Syahirah Valiant

August 16, 2017

Kucing Pun Pandai Ber'posing'

Wednesday, August 16, 2017 5
Kucing Pun Pandai Ber'posing'

Hari ni kita santai-santai je ye. Tergerak hati pulak nak buat entri pasal meow ni. Hehehe. Semestinya haiwan kesayangan Nurul. Tak kira la jenis kucing apa sekalipun. Diaorang ni makhluk Allah yang tersangat la comel dan bulus tu buat ku geram. Malangnya, Nurul ada resdung dan tak boleh kerap sangat nak gomol kucing tu.

Macam best je tajuk hari ni. Hehehe. Kita selalu tengok gambar kucing berposing ni dalam google je kan. Tak tahu la ianya betul atau tidak. Tapi Nurul rasa majoriti semua betul. Ada juga tau kucing yang pandai berposing. Contoh macam kucing yang bakal Nurul tunjukkan nanti. ^^

Dua hari lepas kut. Nurul berwhatsapp la dengan kawan kolej Nurul dulu. Sebabnya Nurul dengan dia memang suka sangat dengan kucing. Kadang-kadang share-share gambar kucing. Nurul pun ada bela kucing. Memang elok sangat lah tu. Tapi yang buatkan Nurul geram, kucing dia serious la pandai nak berposing. Tak percaya? Korang tengok ni :D








Haaaa. Tengok la ni. Hahaha. Comel giler. Untuk pengetahuan korang, ni merupakan kucing daripada India tau. Teddy ni baru balik Malaysia. Tapi serious comel. Dan ini lah kucing kawan Nurul tu. Kalau si gendut mika tu pandai berposing macam ni. Mesti comel jugak. ^^




Kelebihan Produk Review Dan Advertorial Di Blog

Wednesday, August 16, 2017 2
Kelebihan Produk Review Dan Advertorial Di Blog
Kini ramai blogger yang menerima pelbagai tawaran untuk membuat advertorial dan produk review di blog masing-masing. Ianya merupakan satu peluang untuk menjana pendapatan yang baik buat blogger.

Tapi, pernah tak anda terfikir kenapa advertorial dan produk review di blog semakin mendapat perhatian dan mula digemari? Sudah tentu kerana terdapatnya kelebihan-kelebihan yang begitu besar dan semakin diakui kepentingannya pada masa kini dan akan datang.


Kelebihan Produk Review & Advertorial di Blog


KELEBIHAN BLOG

Berikut merupakan beberapa kelebihan advertorial dan produk review di blog yang memberikan nilai tinggi dan ada diantaranya tidak mungkin diperoleh melalui media lain.


1. MEDIA YANG LENGKAP
  • Sudah semestinya blog dapat memberikan kaedah yang paling lengkap untuk teknik penyampaian. Tiada had maksimum jumlah perkataan yang boleh digunakan serta informasi bolehlah disampaikan dengan lengkap agar mudah difahami oleh orang ramai.
  • Posting juga boleh disertakan gambar, video, audio, banner serta pautan (link url) yang memberikan nilai tambah serta mempelbagaikan teknik penyampaian agar lebih menarik dan kreatif dalam mengolah artikel.
  • Perkongsian (sharing) artikel amat mudah dilakukan serta kemudahan interaksi dua hala secara terus melalui ruang komen memberikan kelebihan untuk berkomunikasi.

2. GAYA HIDUP MASA KINI
  • Kepesatan dan kemajuan teknologi komunikasi masa kini telah menjadikan segala informasi boleh diakses hanya secara online sahaja. Telefon pintar semakin berkuasa dan menjadi keperluan setiap orang untuk membuat rujukan, membeli, membayar, menjual, bersosial dan sebagainya.
  • Ianya akan terus menjadi gaya hidup masa kini dan akan datang. Maka peluang pemasaran secara online ini semakin amat penting dan berpotensi tinggi. 

3. PROMOSI MELUAS TANPA SEMPADAN
  • Blog merupakan media sosial tanpa sempadan yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan batasan negara. Ianya menjadi pentas terbaik dan berkesan untuk promosi tanpa had dan boleh menjanjikan kejayaan dalam masa yang singkat serta berterusan.
  • Kelebihan blog yang membenarkan perkongsian artikel dengan mudah ke media sosial lain telah membuka lebih banyak ruang untuk hebahan yang meluas dan bukan sahaja dalam negara malah ke seluruh dunia !

4. TEMPOH PROMOSI BERPANJANGAN
  • Tempoh masa adalah kelebihan yang tidak boleh dimiliki oleh media-media lain. Blog menawarkan jangka masa promosi tanpa had masa selagi posting atau entri serta blog tersebut masih wujud.
  • Ianya memberi jaminan terbaik bagi pengukuhan dan penjenamaan jenama, produk atau perkhidmatan di dalam dunia maya untuk jangka masa yang sangat panjang.

