudah yakin bahawa kamu amat mencintai dirinya…

 9) CD LAGU KEGEMARANNYA
      Hadiahkannya CD lagu kegemarannya tetapi carilah lagu yang berunsurkan cinta. Pastikan si dia menghayati lirik-lirik lagu yang kamu tujukan khas untuknya …Katakan padanya lagu itu amat bererti pada kamu kerana ia mewakili hati kamu padanya.

10) MENONTON WAYANG
       Biarpun kamu bercinta tetapi ada masanya kita berbeza cita rasa. Si dia tahu kamu tidak meminati cerita itu tetapi dia amat sukakannya. Apa kata kamu berkorban untuk menonton wayang cerita yang diminatinya bersamanya. Pengorbanan kamu membuktikan sanggup mengikutnya ke mana sahaja kerana cintamu padanya.

hah ! da bce da ? mcm biase la .. hehe XD komen & follow k :)



No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D