Jadi, jelas bahawa mereka yang telah terbuka mata dan minda sahaja yang sanggup melabur untuk menggunakan peluang advertorial dan produk review di blog. Maka, pilihan melakukan promosi, penjenamaan, pengenalan dan hebahan melalui blog adalah yang terbaik kerana kelebihan yang diperolehi sangat berbaloi.








August 15, 2017

Moisturizer Tea Tree Oil Cosmoderm Untuk Kulit Berminyak Dan Muka Yang Bermasalah

Tuesday, August 15, 2017 6
Moisturizer Tea Tree Oil Cosmoderm Untuk Kulit Berminyak Dan Muka Yang Bermasalah

Penjagaan muka sangat penting kan lagi-lagi untuk perempuan. Rasa macam nak belai je muka ni. Hehehe. Lagi-lagi kalau kulit muka kita lembut dan halus je macam kulit baby. Lagi la suka kita pegang kan. Tapi, nak dapatkan kulit macam tu pun kena ada usaha tau dan kena jaga elok-elok.

Nurul nak share something dengan korang ni. Setiap daripada kita memang menggunakan skincare lain-lain kan. Tak kira la jenama apa sekalipun. Tapi, adakah skincare korang tu selamat digunakan ataupun ada kesan jangka masa panjang nanti. Haaaa ~ Fikir-fikirkan la ye. 

Sekarang ni Nurul ambil keputusan untuk stay dengan skincare jenama Cosmoderm sebab ianya memang best sangat-sangat. Skincare ni tidak dibuat daripada bahan chemical berbahaya tau dan tiada paraben di dalamnya. Tapi hari ni Nurul nak story tentang Moisturizer Tea Tree Oil khas untuk sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit berminyak dan kulit muka yang bermasalah. Bila dah kulit berminyak tu confirm-confirm la korang tak suka kan dengan keadaan kulit muka korang tu. Haihhhh ~ Nurul alami benda tu sebab Nurul memang salah seorang yang ada masalah tersebut.




So ini lah dia Moisturizer Tea Tree Oil tu. Memang best sangat bila guna tau. Ringan je dekat muka dan paling penting ianya tidak melekit. Ada certain moisturizer tu bila kita pakai melekit je kan. Tapi ni tak. Bila kita sapu tu memang akan rata dan selesa je muka kita. Boleh jugak dibuat sebagai base makeup ^^ 


Ia juga merupakan 2 dalam 1 - primer dan pelembab untuk kulit berminyak dan kombinasi :
  • Pelembab berasaskan air, sesuai sebagai asas mekap atau untuk wajah natural.
  • Perlindungan asas tabir suria daripada UVA dan UVB yang menggelapkan dan merosakkan sel kulit.
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.



Kalau korang nak sangat cari produk Cosmoderm ni, boleh la cari dekat ig ni ye. Semua produk ada tau. Tinggal pilih je. Korang juga akan diconsult cara pemakaian produk dengan sempurna. ^^





August 14, 2017

Anak Gadis Melayu Zaman Sekarang Dan Kain Batik

Monday, August 14, 2017 16
Anak Gadis Melayu Zaman Sekarang Dan Kain Batik
Image result for kain batik


Nurul Nurul ~ Apa pelik sangat tajuk kali ni. Hehehe. Terasa nak buat entri pasal anak gadis melayu zaman sekarang dan jugak kain batik. Apa kaitan dua tu? Jeng jeng jeng !! :D

Pada pendapat korang la kan. Best tak pakai kain batik ni? Nurul percaya memang zaman sekarang ni anak-anak gadis takde maknanya nak pakai kain batik ni kan. Katanya tak selesa dan susah nak bergerak. Eh, yeke? Betul ke? Hehehe. Mana taknya. Selalu kita nampak anak gadis sekarang pakai seluar je kan. Lagi-lagi dekat rumah. Confirm punya la.

Tapi pada pendapat Nurul la kan. Nurul lagi prefer pakai kain batik dan itu adalah kegemaran Nurul. Nurul tak tahu kenapa yang Nurul suka pakai kain batik daripada seluar. It's feel like Nurul bebas nak bergerak. Pelik kan. Tapi itu la hakikatnya.

Siapa geng kain batik dekat sini, sila munculkan diri anda. Hehehe. Kita geng ! Pada masa dekat kampung sepupu-sepupu perempuan Nurul pakai seluar, Nurul sorang pakai kain batik. Eh, tak salah kan. Lagi selesa kot. Dan itu kan salah satu tradisi melayu. Lagipun corak kain batik ni cantik-cantik tau. Sedap mata memandang :D